Jenama antarabangsa, Pedro yang terkenal dengan koleksi kasut dan aksesori buat golongan lelaki juga wanita sentiasa menekankan inovasi trend fesyen semasa. Pedro adalah lambang kepada gaya moden serta kemewahan. Buat lelaki, Pedro menawarkan koleksi kasut dengan sentuhan gaya kontemporari di samping beg, tali pinggang, dompet dan juga tali leher berkonsepkan reka bentuk menonjol.
IKLAN
Sementara bagi wanita pula, Pedro menawarkan pelbagai jenis kasut yang menyerlahkan keanggunan. Koleksi beg tangan pula diberikan sentuhan reka bentuk klasik dan moden. Jenama ini juga sukar ditandingi dari segi materialnya yang berkualiti tinggi di samping perincian yang menarik.
PELANCARAN BUTIK KONSEP
Pada 28 April lalu bertempat di Pavilion Kuala Lumpur butik konsep Pedro dilancarkan secara eksklusif. Butik konsep ini baru sahaja diubah suai sekaligus menampilkan nuansa dekorasi yang lebih segar. Berkeluasan sekitar 122sqm, butik konsep baru ini turut mempunyai sentuhan kerja seni bina arkitek yang istimewa.
IKLAN
IKLAN
Keistimewaan ini mengambil faktor keluasan butik agar para pengunjungnya dapat menikmati sebuah pengalaman berharga di mana mereka dapat membeli belah secara mewah dan eksklusif di butik konsep ini. Menyentuh pula tentang dekorasi, dapat dilihat pada bahagian dindingnya yang dicat dengan wood laminate di samping perincian logam berlubang yang unik sekali.
Ia mengetengahkan koleksi musim panas tahun 2018 yang memaparkan gambaran keseluruhan koleksinya yang elegan. Sempena meraikan pembukaan semula butik konsep ini, pengunjung berpeluang untuk mencuba permainan realiti maya yang menyeronokkan. Mereka turut menerima baucar membeli belah bernilai RM50 bersama bertih jagung percuma.
Fesyen sememangnya cukup sinonim dengan wanita. Fesyen semasa sering menjadi ikutan wanita masa kini seiring dengan peredaran semasa. Namun, adakah anda tahu jika anda terlalu ikut peraturan, mungkin penampilan anda kelihatan membosankan. Ayuh langgar peraturan fesyen agar tampak lebih stailo dan trendy. Jika 10 peraturan fesyen ini harus dipatuhi supaya tidak meletakkan anda di dalam senarai mangsa fesyen, kini tidak lagi. Anda bebas berfesyen dan say NO pada peraturan-peraturan ini.
1. Jangan gabungkan jenama mewah dan jenama biasa
Sebagai generasi millennial ataupun gen Y yang berdikari, tidak semua pakaian dan aksesori anda dari jenama mewah. Anda bebas menggayakan street style yang kini menjadi kegilaan. Jadi, tidak salah untuk menggayakan sebuah beg tangan Michael Kors dengan denim yang berharga RM10 yang dibeli di kedai bundle.
2. Hanya perempuan rendah boleh berkasut tumit tinggi
Jika inspirasi fesyen anda adalah Gigi Hadid, Kendall Jenner ataupun Karlie Kloss, abaikan terus peraturan ini. Kasut tumit tinggi bebas dipakai oleh siapa pun tidak kira ketinggian. Jadi jika anda sememangnya dikurniakan ketinggian, apa salahnya anda tonjolkan.
3. Jangan gabungkan corak bersama corak
Kedua-dua ini adalah kombinasi yang cantik jika anda pandai gayakan corak dan corak bersama. Apa salahnya corak abstrak digabungkan bersama corak abstrak juga. Hanya mereka yang berkeyakinan sahaja mampu membawa gaya ini dan anda harus cuba.
4. Wanita gempal tidak sesuai memakai skirt labuh
Bila pakai nampak lagi besar? Itu peraturan zaman pra-sejarah. Kini wanita gempal juga boleh tampil berkeyakinan dengan variasi skirt labuh dan pastinya nampak hebat seperti wanita biasa. Asalkan bentuknya sesuai mengikut bentuk badan dan pandai bermain warna, you are good to go!
5. Hanya lelaki boleh berpakaian menswear
Dunia semakin berubah dan begitu jugalah dalam fesyen. Hakikatnya, wanita juga boleh mengenakan menswear dengan cara yang tersendiri dan tampil cukup elegan. Stail androgini sangat menjadi perhatian masa kini. Wanita yang mengenakan pakaian menswear namun tetap diselitkan dengan ciri-ciri feminin.
6. Jangan memakai stoking bersama kasut terbuka di depan
Siapa lagi yang kata gaya ini ibarat orang tua? Anda juga boleh tampil bergaya dengan memakai stoking bersama kasut tumit tinggi.
7. Sequin dan metalik hanya untuk malam sahaja
Gabungkan sequin dan warna metalik bersama pakaian serba hitam anda ke pejabat hari ini. Pasti anda akan tampil kelihatan bergaya dan menawan. Kini warna metalik dan sequin bukan sahaja sesuai dipakai pada waktu malam malah turut boleh digayakan ketika waktu matahari memancar.
8. Kasut dan beg tangan haruslah warna sama
Konsep beg dan kasut perlu sama warna ini dah lama ditinggalkan. Anda boleh menggayakan apa juga warna yang berlainan pada kasut dan beg ketika keluar. Jika anda berani menggabungkan corak juga tetap tiada kesalahan.
9. Wanita petit jangan pakai dress panjang
Dunia yang bebas ini tidak pernah mengehadkan apa-apa jenis peraturan fesyen pada wanita kecil. Anda boleh memakai apa sahaja dress labuh walaupun tiada ketinggian. Bukan model sahaja dibenarkan berpakaian begini kerana anda wanita kecil juga boleh membawa gaya ini asalkan potongannya sesuai mengikut badan.
10. Jangan gabungkan denim bersama denim
Yes, peraturan fesyen dulu ada mengatakan jangan gabungkan baju denim anda bersama sepasang jeans. Kini tidak lagi. Jika anda penggemar denim, tidak salah untuk menggabungkannya ketika keluar. Pasti anda akan kelihatan cukup edgy.
Setiap kali artis dan selebriti menghadiri majlis berprestij, pastinya mereka menyarungkan busana rekaan pereka fesyen terkenal dunia. Acara karpet merah menjadi tumpuan bagi menyaksikan helaian yang disarungkan oleh mereka.
From head to toe, para selebriti khususnya yang wanita bekerja keras memberikan yang terbaik malah paling glamor. Malah, busana yang dipakai mereka juga amat mahal dan boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Jom Non kongsikan dress selebriti paling mahal di dunia, berdasarkan kos sebenar atau nilai yang terakru dari masa ke masa.
1. Cate Blanchett menjadi tumpuan di Oscar 2017 apabila memilih dress Armani Privé bernilai $200,000 (lebih RM800K). Istimewanya dress ini dipenuhi dengan kristal Swarovski.
2. Lupita Nyong’o menghadiri Oscars pada tahun 2015 memakai dress Calvin Klein yang dibuat dengan lebih daripada 6,000 mutiara bernilai $150,000 (lebih RM600K).
3. Gaun pengantin Kate Middleton dibuat oleh Alexander McQueen telah menelan belanja sebanyak $400,000 (lebih RM1 juta).
4. Nicole Kidman telah dibayar $2 juta untuk memakai gaun Haute Couture oleh John Galliano ketika menghadiri Oscars 1997.
5. Satu lagi item fesyen ikonik, dress Givenchy dipakai oleh Audrey Hepburn dari Breakfast at Tiffany dilelong sekitar satu juta dolar.
6. Dress hitam Victor Edelstein yang dipakai oleh Puteri Diana pada tahun 1985 telah dilelong dengan harga $362,424 (lebih RM1 juta).
7. Most Iconic! Dress ‘subway’ dari filem ‘The Seven Year Itch’ pada tahun 1955, dijual dengan harga $5.6 juta dalam satu sesi lelongan di Beverly Hills pada tahun 2011.
8. Mary Joe Connolly memakai dress yang diperbuat daripada 100,000 mutiara, yang disumbangkan kepada Damon Runyon Cancer Fund oleh Imperial Cultured Pearl Syndicate. Ia bernilai $100K pada tahun 50-an, menjadikannya pakaian paling mahal pada waktunya.
Tahun ini menjadi tahun ke-18 pereka fesyen ini berkecimpung di dalam dunia fesyen. Dalam tempoh itu telah banyak kejayaan yang dicapai antaranya dia pernah di anugerahkan sebagai ‘Fashion Design Ambassador’ di Minggu Fesyen New Zealand 2004. Terbaru pereka fesyen ini telah dijemput mempersembahkan koleksi musim bunga/panas 2018 di Korea Selatan dan Nona mengintai sebalik tabir sepanjang persiapan penuhnya bersama model.
Gabungan fabrik yang diberi manipulasi kedut ala kertas dironyok, perincian labuci besar dan renda bersatu mesra dalam satu koleksi.
Koleksi musim bunga/panas 2018 ini diberi nama ‘Reprise Encore’ ini merupakan kesinambungan koleksi ‘Reprise’ yang dipersembahkan olehnya ketika Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada bulan Ogos yang lalu. Mendapat inspirasi dari memori masa lalu dan menjadikannya relevan dengan masa kini, Jimmy menjadikan karakter dari dalam pementasan filem muzikal My Fair Lady iaitu Eliza Doolittle sebagai inspirasi.
Biarpun menjadikan Eliza Doolittle sebagai inspirasi pereka fesyen ini tidak mengambil inspirasi secara terus sebaliknya mengabungkan elemen comel Eliza Doolitle dengan gaya moden yang menjadi esen dalam rekaannya. Jadi dapat dilihat potongan yang tajam seperti labcoat dan juga suntikan maskulin ‘jogger pant’ yang digandingkan bersama helaian yang ekstra feminin. Semuanya diberi keseimbangan yang tepat.
Menurut Jimmy, “Saya mahu keluar dari kebiasaan dengan menghasilkan koleksi yang lebih terarah kepada gaya avant garde dalam nuansa yang lebih bijak dan ceria biarpun mengambil inspirasi dari filem lama dan muzik klasikal. Setiap satu rekaan diterap gaya fashion forward yang baik.”