Lama tak dengar khabar pakar motivasi popular ini. Nama Dato’ Dr Fadzilah Kamsah tidak lagi asing dalam dunia motivasi. Kepetahan dan ilmu figura ini menyampaikan ceramah dengan gaya tersendiri sekitar era 90an masih ‘melekat’ di jiwa penonton hingga ke hari ini.
Orangnya bukan saja berpendidikan tinggi, tetapi juga kaya dengan senyuman. Tak dinafikan, Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah antara individu terawal menceburi arena ini sebelum kemunculan ‘sifu’ atau penceramah motivasi sekarang.
Sekitar tahun 90an, wajah personaliti ini sering menghiasi segmen motivasi di kaca televisyen, radio dan di dada akhbar.
Ads
Ke mana saja pergi, ramai yang mengenali Dato’ Dr Fadzilah yang sinonim dengan kata-kata semangat dan positif khususnya berkaitan kehidupan. Antaranya mengenai pembelajaran, kekeluargaan, keibubapaan, penceraian, perkahwinan, kerjaya dan anak-anak. Dia juga merupakan seorang penulis.
Menerusi perkongsian anak lelakinya iaitu Syakir, Dato’ Dr Fadzilah menerima pengiktirafan akademik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada November tahun lalu.
Kongsi Syakir, “Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Tahniah abah atas anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan daripada Universiti Putra Malaysia. You are forever our hero. We’re proud of you.”
Ads
Berkongsi momen itu, Dato’ Dr Fadzilah yang mengenakan jubah warna hijau menerima penganugerahan itu daripada Canselor UPM iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Meniti Usia 75 Tahun
16 Julai nanti, Dato’ Dr Fadzilah bakal mencecah usia 75 tahun. Menginjak usia emas, dia yang dilahirkan di Klang, Selangor bersyukur kerana dikurniakan kesihatan
yang baik dan minda yang cerdas.
Ads
Individu berpengaruh ini dilaporkan turut memiliki pendidikan Doktor Falsafah Organization Communication dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat; Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartananan; Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian di Universiti Malaya dan pelajar tebaik Fakulti Sains Universiti Malaya (UM).
Bekas pensyarah ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Dr Sharifah Md Nor dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurhidayah, Muhammad Syakir dan Muhammad Shazwan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak dianjurkan bermula tahun 1990/1991, industri seni tanah air selama 31 tahun ini telah diwarnai dengan kehadiran finalis Hero Remaja daripada generasi berbeza. Legasi yang dipegang oleh pencarian ini justeru diteruskan menerusi Hero Remaja 2021.
Pencarian Hero Remaja anjuran Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dengan kerjasama Astro Ria kembali untuk edisi kesebelasnya pada tahun ini dengan misi mencungkil pelapis bakat baharu industri seni di samping menjadi suara baharu kelompok remaja di Malaysia.
Bukan hanya pakej paras rupa dan fizikal positif yang dicari, ia juga kekal menjadi platform nombor satu bagi mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti berkaliber ke peringkat seterusnya.
LAHIRKAN ANAK SENI
Jika masih ingat nama-nama besar yang telah dilahirkan daripada pencarian Hero Remaja rata-rata telah mengharumkan jenama ini di dunia luar.
Antaranya termasuklah juara sulungnya, Esma Daniel (Hero Remaja 1990/1991) yang kekal relevan sebagai pelakon dihormati, Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (Hero Remaja 2001/2002) yang kini menaungi Persatuan Seniman Malaysia, Kamal Adli (Hero Remaja 2007/2008) dan Fattah Amin (Hero Remaja 2011/2012) yang pernah mengungguli gelaran bintang paling popular di Malaysia tidak lama dahulu.
Tidak ketinggalan, naib juara bagi edisi terdahulu serta barisan finalis lain juga telah berjaya mengukuhkan nama dalam industri seni dan bidang karier lain.
Ini termasuklah Ar. Azhar Sulaiman, Norman Hakim, Wan Shahlim, Zawen Anuar, Fizo Omar, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Ben Amir, Ben Ali sehinggalah ke hero generasi baharu seperti Alif Muhaimin, Farhan Asri, Harris Annuar, Ikmal Amry, Nabil Aqil, Safwan Nazri, Adam Yusuf, Nadhir Nasar, Umar Hisham, Meerqeen, Jabir Meftah, Hazeeq Deen, Aniq Suhair, Imran Aqil, Hariz Hamdan dan ramai lagi.
CABARAN PANDEMIK
Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro yang mewakili saluran Astro Ria selaku penganjur bersama dan penyiar rasmi program Hero Remaja 2021…
“Selepas hampir dua tahun mendepani krisis COVID-19, umum pastinya jelas mengenai kekangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh seluruh sektor termasuklah industri penyiaran akibat penularan wabak tersebut.
Melihat daripada sudut yang positif, kedatangan pandemik mendorong kami melipatgandakan usaha keras secara lebih kreatif, inovatif dan proaktif agar misi penting yang lebih mustahak iaitu membawakan kandungan hiburan berkualiti kepada audiens secara berterusan dapat dijayakan.
Syabas saya ucapkan kepada seluruh tenaga kerja terutamanya pasukan produksi kerana berjaya merealisasikan penganjuran edisi kesebelas dengan begitu baik sekali. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua finalis yang bertanding. Semoga pencarian edisi kali ini mampu meneruskan legasi penganjuran tahun-tahun sebelum ini.”
Mengulas lanjut mengenai penganjuran Hero Remaja 2021, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Majalah Remaja berkata…
“Hero Remaja merupakan sebuah jenama yang banyak melahirkan individu-individu berbakat dan terkenal tanah air sejak tahun 1990 lagi. Tidak kiralah jika sekarang mereka bergelar seorang pelakon, penyanyi, model, hos, DJ radio ataupun usahawan, pertandingan ini dilihat sebagai satu titik mula dalam merealisasikan impian mereka untuk melangkah lebih maju di dalam kehidupan terutamanya di dalam bidang seni menerusi populariti yang mereka kecapi.”
MENDEBARKAN
12 finalis Pencarian Hero Remaja 2021 ialah AFIQ HAMIDON (20, Selangor), ALIF HAIQAL (21, Kuala Lumpur), AMIR AHNAF (21, Terengganu), ARYAN NAIM (24, Negeri Sembilan), AQIL TAQEE (22, Kuala Lumpur), FARHAN NORDIN (23, Johor), FAZZIQ MUQRIS (21, Selangor), IDEEN AZMAN (21, Melaka), MIERUL AIMAN (23, Putrajaya), SYAZANI ZAINAL (19, Selangor), ZAID ERAKAD (23, Selangor) dan ZAIM YAZID (22, Selangor).
Program pencarian Hero Remaja 2021 akan menemui penonton selama lapan episod pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 11 September 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.
Program Hero Remaja 2021 menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos yang akan menceriakan hujung minggu anda.
Selain itu, juara Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha Alyahya juga akan kembali ke kerusi Juri Tetap. Sebelum ini, beliau pernah menggalas tanggungjawab itu semasa program pencarian Hero Remaja 2020. Kali ini, Scha akan bergandingan dengan pelakon, pengacara, penerbit, pengarah dan usahawan terkenal, Dato’ Rosyam Nor.
Untuk pengetahuan, bukan hanya gelaran juara Hero Remaja 2021 yang akan menjadi rebutan. Malah, dua lagi kategori berasingan iaitu Hero Inspirasi dan Hero Favourite juga boleh dibawa pulang oleh mana-mana finalis semasa acara final.
Pencarian Hero Remaja turut meraikan kehadiran penaja, NIVEA Men yang akan mempersiapkan para finalis dan mewarnai lagi intipati program sepanjang musim ini. Bagi mengikuti info terbaru mengenai pencarian Hero Remaja 2021, kunjungi laman web www.remaja.my/hero, Facebook [majalahremaja] dan Instagram [majalahremaja].
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama tenusu, Fernleaf menyumbangkan sebanyak 500 kilogram (kg) susu tepung kepada kanak-kanak di 10 buah rumah amal, bermula dengan Agathians Shelter di Petaling Jaya hari ini. Kerja amal ini adalah hasil daripada kempen Goodness Feeds Greatness Fernleaf yang telah bekerjasama dengan rakan perniagaannya, Mydin untuk menyeru kepada para pembeli untuk menyokong usaha jenama tersebut dalam menyumbangkan kelazatan dan nutrisi susu kepada kanak-kanak yang memerlukannya.
Bermula daripada 15 Oktober hingga 15 November lalu, Fernleaf menjemput para pengunjung Mydin untuk menyokong kebaikan dan usaha jenama tersebut dalam menyediakan nutrisi dan pemakanan susu kepada kanak-kanak tersebut. Bagi setiap pek susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh tersebut, 50g tenusu penuh nutrisi akan disumbangkan kepada kanak-kanak di rumah amal yang terlibat dan pusat perlindungan di seluruh negara.
Encik Jose Miguel Porraz-Lando, Pengarah Pengurusan bagi Fonterra Brands Malaysia & Singapore, berkongsi tujuan di sebalik sumbangan amal syarikat tenusu ini: “Setiap impian besar bermula dengan langkah yang kecil – kata-kata positif serta dorongan dari keluarga, rakan-rakan, orang tersayang, dan terutamanya dari dalam diri sendiri memainkan peranan penting dalam membantu kita dalam perjalanan mencapai kecemerlangan.”
Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Binti Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd turut meluahkan keterujaannya dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik ini untuk berusaha ke arah kecemerlangan. “Sebagai ibu bapa, impian terbesar kita adalah untuk melihat anak-anak kita cemerlang dan mencapai impian mereka. Antara tanggungjawab paling penting yang wajar kita penuhi adalah untuk memberikan mereka nutrisi terbaik dan Fernleaf dapat membantu daripada aspek tersebut”.
Sembilan lagi rumah yang selebihnya adalah Asrama Damai Rumah Anak-anak Yatim Kuang di Rawang, Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah di Klang, Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) di Seremban, Vision Home di Ipoh, Rumah Anak-Anak Yatim Islam Jasin di Melaka, Chrystal Home di Perak, Villa Paulos di Johor, Rumah Amal Permata Hatiku di Kuala Lumpur dan Sinar Ceria Care Centre di Pulau Pinang. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang sedia maklum, primadona Erra Fazira mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya hasil perkongsian hidup 7 tahun bersama dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2014.
Dan baru-baru ini, Erra Fazira yang cukup terkenal ketika era 90-an dengan filem-filem seperti Sembilu, Maria Mariana dan Gerak Khas itu ada memuat naik gambar serta videa dia meluangkan masa bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon yang juga penyanyi dan model terkenal itu dilihat mengenakan pakaian sedondon dengan anak perempuannya ketika menghadiri sebuah ‘event’.
Namun yang menarik perhatian warga maya adalah keanggunan anak dara Erra Fazira tersebut yang tampil sopan dan anggun dengan imej bertudung di samping ibunya meraih pujian ramai. Dapat dilihat Aleesya mengenakan selendang berwarna kelabu serta kemeja putih sedondon dengan ibunya yang turut memakai pakaian tona serupa.
Difahamkan, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek menemani Aleesya dan rakan-rakan melayan pengunjung di booth pameran sekolahnya. Di ruangan komen, netizen memuji Aleesya yang dilihat semakin sopan dan ayu bila pakai tudung. Netizen turut mengusik Erra mengatakan dia dan Aleesya seperti adik dan kakak!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya Didie Alias bakal menerima seorang lagi menantu. Ini selepas anak perempuan kesayangan iaitu Nur Dayini Ahza selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan, Tholhah Othman pada 7 Februari lepas.