Mungkin ramai yang tidak mengenali dirinya jika disapa dengan nama Datin Sri Zuraila Yassin. Tetapi, bila menyebut nama komersilnya, Ilyka, pasti ramai yang mengingati penyanyi yang popular di era 90-an ini. Pernah mencipta nama pada awal era 90-an, Datin Sri Ilyka suatu ketika dulu sangat popular dengan lagu Di Usung Duka.
Didik Anak Tunggal ‘CINTAKAN BUKU’,  Datin Sri Zuraila Yassin  Seronok Kongsi Ilmu Dengan Anak GadisnyaWalaupun namanya seakan sepi sebaik mendirikan rumahtangga, namun pada hakikatnya dunia seni tidak pernah dilupakan oleh ibu kepada seorang cahayamata ini. Apabila mengambil keputusan mendirikan rumahtangga, keutamaannya pastinya tertumpu kepada keluarga. Masa bersama suami, Datuk Sri Ahmad Azizi Ali dan satu-satunya anak tunggalnya Arisya menjadi pilihan untuk Datin Sri Ilyka jalani dengan penuh kegembiraan.
Didik Anak Tunggal ‘CINTAKAN BUKU’,  Datin Sri Zuraila Yassin  Seronok Kongsi Ilmu Dengan Anak Gadisnya“Saya akan selalu pastikan ada masa bersama keluarga walaupun ada kalanya sibuk dengan persembahan atau mempromosikan album. Masa bersama keluarga Itu lebih membuat saya berasa sangat selesa,” katanya memulakan bicara dengan majalah NONA.
Didik Anak Tunggal ‘CINTAKAN BUKU’,  Datin Sri Zuraila Yassin  Seronok Kongsi Ilmu Dengan Anak GadisnyaBercerita soal keluarga sememangnya menjadi salah satu topik kegemaran Datin Sri Ilyka memandangkan satu-satunya anak tunggal kesayangannya amat mencintai buku sejak kecil lagi. Tidak hairanlah mengapa Arisya terpilih sebagai salah seorang pendebat bahasa Inggeris di sekolahnya dan telah menyertai berbagai pertandingan di dalam mahupun di luar negara.Anak gadisnya pernah terpilih ke World Scholars Cup Competition di Sydney Australia pada tahun 2019 yang lalu.
Didik Anak Tunggal ‘CINTAKAN BUKU’,  Datin Sri Zuraila Yassin  Seronok Kongsi Ilmu Dengan Anak Gadisnya“Arisya seorang ‘kaki buku’ sejak berusia 8 tahun lagi. Bayangkan, pada usia semuda itu, Arisya telah berjaya menghabiskan satu set novel Inggeri Harry Potter. Bila tiba hari lahirnya, dia lebih gemar meminta buku sebagai hadiah kerana dia sememangnya gemar membaca,” ujar Datin Sri Ilyka bercerita mengenai puteri tunggal kesayangannya itu.

Menyentuh cara didikan yang diterapkan, Datin Sri Ilyka dan suami memberi kebebasan berfikir tetapi dalam masa yang sama memantau aktiviti serta bahan bacaan yang dipilih oleh anaknya.
Didik Anak Tunggal ‘CINTAKAN BUKU’,  Datin Sri Zuraila Yassin  Seronok Kongsi Ilmu Dengan Anak Gadisnya“Walaupun Arisya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, ia tidak menjadi halangan untuk saya dan suami kekalkan bonding seisi keluarga. Anak-anak sekarang ini lebih minat artis K-Pop contohnya. Dari situ, saya juga dapat berkongsi minat dan pengetahuan mengenai perkembangan artis antarabangsa. Arisya sendiri tahu saya suka menyanyi. Jika dia tahu penyanyi Korea yang menpunyau suara yang bagus, dia akan berkongsi dengan saya. Sekaligus kami berkongsi minat yang sama,” ujar Datin Sri Ilyka yang menjadikan anak gadis kesayangannya sebagai sahabat karib dirinya.

Didik Anak Tunggal ‘CINTAKAN BUKU’,  Datin Sri Zuraila Yassin  Seronok Kongsi Ilmu Dengan Anak GadisnyaAnggun di usia lewat 40-an, ibu kepada seorang cahayamata ini bijak mengawal emosi dan menjalani gaya hidup yang sihat bagi memastikan kesihatan yang baik dan bebas tekanan.

“Beauty tips? Tidak adalah. Cuma saya gemar menguruskan masalah dengan sebaik mungkin. Jangan terbawa-bawa emosi dan sering berfikiran secara positif,”

Wanita ini juga gemar melancong bersama keluarga tersayang jika mempunyai masa lapang. Kebiasaannya, destinasi percutian pilihan keluarga ini mempunyai tinggalan sejarah memandangkan Arisya menunjukkan minat yang mendalam terhadap sejarah.
Didik Anak Tunggal ‘CINTAKAN BUKU’,  Datin Sri Zuraila Yassin  Seronok Kongsi Ilmu Dengan Anak Gadisnya“Walaupun Arisya nampak pendiam dan ‘ulat buku’, sebenarnya dia juga gemarkan aktiviti lasak seperti bermain roller coaster di taman tema dan sebagainya. Pernah kami bercuti ke UK,Ireland dan Belgium pada penghujung tahun lalu di mana kami melancong secara ‘road trip’ selama 2 minggu. Seronok apabila dapat memandu sendiri kereta menjelajah negara asing kerana kami bebas untuk meneroka tempat baharu dengan lebih lagi.”

Menyentuh mengenai destinasi percutian dalam negara pula, Datin Sri Ilyka mengakui keindahan Malaysia yang tiada galang gantinya apatah lagi sebagai destinasi percutian yang menjanjikan pelbagai penerokaan baharu untuk diterokai. Bagi dirinya dan keluarga yang gemarkan aktiviti percutian gaya pengembaraan lebih selesa memilih gaya percutian road trip bersama keluarga.
Didik Anak Tunggal ‘CINTAKAN BUKU’,  Datin Sri Zuraila Yassin  Seronok Kongsi Ilmu Dengan Anak Gadisnya“Sebenarnya banyak destinasi percutian lokal yang menarik untuk diterokai. Saya selalunya akan buat road trip bersama keluarga. Apabila kita buka aplikasi waze, berbagai-bagai tempat yang tidak pernah kita tahu kewujudannya. Apatah lagi dalam keadaan sekarang ini, pelancongan domestik menjadi pilihan untuk bersantai bersama keluarga. Ini adalah masa yang terbaik menerokai keindahan Malaysia.
Didik Anak Tunggal ‘CINTAKAN BUKU’,  Datin Sri Zuraila Yassin  Seronok Kongsi Ilmu Dengan Anak GadisnyaWalaupun agak fobia berada di tempat awam dalam situasi pendemik COVID-19 masih belum menemui titik akhirnya, namun Datin Sri Ilyka amat berharap masyarakat di luar sana mengamalkan amalan penjarakkan sosial, pemakaian pelitup muka agar ia melindungi diri dari segala musibah. Tidak dinafikan, ia menjadi sebahagian dari gaya hidup yang perlu dipatuhi oleh setiap individu walaupun sedang bercuti.,”ujar Datin Sri Ilyka mengakhiri perbualan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI