Riasan natural glowing pada mata menjadi trend yang bakal hit untuk solekan mata. Solekan mata bersolek seumpama tidak bersolek semakin menjadi pilihan jurusolek profesional antarabangsa dan tempatan.
Masing-masing menunjukkan kepakaran dalam melakar rona mata dengan efek yang lebih segar dan natural. Sekali-sekala boleh menyuntik rona yang tegas ketika menghadiri majlis makan malam dan juga buat pengantin yang bersanding di atas pelamin.
Trend alis tebal sudah tidak relevan pada tahun ini. Solekan alis yang natural yang terlihat barisan bulu-bulu halus pada kening semakin mendapat tempat di hati mereka yang mengikuti perkembangan solekan.
Yang pasti kening yang tidak terlalu tebal atau tidak terlalu nipis dan nampak natural sahaja dengan bulu kening jelas kelihatan. Bagi pembayang mata pula, trend tahun ini terarah kepada warna-warna tanah yang neutral seperti coklat.
Ads
Item Perlu Ada
Make Up For Ever Backstage Box PalletteMarc Jacob Eye-Conic Multi Finish Eyeshadow
Teknik Solekan Untuk Mata Menggoda
Ads
Langkah 1: Bagi mendapat hasil kening yang kemas perlu mempraktikkan teknik yang betul.
Ads
Langkah 2: Pensel kening perlu berada dalam keadaan runcing agar mendapat efek yang sempurna.
Hujung minggu ini sudah pasti banyak terima jemputan open house. Sementelah lagi cuti panjang Hari Wesak. Tampil menawan saat memenuhi jemputan open house atau rumah terbuka rakan taulan dengan gaya solekan sebegini.
Gaya dramatis mampu melahirkan mood yang cantik dan sempurna. Selain membuat wajah mempunyai karakter, solakan gaya dramatis menjadikan penampilan berbeza jika dibandingkan pada hari-hari biasa serta tampil menawan bak bidadari.
Setiap bentuk wajah yang berbeza memerlukan teknik pembentukan wajah bagi menutupi setiap kekurangan. Garis-garis pada alis, mata, hidung dan bibir perlu disentuh untuk mendapatkan bentuk wajah yang diingini. Namun, teknik tertentu perlu dipelajari dan warna juga memainkan peranan dalam memperindahkan wajah seseorang.
Setiap kali melihat posting selebriti kepada dua cahayamata, Anzalna Nasir mengenai kecintaannya terhadap fesyen abaya dari Timur Tengah, ramai yang memuji kejelitaannya menggayakan abaya dari Dubai itu.
Malah, Anzalna sendiri sering berkongsi ‘kegilaan’ dirinya membeli abaya dari Dubai yang disifatkan nampak sopan, elegan dan fashionable untuk wanita mengenakan hijab.
Isteri kepada Hanif Zaki ini sudah lama menyatakan hasrat untuk memiliki jenama fesyennya sendiri. Namun hasratnya itu terpaksa dibiarkan seketika kerana ingin memberi tumpuan penuh terhadap dua orang putera tersayang, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Anzalna memilih untuk tidak terlibat dengan projek drama kerana mahu menjaga anak-anak sendiri dan membesar di depan mata. Pelakon berusia 34 tahun itu memikul tugas tersebut bersama suami tersayang, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu rumah ataupun tidak.
Dalam kesibukan menjalani kehidupan sebagai ibu dan isteri, Anzalna sempat melahirkan jenama fesyennya sendiri yang diberi nama @anzalna.vestiaire.
Jenama fesyen Anzalna Nasir ini mendapat sentuhan peribadi Anzalna yang sememangnya amat mencintai dunia fesyen terutamanya selepas mengenakan hijab.
“Dari segi rekaan, saya berkongsi idea dengan pereka fesyen terkenal iaitu Ashraff Zainal yang juga merupakan salah seorang pereka fesyen yang saya kenali sejak tahun 2015.
“Hasil gabungan idea dan olahan Ashraff Zainal telah menghasilkan koleksi Anzalna Vestiaire yang menepati citarasa saya,” ujar Anzalna yang rancak bercerita mengenai cinta terbaharunya itu.
“Finally I can wear my own clothing brand,” ujar Anzalna yang gemarkan potongan abaya moden dan menjadikan abaya dari Dubai sebagai sumber inspirasi dirinya sebagai wanita yang baharu mengenakan hijab, tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri bergaya dan moden.
Tambah Anzalna lagi, abaya yang dihasilkan menepati keperluan hijabista yang mementingkan abaya yang longgar, mudah untuk dibawa solat dan berwudhuk. Selain itu, Anzalna turut berkolaborasi dengan jenama Les Anggun untuk busana raya ibu dan anak.
Ketika ditanya mengenai perancangan untuk membuka butik sendiri sekiranya langkah awalnya dalam bidang fesyen ini berjaya, pelakon Dendam Aurora ini turut memasang angan-angan untuk memiliki perniagaan fesyennya sendiri tetapi dia lebih selesa untuk memperkenalkan abaya ini untuk memenuhi permintaan para peminat yang sering mengikuti gaya fesyen yang digayakannya.
Melihat perkongsian di laman Instagram miliknya, ternyata Anzalna terharu dengan sambutan yang diterima dari para peminatnya yang teruja dengan koleksi abaya yang dihasilkan.
“Doakan semoga langkah awal saya berkongsi citarasa fesyen dengan para peminat ini diterima sebaiknya,” ujar Anzalna yang berkongsi keterujaannya dalam dunia fesyen di laman sosial miliknya.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik manis orangnya! 9 Mei lepas genap sembilan tahun usia perkahwinan pasangan selebriti romantis ini. Tak sangka, isteri cantik Fahrin Ahmad pernah jadi peguam dan pramugari. Patutlah terserlah gaya sofistikated dan elegan suri hati pengacara lelaki popular berkenaan.
Berstatus isteri kepada selebriti pastinya Elena Hani Eleas tidak terlepas daripada tempias dunia glamor. Mahu atau tidak, peribadi dan latar belakang wanita ini menjadi perhatian.
Kian bahagia melayari alam perkahwinan bersama pelakon kacak, Fahrin Ahmad sejak 9 Mei 2015, rumah tangga mereka bertambah seri dengan kehadiran cahaya mata iaitu Khalifa Fahrel yang bakal menginjak usia lapan tahun pada 29 September nanti.
Lebih menarik, Khalifa Fahrel berkongsi tarikh lahir sama dengan ibu tersayang.
Bersempena ulang tahun perkahwinan yang kesembilan, ibu jelita ini menitipkan ucapan penghargaan buat suami tercinta. Lebih bermakna, ia juga merupakan ulang tahun kelahiran Fahrin yang ke-45!
“Happy 45th birthday sayang Fahrin Ahmad. We love you so much. May Allah bless you with love, best rezeki, petunjuk dan hidayah Allah selalu dunia akhirat. Aamiin.
And Happy Anniversary too sayang. I love you much.”
Menelusuri latar belakang isteri cantik Fahrin Ahmad ini, sebelum berkahwin dia pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan Emirates Airlines dan peguam. Wanita cantik ini juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Lucunya, pada tahun 2019 Fahrin pernah berkongsi foto dirinya dan Elena ketika mereka masih bergelar pelajar. Waktu itu kedua-duanya menghadiri majlis makan malam anjuran kampus.
Pasangan ini dilaporkan mula mengenali ketika mereka sama-sama belajar di matrikulasi dan UiTM. Berbelas tahun sunyi tanpa khabar berita, akhirnya takdir menyatukan dua hati ini sebagai suami isteri.
Selepas berkahwin dan bergelar ibu, Elena mengambil keputusan menjadi suri rumah sepenuh masa demi memberi perhatian kepada anak tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!