Ketibaan Aidilfitri sememangnya di sambut penuh meriah dan warna-warni. Seperti individu lain, Yana Najib tidak ketinggalan sambut raya tahun ini di samping keluarga tersayang. Tampil anggun dalam persalinan tradisi baju kurung bercorak bunga rona merah jambu, kelihatan suami dan anak-anak lelaki Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai ini sedondon berbaju Melayu warna merah.
Dalam perkongsian Yana atau nama sebenarnya Nooryana Najwa Najib Razak di media sosial, momen 1 Syawal anak kepada bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut disambut serba sederhana namun meriah bersama keluarga tersayang.
Begitu juga anak lelaki Datuk Seri Najib, Norashman yang segak berbaju Melayu biru sambil ditemani isteri jelitanya, Nikola Mulyadi yang memakai baju kurung kuning bercorak bunga biru serta diserikan dengan aksesori rantai mutiara.
Ads
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 16 Disember 2023.
Walau Yana Najib sambut raya tidak semeriah dan bermakna seperti dulu kerana ketiadaan bapa tersayang di sisi namun keluarga ini merayakan Aidilfitri dengan rasa syukur, gembira dan seadanya.
Ads
Lebih istimewa, keluarga ini turut menerima kehadiran ahli baharu yang juga cucu sulung perempuan buat Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib.
Puteri kesayangan Yana ini selamat dilahirkan pada 23 Ogos 2023. Bayi comel yang diberi nama Amelia Rahah Daniyar bakal mencecah usia lapan bulan.
Ads
Awal pagi Syawal, mereka sekeluarga turut meluangkan masa menziarahi pusara datuk dan nenek Yana iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarhamah Tun Rahah.
Pagi 8 Ogos 2020, dunia kewartawanan negara suram dengan berita pemergian veteran Datuk Abd Jalil Ali. Kehilangan yang cukup terasa, bagai hilangnya seorang bapa dalam industri media Malaysia.
Sedari sejak berpuluh tahun dulu, karya penulisan arwah sangat dikagumi. Baik di dada akhbar, buku, majalah, Facebook atau sebagainya, sikap rendah hati dan ramahnya begitu terkenang.
Orangnya suka mengusik, berjenaka dan memberi nasihat. Ramai pengamal media mengenali arwah sebagai seorang yang cool biarpun di dalamnya taufan bergelora. Itulah karakter Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian kami, arwah Datuk Abd Jalil Ali, 66 tahun.
Berita pemergian tersebut telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau.
Menurutnya, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.
Sosok ‘bapa’ kesayangan ramai
PULANG
Datuk Abd Jalil yang berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
Arwah juga merupakan Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah. Selain menjadi kolumnis di Sinar Harian, beliau adalah penulis buku terbitan anak syarikat Karangkraf.
Di antara buku-bukunya yang menjadi koleksi ramai adalah Kopi O Tanpa Gula, Teh Tarik Kurang Manis, Asam Garam Gula & Kopi serta Cendol Pulut Santan Lebih.
Nona tertarik berkongsi beberapa kenangan bekas rakan sekerja arwah yang turut sama-sama menangisi pemergian Datuk Abd Jalil Ali ke rahmatullah. Terlalu banyak kenangan yang tercipta dan doa-doa buat arwah yang dikongsikan di Facebook, tanda begitu hebatnya lelaki berambut putih serta berkaca mata ini sewaktu hayatnya.
Didoakan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
==============
“Boss Jalil, boss yang plg disayangi dan disanjungi most of staff lama Karangkraf. Yg kelakar, yg sporting, yg byk cerita best, yg suka melawak tp still tegas. Selamat tinggal boss… Terima kasih.”Izwaashura Sadali
“Beliau tidak pernah meletakkan jurang pangkat dan jawatan; apabila selalu join kami sarapan di kafe sambil bersembang, bergurau.. Itulah boss kami. Tak pernah tak senyum tak gelak kalau bercerita. Sayang dan hormat bos! Kini, beliau tiada lagi.. Al Fatihah. Pergi mu tiada pengganti…”Eizan Ariffin
“Dia bos yang tak bossy. Dia tak pernah minta report dan dia tak pernah mereport orang. Tak pernah mengadu domba. Bos yang sangat telus, tulus dan genuine. Dia buat semua orang selesa berbicara. Sedikit sebanyak saya meniru caranya bila menguruskan staf. Sangat percaya kepada kemampuan orang lain. Sangat tabah biarpun ada kala kepalanya dipijak. Sosok itu kini tiada. Sosok seorang ‘ayah’, ‘penglipur lara’ dan ‘angel’ untuk semua. Al Fatihah buat Datuk Abd. Jalil Ali. Moga rohnya dicucuri Rahmat.”Liza Ali
“Allahyarham seorang sahabat / abang / ketua dan rakan sekerja yg sgt baik, sentiasa menyenangkan hati semua orang, cool, suka bergurau, suka mengusik, penuh ceria dan disayangi ramai. Selamat pulang ke alam abadi, ke pangkuan Tuhan Yang Maha Esa Abang Jalil. You will be greatly missed..!” Mona Din
“Satu perkhabaran menyedihkan …. bekas bos saya di Karangkraf dulu, Datuk Abd. Jalil Ali telah pergi utk selama-lamanya ….. banyak ilmu yg dikongsikan sewaktu bekerja dulu mahupun setelah tidak lagi berkhidmat di Utusan, namun arwah tidak lokek dengan ilmu pengetahuannya mengenai media …… semoga beliau ditempatkan bersama org2 yg beriman.”Faizal Salleh
“Innalillahiwainnailahirojiun… Ketua, Mentor, Sifu yang sangat dihormati & disayangi. Datuk Abd. Jalil Ali, seorang lagi ‘permata’ dunia kewartawanan telah pergi menghadap Ilahi… “Ida Abd Aziz
“Pagi ini saya dikejutkan berita pemergian bekas Bos saya yg merupakan Ketua Pengarang, Datuk Jalil Ali. Beliau bukan sekadar bos tetapi ‘sifu’ saya dan abang tempat saya belajar dan mengadu masalah.”Norman Radzuan
“Al-Fatihah untuk mentor kesayangan saya. Jasa dan budi Datuk Abd. Jalil Ali dalam dunia kewartawan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Semoga syurga tempatmu..”Lailatun Khalilah Nasir
“Salam takziah buat keluarga Allahyarham Dato’ Abd. Jalil Ali Nota: Gambar kenangan tahun lepas Dato singgah meja saya sebelum ke biliknya. ‘Nah bunga untuk hang. Ni kak pah punya aku petik… Hehehe.’ Perginya seorang karyawan, guru, sahabat dan pemimpin yang amat kami sayangi.” Ruzy Adila Idris
“Dia boss saya, kawan saya, guru saya, idola saya. Saya cuba untuk jadi seperti dia, tapi tak mampu. Sekadar sama pada baju. Dia terlalu hebat untuk saya tiru. Hari ini, hambaMu yang hebat ini telah kembali ke pangkuanMu ya Allah. Ampunilah dosanya jika ada, atas jasa, tunjuk ajar dan kebaikannya kepada kami semua. Aku bersaksi dengan seorang boss yang sangat baik.”Muhamad Mat Yakim
“Punya rasa namun tak mampu berbicara. Hanya Allah yang tahu rasa kehilangan ini. Dia ibarat seorang ayah, yang tiada pengganti. Terlalu banyak momen indah untuk dititipkan. Biarlah ia abadi dalam lubuk jiwa yang paling dalam. Selamat jalan Datuk Abd. Jalil Ali. Pemergianmu ditangisi seluruh warga media. Kelak kami akan menyusul…”Hasliza AR Kamaludin
“Arwah dulu banyak kali menegur ketika terserempak saya masih di pejabat selepas jam 12 malam. ‘Liza, pergi balik. Sambung kerja pukul 8.30 pagi nanti. Sudah lewat, balik.’ Setiap ilmu dan nasihat boss saya masih pegang ketat, erat, padat. Al-fatihah boss, selamat pulang dan berehat.”Norliza Ismail
“Tiada lagi kelibat boss Jalil. Berselisih kat lobby, makan semeja kat kafe, kat surau, kat mana-mana di opis tu. Tiada lagi sapaan… ‘Sedap kau nyanyi ek Yama’ sapaan yang buat aku tersipu. Orang hebat akan disayangi, forever!” Yama Watanabe
Sumber: Facebook
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Langkah pencegahan awal kepada kanser payudara adalah dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP). Wanita perlu peka terhadap sebarang perubahan payudara seperti benjol, permukaan kulit kasar, sakit puting atau payudara.
Waktu yang terbaik untuk melakukan PSP adalah dalam tempoh tiga hari selepas haid berakhir ataupun tujuh hingga 10 hari selepas bermulanya haid. Lakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Terdapat beberapa cara untuk melakukan pemeriksaan iaitu:
(a) Di depan cermin
Apa yang anda perlu hanya tangan, mata dan cermin. Berdiri di depan cermin tanpa berbaju dan perhatikan keadaan payudara anda. Teliti bentuk, ukuran dan perubahan seperti permukaan, warna kulit dan bentuk puting payudara. Letak tapak tangan dan tekan pada setiap inci payudara.
(b) Ketika mandi
Anda boleh melakukan PSP ketika mandi dengan bantuan buih sabun. Angkat tangan kanan di belakang kepala dan tekan tangan kiri payudara sebelah kanan. Lakukan juga sebaliknya. Jika menyedari sebarang keganjilan, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor.
(c) Berbaring
Sebelum tidur, anda boleh juga buat pemeriksaan payudara. Dalam berbaring payudara akan melebar dan memudahkan untuk membuat PSP. Tetapi jangan lupa letak bantal di bawah kepala. Kemudian letakkan tangan di bawah dan tekan tapak tangan sebahagian demi sebahagian payudara mengikut luas tapak tangan anda. Mulai dengan gerakan pukul 12 ke angka 1 dan seterusnya. Setelah selesai periksa juga puting payudara.
Jenama cecair mandi terkemuka menggalakkan wanita melakukan PSP bukan untuk kepentingan diri sendiri, namun demi orang yang tersayang.
Menurut Pengurus Pemasaran Produk Penjagaan Diri Southern Lion, Jackie Low, PSP ketika mandi merupakan cara yang paling mudah dilakukan. Demi kepentingan mesej ini, Shokutbutsu telah melancarkan kempen Shokubutsu Be My Reason (Pink Ribbon) yang bertujuan untuk meningkatkan lebih kesedaran tentang PSP dan pengesanan awal boleh mengelakkan tekanan dan trauma.
“Kami mendapati ramai wanita sedar akan kepentingan PSP, namun masih ramai yang gagal untuk menjadikannya sebagai rutin,” kata Jackie Low.
Tambah Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Dr. Saunthari Somasundaram, “Apabila seseorang menjalankan PSP, mereka dapat membiasakan diri dengan rupa bentuk dan struktur payudara sendiri. Ini penting untuk mengesan sebarang perubahan seawal mungkin agar tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semalam, berlangsungnya majlis pernikahan dan persandingan adik perempuan kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Siti Nursairah Tarudin. Menggunakan khidmat perunding perkahwinan, Villa Busainna dan dekorasi dari Wedding Galore Sdn Bhd, perkahwinan Sairah bersama Mohd Sharidan Johari ini juga diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan beberapa rakan artis terdekat.
Selain tarikan majlis yang serba indah dan meriah, telatah comel anak-anak Sairah turut menarik perhatian. Paling mencuri tumpuan adalah anak sulung Sairah yang kini berusia 7 tahun iaitu Ummi Umairah atau Umai. Anak kecil ini kian menjadi bualan ramai apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut memuat naik gambar bersama Umai yang jelas menunjukkan kemiripan wajah mereka berdua.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama Umai (hujung kanan)Siti Sairah bersama tiga orang anak termasuk Umai
Dua orang lagi anak Sairah ialah Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy. Masing-masing berumur lingkungan 6 dan 4 tahun.
Mengimbas kembali momen Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama Umai, kanak-kanak perempuan ini juga pernah muncul dalam sebuah program TV bersama ibu saudaranya itu sekitar empat tahun lalu.
Malah, kalau mengikuti Instagram penyanyi nombor satu negara ini pasti anda sedar minat Umai yang gemar berdandan dan pandai menyanyi. Barangkali kerana darah seni yang mengalir dalam dirinya. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Mungkinkah puteri Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang bakal lahir Mac ini ada iras wajah Umai? Sama-sama kita nantikan.
Sumber foto: Instagram @ctdk, @sitisairahtarudin & @zaramizsdnbhd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun Mira Filzah merupakan selebriti terkenal tanah air dan cukup sebati dengan dunia fesyen namun aktres jelita ini mengakui ibu mentua, Datuk Mastura Yazid lebih pandai bergaya dan berani mencuba pelbagai warna dalam fesyen harian berbanding dirinya.