Pernah ke terdetik di hati kita, kenapalah anak-anak zaman ini susah sangat nak mendengar cakap? Anak yang dulunya mudah akur dan patuh pada suruhan, kini semakin suka melawan sejak diberikan gadget serta bergaul dengan kawan-kawan.

IKLAN

Mengikut petua, sebenarnya amalan kita membasuh beras tersimpan rahsia hebat untuk melembutkan hati anak dan pasangan.

Mungkin banyak ibu bapa dah amalkan atau mungkin juga ramai yang terlupa tentangnya. Jadi sempena tempoh kuarantin di rumah ni, apa salahnya kita amalkan semula petua yang dikongsi oleh Ustaz Abdullah Khairi melalui Facebook beliau.

“Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras. Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh?”

 

Orang dulu-dulu sering mengamalkan petua yang kebanyakannya adalah doa atau zikir memuji kebesaran Allah. Terutama sekali dalam urusan rumah tangga, layanan terhadap suami dan didikan anak-anak agar keluarga menjadi soleh serta solehah.

Cara ini bukan sahaja untuk lembutkan hati anak tetapi hati pasangan dan diri kita sendiri agar sentiasa tenang. Ini juga yang selalu dipesan Rasulullah SAW iaitu doa adalah satu ibadah dan senjata orang beriman dalam apa saja keadaan.

Cara Ustaz Abdullah Khairi

  1. Genggam beras.
  2. Menggunakan tangan kanan untuk membasuh.
  3. Semasa genggam niatkan dalam hati dan bacalah doa ini dan tiuplah pada beras tersebut – “Ya Allah lembutkanlah hati anakku sebagaimana kau lembutkan beras ini menjadi nasi”
  4. Cuci dan gaulkan beras arah lawan jam.
  5. Amalkan selalu setiap kali nak basuh beras kerana sangat berkat dan anda akan nampak perubahan itu pada anak-anak dan pasangan.

Lagi satu pesan orang tua-tua, setiap kali kita nak sediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras ikut lawan putaran arah jam.

IKLAN

Cara Berzikir

Selain cara di atas, boleh juga amalkan zikir ini ketika tangan lincah membasuh beras tu. Cukup dibacakan dalam hati dan niatkan kita mahu rumah tangga yang bahagia serta mendapat keberkatan-Nya.

  • Semasa basuh beras, berselawatlah ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.
  • Bila masukkan air untuk disukat, bacalah:

i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.

IKLAN

ii) Surat Al-Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.

iii) Surah Al-Qadr – (Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Sebagai memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.

iv) Zikirkan Ya Kareem, Ya Raheem – Baca beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini bagi menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

Kadangkala kita lupa nak buat. Jadi sangatlah rugi jika tak diamalkan. Ok mulai hari ini apa kata setiap kali nak membasuh beras jadikan doa ini satu amalan kerana banyak sangat manfaatnya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI