NORAZILAH MUSA

Sesungguhnya ujian dari Allah itu tanda sayang. Dalam kegembiraan Norazilah Musa dan suami menerima kehadiran cahaya mata keempat, mereka diuji dengan kelahiran anak istimewa. Dunia Norazilah yang selama ini cerah tiba-tiba bertukar malap saat doktor mengesahkan keadaan bayi miliknya. Akui ibu empat anak ini, lidahnya menjadi kelu dan perasaannya bercampur-baur menerima situasi mengejutkan tersebut.

Tenang berkongsi perjalanan hidup serba mencabar, Norazilah atau mesra disapa Iyla mengharapkan agar pendedahan ini menjadi suntikan semangat buat wanita khususnya kaum ibu yang turut dikurniakan anak syurga.

IKLAN

“Tahun lepas, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan kami sepakat menamakan anak ini sebagai Nuh. Nuh dilahirkan pada 18 April 2020. Waktu dia lahir wabak Covid-19 sedang menular. Dengan keadaan jangkitan virus maut ini di luar sana ditambah pula emosi yang masih terkejut dan tak stabil, saya mengaku kehidupan kami suami isteri ketika itu sangat mencabar.

Diuji Lahir Anak Sindrom Down, NORAZILAH Sanggup Bawa Semua Anak Tiap Kali Dapat Tempahan Mekap! Diuji Lahir Anak Sindrom Down, NORAZILAH Sanggup Bawa Semua Anak Tiap Kali Dapat Tempahan Mekap!

Diuji Lahir Anak Sindrom Down, NORAZILAH Sanggup Bawa Semua Anak Tiap Kali Dapat Tempahan Mekap! Diuji Lahir Anak Sindrom Down, NORAZILAH Sanggup Bawa Semua Anak Tiap Kali Dapat Tempahan Mekap!

Diuji Lahir Anak Sindrom Down, NORAZILAH Sanggup Bawa Semua Anak Tiap Kali Dapat Tempahan Mekap!

Berbeza dengan tempoh berpantang lepas bersalin anak-anak sebelum ini, saya terpaksa berpantang di rumah bersama suami dan anak-anak yang lain. Memandangkan waktu itu tengah Covid-19. Allah saja tahu bagaimana saya bergelut dengan kehidupan sendiri tiap-tiap hari.

Nuh dilahirkan sindrom down dan sepanjang mengandungkan Nuh, doktor tak kesan sebarang perubahan tidak normal terhadap kandungan saya. Semuanya baik-baik saja sehinggalah Nuh lahir dan disahkan sindrom down.

Memang kami terkejut sebab tak ada dalam kalangan keluarga kami yang ada genetik ini. Sampai sekarang walau Nuh dah berusia setahun lebih kami masih follow up kes dia dan berulang-alik ke hospital setiap hari.”

Entah dari mana datangnya kekuatan, jiwa Iyla seolah-olah ‘dijentik’ seterusnya membuatkan dia segera bangkit demi anak syurga. “Iya, pada awalnya memang sukar untuk saya terima kenyataan yang kami ada anak istimewa. Tapi bila fikir secara rasional, dan percaya kepada ketentuan Allah Yang Maha Adil… perlahan-lahan saya terima takdir ini.

Saya juga percaya anak syurga kami adalah ‘rezeki besar’ yang tak semua orang ada. Fokus saya dan suami sekarang ialah untuk jaga Nuh sebaik mungkin dan merancang masa depan dia sebaik-baiknya.”

Diuji Lahir Anak Sindrom Down, NORAZILAH Sanggup Bawa Semua Anak Tiap Kali Dapat Tempahan Mekap! Diuji Lahir Anak Sindrom Down, NORAZILAH Sanggup Bawa Semua Anak Tiap Kali Dapat Tempahan Mekap! Diuji Lahir Anak Sindrom Down, NORAZILAH Sanggup Bawa Semua Anak Tiap Kali Dapat Tempahan Mekap!

Diuji Lahir Anak Sindrom Down, NORAZILAH Sanggup Bawa Semua Anak Tiap Kali Dapat Tempahan Mekap!

IKLAN

Jelas Iyla, dia yang mengusahakan bisnes solekan Amanda Touch turut terjejas dari segi pendapatan sejak pandemik Covid-19 melanda negara. “Kalau tanya di mana saya dapat kekuatan, mestilah anak-anak yang menjadi semangat untuk saya berjaya dan berusaha lebih kuat. Lagi-lagi sekarang, saya ada seorang anak syurga. Jadi itu membuatkan saya bersemangat dan yakin yang saya boleh lakukan apa saja serta berjaya seperti orang lain.

Tak dinafikan, sumber pendapatan saya tak menentu. Demi untuk tampung perbelanjaan keluarga dan bantu suami, saya ambil paid review di platform media sosial selain buat jualan kecil-kecilan secara online.

Musim Covid-19 memang saya tak ambil job mekap. Tambahan pula ada Nuh, saya risau kalau dia terjangkit. Sebab itu dari bulan Januari lepas, saya usaha jual Chocolate Almond untuk tambah pendapatan. Suami saya bekerja sendiri sebagai kontraktor.”

Bukan berasal dari keluarga berada, Iyla menjelaskan dia sudah terbiasa hidup susah sejak kecil bersama lapan adik-beradik yang dua daripadanya sudah meninggal dunia. “Saya dilahirkan di Kuantan, Pahang dan merupakan anak kelima daripada lapan beradik. Ayah dah lama pencen dan mak pula suri rumah sepenuh masa.

Sebelum ini saya pernah kerja sebagai penari artis budaya di Pahang dan Kuala Lumpur. Belajar hanya sampai SPM saja di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad. Saya mula aktif dalam bidang solekan selepas kahwin sekitar tahun 2014. Terdetik untuk ada bisnes make up sebab minat dan saya rasa bakat saya dalam bidang ini sangat luas. Selain ambil tempahan mekap, saya juga ada buat kelas solekan sendiri.

IKLAN

Diuji Lahir Anak Sindrom Down, NORAZILAH Sanggup Bawa Semua Anak Tiap Kali Dapat Tempahan Mekap! Diuji Lahir Anak Sindrom Down, NORAZILAH Sanggup Bawa Semua Anak Tiap Kali Dapat Tempahan Mekap! Diuji Lahir Anak Sindrom Down, NORAZILAH Sanggup Bawa Semua Anak Tiap Kali Dapat Tempahan Mekap! Diuji Lahir Anak Sindrom Down, NORAZILAH Sanggup Bawa Semua Anak Tiap Kali Dapat Tempahan Mekap! Diuji Lahir Anak Sindrom Down, NORAZILAH Sanggup Bawa Semua Anak Tiap Kali Dapat Tempahan Mekap!

Dengan lambakan make up artist sekarang, memang diakui sukar untuk mendapat tempat. Tapi saya percaya dengan bakat yang ada dan kelainan yang saya bawa. Maksudnya bukan sekadar solek orang tapi saya juga boleh mekap diri saya sendiri secara live dan buat video mekap sendiri serta bersaing secara sihat.

Tujuan saya berkongsi solekan secara live di media sosial juga adalah untuk beri semangat kepada followers saya yang semua wanita mampu buat apa yang mereka inginkan tanpa alasan,” ujar Iyla sambil mengagumi bakat solekan dan jiwa usahawan Dato’ Alha Alfa.

Meniti usia 34 tahun, isteri kepada Zulhelmi Sulaiman ini berkata walau ada perniagaan sendiri dan pernah menata rias beberapa selebriti tanah air namun Iyla tetap berdepan pelbagai cabaran. “Cabaran sepanjang bergelar makeup artist ini banyak. Tapi antara yang paling kerap saya lalui adalah apabila saya terpaksa bawa semua anak-anak untuk job mekap pelanggan.

Alhamdulillah, Allah permudahkan kerja saya dan dikurniakan anak-anak yang sangat menjaga tingkah-laku bila saya bawa mereka bersama pergi kerja. Anak-anak faham kerja ibu mereka dan suami pun banyak tolong uruskan anak-anak sebab kami tak ada pengasuh.

Begitu juga pelanggan yang faham keadaan saya. Tapi kalau ada event tertutup atau saya kena hadir jadi jurucakap atau mekap selebriti, saya tak bawa anak-anak. Jadi saya terpaksa minta tolong kakak ipar untuk jagakan mereka.”

Ditanya mengenai perancangan Iyla pada masa hadapan, dalam nada penuh semangat dia memberitahu mahu mempunyai satu studio solekan khas buat golongan wanita. “Sememangnya saya mahu jadi wanita berjaya dan memasang impian untuk buka satu studio khusus untuk wanita kurang berkemampuan mendapatkan ilmu berkaitan solekan. Saya mahu adakan ini untuk mereka supaya mereka yakin dan mampu mencuba sesuatu yang menguji kemampuan mereka serta berfikir di luar kotak.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI