Pada Julai 2022, pelakon jelita Nelydia Senrose dan suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid telah menunaikan ibadah haji.
Tahun ini Nelydia memanjatkan kesyukuran apabila ibu tercintanya, Rosmizai Mohd Noor berpeluang menunaikan rukun Islam kelima itu.
Nelydia atau nama penuhnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen berkongsi berita gembira itu dalam satu hantaran di Instastory.
Ads
Menerusi video tersebut, Nelydia bersama beberapa ahli keluarganya yang lain termasuk Uqasha Senrose dilihat turut sama-sama menghantar ibunya ke lapangan terbang.
Ads
Malah, pelakon berusia 29 tahun ini kelihatan sebak serta tidak dapat menahan air mata saat menadah tangan ketika doa dibaca.
Ads
“Alhamdulillah telah Kau kabulkan salah satu impianku dan doa-doa kami ketika di Arafah tahun lalu di mana kami berhajat untuk ibu menjadi tetamu Allah pula bagi menunaikan haji,” tulis Nelydia dalam Instastory.
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana doa dan usahanya itu diizinkan Allah SWT. Dia juga berdoa agar ibadah ibunya itu diterima olehNya.
Semoga dimudahkan segala urusan ibu Nelydia dan dikurniakan haji yang mabrur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang berasal dari Pulau Pinang pandai bersolek sehingga kelihatan jauh berbeza dengan wajah sebenarnya. Ramai yang memuji dan tak kurang juga yang mengeji kanak-kanak tersebut. Rupa-rupanya kerjaya sebagai seorang mekap artis atau juru solek boleh pergi jauh jika benar-benar minat dan berada di atas landasan yang betul.
Seorang kanak-kanak dari Thailand, Nong Phrae Ploen yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-12 tahun telah reward dirinya dengan membeli sebuah kereta mewah BMW Sedan. Kanak-kanak ini bukan membeli kereta mewah tersebut dengan duit ibu bapanya tetapi membeli kereta tersebut hasil daripada titik-peluhnya sendiri. Hebat bukan? Kita yang sudah kerja bertahun-tahun pun tak mampu pun nak beli kereta mewah tersebut.
Walaupun kanak-kanak yang mempunyai nama di Facebook sebagai Nong Phrae Ploen atau lebih dikenali sebagai Natthanan ini belum boleh memandu kereta lagi tetapi dengan membeli aset tersebut merupakan kebanggaan diri sendiri setelah penat bekerja. Kanak-kanak ini sangat meminati dunia solekan dan telah memulakan kerjaya ini secara profesional sejak usia 7 tahun.
Natthanan telah memuat turun video dan mekap tutorial di laman sosialnya dan mempunyai pengikut yang tersendiri. Mekap tutorial kanak-kanak ini menjadi tular sejak British Broadcasting Corporation (BBC) mengeluarkan cerita tentangnya dan mendapat liputan yang luas sehingga penambahan pengikutnya di laman sosial secara mendadak.
Kerjaya Natthanan semakin memuncak dan menjadikan dirinya terkenal setelah terpilih menjadi salah seorang mekap artis TERMUDA untuk bekerja di pentas fesyen berprestij – London Fashion Week 2018. Sehingga kini Natthanan mempunyai 800,000 pengikut di laman Facebook. Bayangkan berapa pendapatan yang diperolehnya untuk bekerja di situ dan tidak hairan mengapa kanak-kanak ini memilih hadiah kereta BMW sempena hari jadinya.
Ucapannya sempena hari jadinya yang ke-12, ““Happy birthday to me. I will be 12 years old this year. I am very grateful for everything I have so far and I’m thankful to my fans for supporting me. Thanks for all the well wishes, I wish everyone the same as well!,”.
Sumber: www.worldofbuzz.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Duit gaji besar macam mana sekalipun kalau tidak berjimat pasti akan habis juga. Ada saja yang kekurangan atau ada sahaja yang nak dibelanjakan kalau duit ada di tangan.
Banyak juga yang kita dengan agar menyimpan 20 peratus daripada duit gaji. Tapi nak simpan kat mana pula? Bagi yang mencari-cari cara untuk menyimpan duit dengan efektif mungkin boleh aplikasi cara yang dikongsi oleh Nor Iman Nazuki @ Abang Jerung ini.
8 Jenis Tabung Ibu Bapa Perlu Ada;
1. Tabung Kecemasan
✅ Tabung kecemasan dalam 3 hingga 8 bulan dari gaji/komitmen bulanan. Simpan di tempat yang mudah dicairkan apabila memerlukan ie ASB.
2. Tabung Bunian
✅ Konsep tabung bunian adalah force saving. Simpanan secara konsisten setiap bulan. Masuk boleh, keluar tidak boleh unless untuk kembangkan aset atau dah achieve objektif nya ie pelajaran anak-anak, modal beli hartanah, etc.
3. Tabung Holding Power
✅ Ramai yang pandang ringan tabung ni especially tidak nampak long term kelebihan tabung ini. Tabung ini digunakan apabila berlaku ancaman kewangan terutamanya ke atas ketua keluarga. Tabung yang juga berfungsi untuk debt cancellation/income replacement/hibah apabila berlaku ancaman kewangan ie kematian, cacat kekal dan sakit kritikal.
4. Tabung Perubatan
✅ Tabung Perubatan seeloknya diambil ketika anak-anak masih kecil kerana bayaran lebih murah dan risiko direject lebih rendah. Untuk mak ayah pun semuda mungkin. Namun utamakan tabung holding power dahulu sebelum tabung perubatan.
Kenapa? Worst case scenario ie bila berlaku ancaman kewangan, masih ada hospital kerajaan. Namun, hutang anda siapa yang nak bayarkan? Takkan nak harapkan waris menanggung hutang yang anda tinggalkan?
5. Tabung Simpanan/Pelaburan
✅ Sifu saya pernah pesan, simpanan dan tabiat anda sekarang akan menentukan kedudukan kewangan anda 5 tahun akan datang. Dari tabung pelaburan inila anda boleh gunakan untuk pelaburan ie asb, tabung haji, saham amanah, koperasi, saham dan pelbagai lagi.
6. Tabung Percutian
✅ Life pun kena enjoy juga kan? Bina tabung percutian untuk keluarga, special moments dan santaikan fikiran dan releasekan tension. Ikut bajet yang ada. Cuti-cuti Malaysia pun apa salahnya kan?
7. Tabung Umrah dan Haji
✅ Tabung ni kena ada, bagi menunaikan haji berkemampuan dan umrah sekiranya belum atau nama belum dipanggil.
8. Tabung Sedekah
✅ Hidupkan untuk memberi. Insha Allah dimurahkan rezeki. Cara paling mudah sedekah masjid ketika solat jumaat ataupun tanyakan cikgu anak anda jika anda ada anak murid yang perlu dibantu. Besar pahalanya bantu anak-anak untuk belajar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertuah sungguh Datin Sri Noniswara kerana masih kekal cantik dan lansing walaupun kini usianya mencecah 51 tahun. Macam tak percaya, kan? Makin berseri-seri pula. Bahkan, kalau bersama anak-anak pun tetap terserlah seri awet muda wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.
Datin Sri Noniswara Baharudin kini bahagia dengan perkahwinan kali ketiganya bersama Dato’ Sri Dr Sheikh, seorang ahli perniagaan.
“Alhamdulillah, kini dah masuk 6 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Dato’ Sri seorang yang gemar bergurau, berjenaka dan happy all the time. Kalau Dato’ Sri bercakap saya perlu memandang wajahnya serta mendengar dengan baik. Mungkin itulah yang membuatkan suami selesa dengan saya. He said I am a good listener. Dato’ Sri juga sebenarnya seorang yang manja.
Dari segi karier, suami sangat memahami malah menggalakkan lagi saya berlakon. Kalau tak bekerja, selalunya saya akan manfaatkan masa bersama keluarga seperti menonton, berbual, makan, mengemas, berkebun, solat berjemaah dan tazkirah bersama.
Oleh itu, saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Pengalaman lalu membuatkan saya menjadi lebih matang. Semua yang berlaku ada hikmah. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan. Berkat doa saya setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah.”
Datin Sri Noniswara memiliki 3 orang anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Naveer Mihshon (27 tahun), Nurerysha Emyra (22 tahun) dan Nazeer Danish (14 tahun).
“Hubungan kami umpama kakak dan adik, kadang-kadang seperti sahabat. Saya banyak berbual dengan anak-anak antaranya tentang isu semasa, agama dan sentiasa mendengar luahan hati mereka. Saya juga bersikap terbuka. Mereka boleh berkongsi apa sahaja perkara dengan saya.”
RAHSIA AWET MUDA “Saya amalkan rutin asas sahaja. Apa yang penting elakkan stres dan sentiasa menjaga kelembapan kulit wajah dengan menyapu pelembap setiap hari. Kulit yang kering akan mencepatkan proses penuaan. Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuk beriadah, sentiasa merasa gembira dan bahagia,” kongsi Datin Sri Noniswara yang kini masih aktif dalam dunia lakonan.
“Saya juga berdoa agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan hingga ke akhir hayat saya. Semoga Allah SWT memberkati apa jua yang saya dan keluarga lakukan. Harap-harap dapatlah saya melihat kehidupan dan kejayaan anak-anak kelak, InshaAllah.
Nasihat saya buat kaum wanita di luar sana pula, jadilah seorang wanita dan ibu yang baik. Banyak bersabar, sentiasa bersyukur, banyak mengalah, tegas dan rajin melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu.
Usah mengeluh dan cepat melatah jika ada dugaan-dugaan yang datang. Usah mudah mengamuk dan ‘cengeng’. Jangan lupa berdoa dan mohon kepada Allah SWT. Usaha dan doa mampu merubah kehidupan kita menjadi lebih baik.
Kredit Foto: Instagram @noniswara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit buah pinggang kronik semakin meningkat dalam kalangan wanita muda di Malaysia. Ketahui simptom awal, faktor risiko dan kepentingan ujian awal sebelum terlambat.