Rezeki tidak pernah salah alamat. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang gigih berusaha mengubah nasib diri dan keluarga. Usahawan, make-up artist dan Influencer, Muabellaz ini misalnya kini makin sukses dalam kerjaya dan mampu hidup mewah atas keringat serta kerja kerasnya selama ini.

Selamat timang anak keempat pada hujung Julai lalu, Bellaz sekali lagi menjadi perhatian warga maya apabila menaiki sebuah kereta mewah Lamborghini. Kereta mewah warna hijau tersebut dianggarkan bernilai hampir dua juta ringgit!

IKLAN

Meskipun tidak membuat sebarang pengumuman mengenai pembelian kereta berkenaan, namun berdasarkan perniagaan Muabellaz yang makin berkembang maju tidak mustahil wanita kelahiran Kedah ini mampu memilikinya.

Dikhabar Beli Kereta Lamborghini, MUABELLAZ Kenang Jasa Suami Waktu Awal Ceburi Bidang Solekan! Dikhabar Beli Kereta Lamborghini, MUABELLAZ Kenang Jasa Suami Waktu Awal Ceburi Bidang Solekan! Dikhabar Beli Kereta Lamborghini, MUABELLAZ Kenang Jasa Suami Waktu Awal Ceburi Bidang Solekan!

Malah, ruangan komen di media sosial Muabellaz dihujani dengan ucapan tahniah dan bangga daripada peminat yang mengagumi kejayaan usahawan berusia 30 tahun ini.

Sementara itu dalam salah satu posting, Muabellaz berkongsi kenangan di samping suami tercinta ketika dia mula menceburi bidang solekan.

Ujarnya, “Momen anak pertama hampa ui. Sebenarnya anak pertama ni lah mengajar kita banyak perkara dalam rumah tangga. Jadi lebih matang, lebih bertanggungjawab, saling kerjasama antara satu sama lain.

Masa ni Bellaz dah start buat makeup pengantin dan makeup class. Rezeki anak masa ni dapat job makeup. Mama pergi makeup pengantin, abah duduk dalam kereta jaga Eica. Dengan aircond tak ada, kibas dengan kertas dekat anak takut anak panas.

Tunggu bawah pokok selagi Bellaz tak habis makeup. Mat Nuart masa tu kerja runner. Dia akan ambil cuti kalau Bellaz ada job pengantin jauh-jauh. Hari jumaat sepatutnya dia cuti rehat tapi dia support minat bini dia dalam dunia makeup ni.

IKLAN

Mana ada pertandingan makeup semua Bellaz masuk sebab minat, menang kalah belakang kira Mat Nuart kata. Sebab tu Bellaz selalu tulis. Kenangan hari ini takkan sama dengan kenangan esok. Jadi ciptalah momen hampa setiap hari.”

Dikhabar Beli Kereta Lamborghini, MUABELLAZ Kenang Jasa Suami Waktu Awal Ceburi Bidang Solekan! Dikhabar Beli Kereta Lamborghini, MUABELLAZ Kenang Jasa Suami Waktu Awal Ceburi Bidang Solekan! Dikhabar Beli Kereta Lamborghini, MUABELLAZ Kenang Jasa Suami Waktu Awal Ceburi Bidang Solekan!

IKLAN

Anak jati Tanjung Dawai, Kedah ini mula serius mendalami dunia solekan sejak hamil anak pertamanya kira-kira enam tahun yang lalu. Bermula dengan live tutorial mekap di media sosial, nama Muabellaz kian meningkat naik dan menjadi inspirasi ramai generasi muda hari ini.

Bertitik-tolak dari situ juga Bellaz mendapat idea menghasilkan rangkaian produk kosmetik keluaran sediri termasuk lip matte dan berus mekap. Difahamkan, Bellaz merancang membeli rumah kedai baru yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta untuk dijadikan ibu pejabat Bellaz Beauty.

Dikhabar Beli Kereta Lamborghini, MUABELLAZ Kenang Jasa Suami Waktu Awal Ceburi Bidang Solekan! Dikhabar Beli Kereta Lamborghini, MUABELLAZ Kenang Jasa Suami Waktu Awal Ceburi Bidang Solekan!

Wanita kreatif ini turut melakar pencapaian peribadi apabila berjaya memiliki pejabat dan staf sendiri ketika usianya baru mencecah 25 tahun.

Bellaz mendirikan rumah tangga bersama Anuar Ahmad dan mereka dikurniakan empat anak iaitu  Iris Arisya, Mohd Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Nur Aisywara Naelofa.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI