Isu gaji penyampai radio atau DJ yang dikatakan mencecah hingga ratusan ribu ringgit sebulan menjadi topik hangat di media sosial beberapa hari ini. Salah seorang penyampai radio senior iaitu Linda Onn turut terpalit dengan isu itu dan didakwa meraih pendapatan lebih RM40,000.
Terkejut dengan khabar tersebut, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn tampil memberi penjelasan. Sebagai antara penyampai radio popular tanah air, Linda sendiri tidak pasti dengan hakikat gaji yang diperoleh seorang DJ hari ini.
“Haish… Pandai-pandai je awak cakap gitu. Bestnyalah hai kalau betul dapat gaji gitu. Mana Linda pernah dapat gitu. Sampai ke sudah pun tak pernah dapat tinggi gitu.
Dulu menang award pun nama tengah gah pun gaji tak adalah sampai 10k. Bertuah penyampai radio zaman sekarang sampai jejak 50k – 100k-150k sebulan. Kalaulah bakatku dihargai dulu sampai dapat sebegitu. Bestnya.”
Pun begitu, Linda tidak menolak kemungkinan tersebut memandangkan perubahan zaman dan kehendak pendengar masa kini berbanding ketika era kegemilangannya suatu ketika dulu.
“Maybe penyampai zaman sekarang kualitinya berbeza, approachnya berbeza, kehendak pendengar berbeza, kehendak station pun berbeza berbanding dengan zaman Linda dulu. Tambahan pula orang yang dah ada nama dipanggil jadi penyampai radio. Lagilah berharga.
Dulu nak dapat naik gaji pun kena lalui appraisal, tengok KPI, tengok performance sebagai penyampai dan tengok komitmen kita untuk on ground event bagi station tu. Bukan senang eh.
Ads
Yelah, back to zaman dulu lain. Maybe juga zaman dulu ada yang dapat 40k – 100k. Tapi nope, Linda tak dapat. Kita terima jelah. Mungkin standard Linda tak sampai tahap tu.”
Bagaimana pun, pengusaha restoran My Mom’s Chicken Rice ini menzahirkan rasa syukur dan gembira jika ada di antara rakan sejawatannya menerima bayaran lumayan seperti yang diuar-uarkan.
“Happy juga dengar gaji penyampai dah ratus ribu sekarang. Wow, masyaAllah banyaknya!! Kadang terfikir kenapa dulu Linda tak dapat gitu eh? Haa, itu maknanya sudah tertulis rezekiku sebegitu saja. Kepada penyampai sekarang yang dapat gaji sebulan 50k – 100k -150k, tahniah!”
Ads
Berpengalaman lebih 20 tahun sebagai DJ, Linda pernah berkhidmat di stesen radio Kool FM, Era FM, Sinar FM dan Suria FM.
Berkongsi minatnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Linda menerusi media sosial mendedahkan dia mula berjinak-jinak mendalami pembuatan minyak wangi.
Siapa sangka bermula dengan hobi dan niat mengisi masa terluang waktu PKP telah membuka peluang kepada usahawan berusia 45 tahun ini untuk menceburi bisnes minyak wangi berasaskan kayu gaharu atau lebih dikenali sebagai Oud.
Linda mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Johor iaitu Ungku Azhar Ungku Maznan pada 27 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ungku Zara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau sudah jodoh takkan ke mana! Walau 24 tahun lebih berusia daripada suami tercinta tetapi ia bukan halangan buat Brigitte Macron dan Presiden Perancis ini untuk menikmati kehidupan rumah tangga yang bahagia.
Kisah perkahwinan di antara Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan suri hati kesayangannya ini bukan cerita baharu.
Ikatan suci yang termeterai pada tahun 2007 ini menyaksikan hubungan cinta seorang guru dan anak murid yang berkekalan hingga ke jenjang pelamin.
Brigitte Macron Dulu Guru Kini Suri Hati Presiden Perancis
Lebih mencuri tumpuan, Brigitte Marie-Claude Macron kini berumur 72 tahun manakala Emmanuel pula berusia 48 tahun pada Disember depan. Walaupun perbezaan umur mereka mencipta kontroversi namun kedua-dua kelihatan cukup bahagia hidup bersama.
Apatah lagi Brigitte disifatkan Emmanuel sebagai seorang isteri yang sentiasa berterus-terang dan penyokong kuatnya dalam kerjaya politik. Bahkan dia juga sering mengingatkan Presiden Perancis ini agar kekal fokus menjaga pentadbiran negara.
Bukan itu saja, menerusi foto-foto mereka yang tular menunjukkan sisi humor Brigitte yang gemar mengusik suami. Sementara Emmanuel pula sering kelihatan romantik setiap kali di samping isteri.
Mengimbau detik pertemuan Brigitte dan Emmanuel, ia bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pertama kali bertemu, Emmanuel baru berusia 15 tahun dan Brigitte pula bertugas sebagai guru seni drama berumur 39 tahun.
Bagaimana pun mereka menjalin hubungan serius hanya selepas pemimpin Perancis ini menginjak usia 18 tahun.
Yang pasti, hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada ibu bapa Emmanuel dan beliau dihantar jauh ke Paris untuk memisahkannya dengan Brigitte. Namun setelah Emmanuel tamat pengajian di universiti, pasangan ini nekad melangsungkan perkahwinan.
Emmanuel Bahagia Di Sisi Brigitte Macron
Terdahulu, Brigitte pernah berkahwin dengan pegawai bank bernama Andre-Louis Auziere. Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Sebastien, Laurence dan Tiphaine.
Walau lebih berusia daripada suami tetapi penampilan Brigitte kekal anggun menawan setanding dengan wanita muda lain. Bahkan isteri Presiden Perancis ini memiliki cita rasa fesyen yang elegan dan sofistikated.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khusus buat penggemar jenama dUCk , ini merupakan peluang anda menambahkan koleksi kegemaran anda bukan sahaja dalam bentuk fesyen, malah kini ia bakal menjadi kegilaan dengan kolaborasi bersama Starbucks!
Bermula 27 September 2022 sehingga stok masih ada, dUCk dengan kerjasama Starbucks Malaysia telah hadir dengan koleksi fesyen baharu edisi terhad kepada umum yang dikenali sebagai dUCk + Starbucks Blooming Collection.
“Selepas rumah dan pejabat, Starbucks adalah rumah ketiga saya! Jenama Starbucks telah banyak memberi inspirasi kepada saya dan kolaborasi ini sememangnya amat bermakna buat The dUCk Group,” ujar Datin Vivy Yusof, usahawan dan pengasas bersama The dUCk Group.
Membawakan item-item harian yang dekat dengan pelanggan seperti selendang, beg tote, bekas air dan juga termos, koleksi kerjasama antara dua jenama ini hadir dengan tema warna ungu yang merupakan warna ikonik untuk The dUCk Group.
Manakala dari segi rekaan pula, ia menampilkan ilustrasi yang menggabungkan beberapa jenis bunga seperti bunga raya, orkid, ros dan banyak lagi.
Selain daripada koleksi fesyen, kolaborasi dUCk + Starbucks turut memperkenalkan kad edisi terhad dengan nilai pengaktifan kad minimum RM100 bagi setiap satu kad. Manakala setiap produk yang ditawarkan bermula dari RM95 ke atas. Jadi, jangan lepas peluang memiliki koleksi terhad ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular di media sosial, pemain bola sepak, Safawi Rasid mendedahkan isterinya, Syifa Melvin kini sedang hamil dan kehamilannya memasuki usia enam bulan. Safawi Rasid mendedahkan khabar gembira itu melalui TikTok di mana pemain berusia 26 tahun itu mendedahkan jaringan gol yang dilakukan pada perlawanan bola sepak menentang Kepulauan Solomon itu merupakan hadiah khas buat isteri tersayang yang sedang hamil.
“Ya, dia mengandung. Gol tersebut saya hadiah kepada isteri saya. Doakan kami semoga selamat semua,” katanya.
Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT) ini menyumbat bola di dalam baju semasa aksi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu baru-baru ini sekaligus mengukuhkan lagi khabar angin mengenai Syifa yang kini sedang hamil anak sulung.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 28 November lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat pasangan ini. Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirul Melvin merupakan adik kepada Syatilla Melvin dan gandingan empat beradik ini mengusahakan perniagaan berasaskan kosmetik.
Safawi sebelum ini menyangkal dakwaan yang mengaitkan dirinya bakal berpindah ke salah sebuah kelab Liga Super yang berpangkalan di Pantai Timur. Menurut Safawi, dia akan terus kekal bersama kem Harimau Selatan.
“Ya sebenarnya selepas ini saya akan terus kekal di JDT. Saya stay di JDT dan ia muktamad,” ujar Safawi selepas tamat aksi antara Malaysia dan Kepulauan Solomon.
Selepas tamat tempoh peminjaman di kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC, nama pemain berusia 26 tahun ini kembali disebut-sebut peminat bola sepak tempatan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!