Seronoknya bila buka pintu rumah melihat saujana hijau sayur-sayuran terbentang depan rumah. Walaupun hanya kawasan tanah yang kecil namun hasilnya boleh dinikmati satu keluarga malah dikongsi dengan jiran-jiran!

IKLAN

EDIBLE GARDEN Jadi ‘Kedai’ Jual Sayur Untuk Keluarga, Jimat Belanja dan Jimat Masa Ke Kedai! EDIBLE GARDEN Jadi ‘Kedai’ Jual Sayur Untuk Keluarga, Jimat Belanja dan Jimat Masa Ke Kedai!

Ramai yang mula melihat tempoh PKP yang mulai dilaksanakan pada 18 Mac 2020 lalu dari sisi positif. Sungguhpun ramai yang hilang pekerjaan namun banyak alternatif lain yang boleh menambahkan pendapatan keluarga.

Bagi Ayue Idris, minat berkebun ini bukanlah untuk menambah pendapatan tetapi lebih kepada kepuasan kerana dapat menikmati hasilnya tanpa perlu keluar belanja. Dia bermula dek kerana bosan tidak dapat melakukan aktiviti di luar bersama anaknya Qaayed Basyir, lantas cadangan dari ibu mentua menjadikan Ayue dan Qaayed terus seronok bermain tanah.

EDIBLE GARDEN Jadi ‘Kedai’ Jual Sayur Untuk Keluarga, Jimat Belanja dan Jimat Masa Ke Kedai! EDIBLE GARDEN Jadi ‘Kedai’ Jual Sayur Untuk Keluarga, Jimat Belanja dan Jimat Masa Ke Kedai!

 

“Saya terbaca mengenai kebaikan berkebun pada aktiviti sensori anak serta meransang motor skills. Itu yang membuatkan saya lebih bersemangat! Kebetulan saya terlihat Instagram story seorang teman yang berkongsi cara berkebun untuk beginner. Dari situ saya mula membuat belian di Shopee. Untuk benih dan tanah, hampir RM70 juga dibelanjakan secara online,”tulisnya.

EDIBLE GARDEN Jadi ‘Kedai’ Jual Sayur Untuk Keluarga, Jimat Belanja dan Jimat Masa Ke Kedai! EDIBLE GARDEN Jadi ‘Kedai’ Jual Sayur Untuk Keluarga, Jimat Belanja dan Jimat Masa Ke Kedai! EDIBLE GARDEN Jadi ‘Kedai’ Jual Sayur Untuk Keluarga, Jimat Belanja dan Jimat Masa Ke Kedai!

Secara ringkas, tiga langkah ini dilakukan terlebih dahulu sebelum mula menyemai benih sayur-sayuran:

IKLAN

1. Letakkan racun pada tanah untuk mengelakkan siput.
2. Perap tanah dengan baja selama dua minggu dan pada masa sama, semai benih di ‘tempat semaian’.
3. Selepas dua minggu, benih yang sudah disemai dialihkan ke tanah.

Kata Ayue,dia mula bercucuk tanam bersama anaknya Qaayed. Walaupun pembantu cilik lebih banyak main dari membantu, tetapi masing-masing seronok. Anaknya juga sudah tahu apa yang perlu dilakukan untuk menyiram pokok.

“Daun-daun pokok ni segar dan lebar. Sekali harvest, kami boleh buat makan sekeluarga dan kongsi dengan ibu mentua dan jiran-jiran. Makin lama makin seronok pula. Sebab itu saya bercadang untuk beli lebih banyak benih seperti timun, kacang buncis, brokoli dan kubis. Sekarang ni koleksi sayur dan pokok seperti pokok kari dan daun limau semuanya dianggarkan terdapat lebih 30 lebih jenis.

IKLAN

Bila tanaman menjadi, banyak juga perbelanjaan dapur dapat dijimatkan, Paling penting tak perlu lagi beratur panjang untuk masuk ke kedai hanya kerana untuk membeli sayur-sayuran segar. Petik saja di kebun depan rumah. Selain mendapat hasil tanaman, dapat juga bermain-main dengan anak.”katanya.

Kredit foto: Instagram Ayue Idris

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI