Ads

Main Badminton Di Kilang Manisan Tempat Kerja Bapa Masa Kecil, Kini Ratchanok Intanon Huni Ranking Ke-7 Dunia!

Ratchanok Intanon Bawa Keluar Keluarga Dari Kemiskinan
Ratchanok Intanon Bawa Keluar Keluarga Dari Kemiskinan

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Siapa sangka, kanak-kanak kecil yang dahulu main badminton di kilang tempat ibu bapanya bekerja kini merupakan pemain badminton wanita yang menghuni ranking ketujuh dunia! Ratchanok Intanon bukan hanya menjadi kebanggaan rakyat Thailand malah bakat sebagai jaguh badminton meraih perhatian peminat sukan antarabangsa.  

Meniti usia 31 tahun, Ratchanok menerusi temu bual bersama BWF mendedahkan dia mula bermain badminton ketika usia enam tahun di Banthongyord Badminton School di Thailand. Ketika itu bapanya bekerja di kilang manisan terkenal Thailand milik Kamala Thongkorn yang juga pengasas Banthongyord Badminton School ditubuhkan pada 1991. 

Artikel https://www.nona.my/23-tahun-kahwin-datuk-rashid-sidek-ada-anak-autism-asbab-datin-azehan-jadi-pengusaha-tadika-special-needs/

Ratchanok Intanon Kebanggaan Thailand

Main Badminton Di Kilang Manisan Tempat Kerja Bapa Masa Kecil, Kini Ratchanok Intanon Huni Ranking Ke-7 Dunia! Main Badminton Di Kilang Manisan Tempat Kerja Bapa Masa Kecil, Kini Ratchanok Intanon Huni Ranking Ke-7 Dunia! Main Badminton Di Kilang Manisan Tempat Kerja Bapa Masa Kecil, Kini Ratchanok Intanon Huni Ranking Ke-7 Dunia!

Disebabkan Ratchanok Intanon sering berada di kawasan kilang dan terdedah kepada bahaya, Kamala membenarkan dia dan kanak-kanak lain bermain di gelanggang badminton yang diusahakan bagi memastikan keselamatan mereka seterusnya terhindar daripada kecederaan.  

Dari situ bakat Ratchanok yang dikenali sebagai May kian terserlah. Dia menjadi pemain termuda memenangi World Junior Championship pada usia 14 tahun. Wanita aktif ini sedar masa depannya dalam bidang sukan badminton mampu membawa keluarganya daripada kemiskinan.  

Ads

Berkat usaha keras dan tidak kenal putus asa, atlet Thailand ini mencipta sejarah memenangi gelaran World Junior selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2009, 2010 dan 2011.  

Nama Ratchanok Intanon kian dikenali dunia apabila dia dinobat selaku pemain perseorangan wanita termuda memenangi BWF World Championship pada tahun 2013 ketika berusia 18 tahun.  

Langit tidak selalunya cerah, kehidupan Ratchanok tiba-tiba ‘kelam’ apabila ibunya Kamphan Suwannasara dilaporkan meninggal dunia secara mengejut pada usia 48 tahun, 19 Ogos 2021.

Ads

Ratchanok Intanon Kehilangan Ibu

Main Badminton Di Kilang Manisan Tempat Kerja Bapa Masa Kecil, Kini Ratchanok Intanon Huni Ranking Ke-7 Dunia! Main Badminton Di Kilang Manisan Tempat Kerja Bapa Masa Kecil, Kini Ratchanok Intanon Huni Ranking Ke-7 Dunia! Main Badminton Di Kilang Manisan Tempat Kerja Bapa Masa Kecil, Kini Ratchanok Intanon Huni Ranking Ke-7 Dunia!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ratchanokmay

Semangat atlet ini bagai ‘diragut’ kerana ibunya merupakan kekuatan Ratchanok sepanjang kariernya sebagai atlet profesional badminton.  

Ads

Dalam hantaran di media sosial, Ratchanok menzahirkan rasa sebak mengenangkan ketiadaan ibu di sisi namun terus bangkit mendepani hari mendatang.  

“2021 adalah tahun yang dipenuhi dengan kesedihan selama setengah tahun selepas itu. Saya telah menghadapi banyak perkara tetapi ini mungkin satu ujian bagi saya dalam hidup untuk melihat sama ada saya boleh menjadi lebih kuat dan bersedia untuk tanggungjawab kelak. 

Main Badminton Di Kilang Manisan Tempat Kerja Bapa Masa Kecil, Kini Ratchanok Intanon Huni Ranking Ke-7 Dunia! Main Badminton Di Kilang Manisan Tempat Kerja Bapa Masa Kecil, Kini Ratchanok Intanon Huni Ranking Ke-7 Dunia!

Ya, hidup tidak mudah sama sekali. Tetapi saya mesti berterima kasih kepada orang-orang di sekeliling saya yang sentiasa menyokong dan menggalakkan saya apabila saya hampir jatuh.” 

Sebelum ini Ratchanok Intanon pernah memberi bayangan akan bersara selepas temasya Sukan Olimpik Paris. Namun sehingga ke hari ini, dia masih aktif mengharumkan nama negara tercinta dan menduduki tangga ketujuh dunia.  

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Ustazah Asma' Harun

Ustazah Asma’ Harun Jadi Pembimbing Ibadah Haji, Tenang Pimpin Jemaah Di...

Ustazah Asma' Harun menjadi pembimbing ibadah haji dan berkongsi pengalaman menyentuh hati bersama jemaah di Tanah Suci menjelang kemuncak musim Haji.