
Bakal menginjak ke usia 53 tahun April ini, dramatis terkenal kelahiran Pasir Mas, Kelantan iaitu Datin Sri Noniswara kelihatan masih jelita dan berseri.
Memetik perkongsian Datin Sri Noniswara kepada Majalah Nona tentang rahsia kecantikannya, ibu anak tiga ini mendedahkan beliau tidak mengamalkan sebarang petua.
Bagi Datin Noniswara, cukup sekadar konsisten dengan rutin asas sahaja untuk kekal cantik dan sihat. Baginya apa yang penting elakkan stres yang menjadi punca penuaan awal.
“penjagaan asas kulit amat penting. setiap hari saya akan pastikan menyapu pelembap pada kulit wajah bagi mengekalkan kelembapannya. ini kerana, Kulit yang kering akan mempercepatkan proses penuaan.
“Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuklah sentiasa menjaga ‘kolam jiwa’ agar sentiasa gembira dan bahagia.”
BAHAGIA BERSAMA SUAMI
Selain konsisten dengan amalan rutin kecantikannya, kebahagiaan yang dikecapi bersama suami tersayang juga menjadi faktor kekal awet muda. Bila jiwa bahagia dan tenang secara tak langsung ianya akan terserlah pada seri wajah.
Tahun ini masuk tahun ke-8 usia perkahwinan Datin Sri Noniswara dan suami. Menurut Datin Sri Noniswara, selain gemar bergurau Dato’Sri juga seorang yang manja serta happy all the time.
“Mungkin itulah yang membuatkan suami selesa dengan saya. He said I am a good listener.
“Saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan. Berkat doa setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah.”
Datin Sri Noniswara juga berharap agar Allah SWT sentiasa memberkati apa jua yang dilakukannya dan mengurniakan kesihatan serta rezeki yang berpanjangan.
Kredit Foto: Instagram @noniswara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Jangan Biarkan KULIT BERPUASA, Teliti CARA ‘MENYAJI KULIT’ Dengan Betul

Ramai yang mengambil mudah soal penjagaan kulit terutamanya apabila tiba bulan Ramadan. Bukan apa, kesihatan kulit juga sama pentingnya dengan kesihatan tubuh badan. Bagaimana caranya?
Biasanya pada bulan Ramadan, ramai yang tidak mengambil cecair atau minum air putih yang secukupnya sehingga menyebabkan kulit menjadi kering dan merekah. Terdapat banyak lagi alasan yang digunakan sempena kehadiran Ramadan untuk anda culas menjaga kecantikan kulit. Mungkin tip di bawah boleh anda jadikan panduan.
Bagaimana anda boleh menjaga kulit pada bulan Ramadan?
- Bersihkan kulit wajah dengan rejim skrub dan pelembap. Ia adalah untuk menggalakkan sel kulit mati yang disebabkan oleh kekurangan cecair dalam badan, mengembalikan tahap mineral semula jadi pada kulit dan penghasilan minyak pada wajah.
- Puasa menghidrasi tubuh dan kulit wajah. Pada waktu iftar, adalah penting agar anda hidrasi semula tubuh dan kulit dengan minum air putih secukupnya.
- Dicadangkan agar di antara waktu iftar dan sahur, anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air putih sebagai pengganti cecair lain yang masuk ke dalam tubuh.
Fakta:
Tubuh manusia hanya mampu menyerap 50 hingga 60 peratus jus buah-buahan manakala 20 hingga 30 peratus soda.
- Makan dengan sihat. Terdapat banyak jenis makanan yang boleh mengembalikan hidrasi pada kulit seperti kacang gajus atau badam. Kekacang ini mengandungi fiber sihat, asid lemak dan protein yang boleh mengekalkan keserian wajah.
- Buah-buahan seperti strawberi dan beri biru tinggi kadar antioksidan di mana ia adalah kandungan positif pada kulit wajah sihat. Tamar atau kurma juga merupakan sumber antioksidan, vitamin A, zat besi, potasium, kalsium dan magnesium yang menawarkan kesihatan kulit yang optimum.
- Manakala buah aprikot pula membantu dalam proses pencernaan.
“Finding the right with the right dosage”
– Benjamin Ruiz, Global Creative Artistry Laura Mercier Cosmetics
Penjagaan kulit tidak hanya terhad kepada kaum wanita sahaja. Malah lelaki juga perlu lebih teliti soal ini kerana mereka adalah orang yang paling ramai menafikan mengenai rawatan kulit wajah. Global Creative Artistry Laura Mercier memberikan tip yang boleh dijadikan panduan bagi para lelaki untuk tampil bersih dan berseri pada wajah.
“Lelaki juga tidak boleh lari daripada merapikan kulit wajah. Ada sesetengah lelaki termasuk saya menggunakan concealer bagi menyembunyikan noda-noda terutamanya lingkaran gelap di bawah mata. Tidak perlu gunakan dos yang banyak kerana sebagai lelaki, pemakaian solekan tidak perlu kelihatan begitu ketara.
Bagi rejim penjagaan harian, saya memilih pencuci wajah buih atau foaming cleanser yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk berminyak, kering dan normal. Hanya gunakan pada waktu malam untuk membersihkan kekotoran yang terhasil dari pencemaran udara dan terus tidur. Keesokan hari, hanya perlu sapukan pelembap untuk mengembalikan kelembapan pada kulit.”
Gara-Gara Cuaca Panas, Wanita Bimbang Mekap Rosak & Muka NAMPAK BERMINYAK! Cuba Tip Ini Supaya Maintain Macam Anggun

Untuk memiliki kulit bebas minyak kini bukan masalah lagi! Sudah diketahui, masalah kulit berminyak berpunca dari perubahan hormon ketika meningkat remaja.
Namun bukan bermaksud setelah tempoh itu masalah ini akan selesai. Banyak juga wanita yang masih harus berhadapan dengan masalah kulit berminyak.
Apa penyebabnya? Tentu saja masalah stres, kitaran menstruasi, kondisi kulit serta pengaruh iklim tropika yang sudah lumrah. Jika anda mengalami masalah yang sama, kenal pasti masalah dan rawat dengan cara yang betul.
(a) TERLALU TEBAL
MASALAH:
Anda terbiasa mengaplikasikan solekan menjadi lebih tebal untuk mengelakkan solekan cepat luntur.
SOLUSI:
Menggunakan alas bedak dan bedak padat setebal mungkin untuk solekan tahan lama hanya akan membuatkan anda kelihatan seperti menggunakan topeng.
Lebih baik gunakan solekan primer setelah mengaplikasikan pelembap. Primer adalah salah satu produk kosmetik yang berfungsi sebagai alas dasar untuk membantu solekan wajah tahan lama. Pilih primer dengan kandungan bebas minyak pada kawasan berminyak terutama di zon-T wajah, kemudian aplikasikan bedak asas dan langkah solekan seperti biasa.
(b) BAZIR BEDAK
MASALAH:
Wajah kembali berminyak walau pun sudah touch up bedak padat berkali-kali.
SOLUSI:
Pada yang memiliki kulit wajah jenis berminyak, anda tidak perlu aplikasi bedak di seluruh wajah. Bedak padat yang diaplikasi akan membuat pori-pori kulit menghasilkan lebih banyak minyak. Cara yang betul ialah sekadar aplikasi bedak di zon-T yang lebih berminyak sepereti dahi, hidung dan dagu. Gunakan bedak dengan formulasi matte agar wajah tidak berkilat.
(c) MASALAH BARU
MASALAH:
Pada awalnya, produk baru yang dicuba terasa serasi dengan kulit wajah. Namun, lama-kelamaan masalah baru pula muncul iaitu jerawat.
SOLUSI:
Hindari produk dengan kandungan alkohol yang membuat kulit terasa kurang berminyak di peringkat awal. Namun harus diingat, kulit akan dehidrasi kerana kandungan tersebut mengangkat minyak semula jadi yang diperlukan oleh kulit.
Barangkali anda tidak tahu, kulit juga memiliki sistem ‘pemikiran’ yang unik. Jika kandungan minyak di kawasan permukaan kulit diminima ianya seolah memberi petanda pada jaringan kulit untuk memproduksi kembali sesuai dengan permintaan, bahkan boleh jadi melebihi keperluan.
Sebaik-baiknya pemilihan produk berasaskan air adalah pilihan yang tepat. Selain membuat wajah sentiasa lembap, ia juga mampu menjaga keperluan minyak semulajadi wajah.
(d) USAH BIMBANG
MASALAH:
Ada ketika, kilatan di wajah hanya muncul di bahagian tertentu. Tidak ideal rasanya kalau perlu aplikasi semula solekan secara menyeluruh untuk kembali kelihatan prima.
SOLUSI:
Terasa lebih yakin dengan solekan matte di pagi hari? Jangan terlebih yakin. Udara panas dan aktiviti padat akan menyerlahkan bahagian kulit yang berminyak di waktu siang.
Langkah lebih selamat ialah sentiasa membawa kertas minyak sebagai penyelamat. Cukup tekap kertas minyak di wajah, diikuti gerakan memutar tanpa mengangkat kertas minyak. Hindari gerakan menyapu wajah yang membuat solekan mudah luntur.
Mengapa Wajah Berminyak
Kulit wajah yang cenderung sensitif memerlukan kandungan semula jadi yang sangat ringan. Jadi, produk dengan kandungan mineral merupakan penyelesaian terbaik. Namun anda perlu tahu kelebihan kandungan mineral dalam produk kecantikan yang berada di pasaran.
Anda harus memilih produk yang bersifat non comedogenic bermaksud tidak menyumbat pori-pori dan tidak menyebabkan jerawat. Paling menarik, produk dengan kandungan mineral memiliki butiran yang berukuran nano partikel sehingga mudah meresap ke dalam kulit. Kebiasaannya, produk yang mengandungi mineral juga tidak mengandungi wangian sintetik, pewarna, minyak mineral dan pengawet sehingga anda boleh meminima berlakunya alahan kulit.
Beberapa doktor dan pakar kecantikan seringkali menyarankan untuk menggunakan kosmetik berasaskan mineral pada wanita yang baru saja menjalani perawatan laser, mikrodermabrasi, dan pengelupasan kimia. Namun, tidak semua kandungan mineral dapat digunakan. Berikut adalah beberapa kandungan mineral yang sesuai dan terkandung dalam sebahagian besar produk kecantikan.
(a) Iron Oxide
- Digunakan sebagai pigmen warna semula jadi untuk solekan yang memiliki kandungan mineral.
- Kandungan ini mampu membantu memberi warna kekuningan atau keperangan yang cantik.
(b) Titanium Dioxide
- Membantu memberi kesan mencerahkan kulit wajah.
- Membantu bertindak sebagai anti radang kerana kemerahan atau alahan.
- Membantu menyamarkan garis halus, perubahan warna wajah dan berfungsi sebagai pelindung matahari semulajadi.
(c) Kaolin Clay
- Membantu menyerap minyak berlebih, mengurangkan jerawat, menyamarkan pori-pori dan menenangkan kulit yang cenderung sensitif.
(d) Zinc Oxide
- Bertindak sebagai anti radang yang menenangkan wajah, apalagi jika anda mengalami rosacea (ruam pada wajah).
- Memiliki ‘kekuatan’ sebagai anti mikrob sehingga menjaga kualiti produk lebih tahan lama.
Merawat Kulit Berminyak
Minyak pada kulit wajah penting untuk menjaga kelembapan kulit. Namun minyak yang berlebihan juga tidak baik untuk kulit hingga mengundang rasa tidak selesa. Tahukah anda, masalah ini antaranya berpunca disebabkan pola pemakanan yang salah. Akibatnya, kulit berminyak memerangkap kotoran membuat kulit terlihat kusam.
- Untuk mengatasi kulit berminyak ialah mencuci wajah secara teratur. Basuh wajah minima dua kali sehari dengan pembersih wajah yang lembut dan tidak menyebabkan alahan. Lebih bagus lagi jika anda memilih pembersih wajah yang dibuat dari formulasi herba.
- Gosok dengan pembersih wajah 2 kali dalam seminggu. Ada beberapa pembersih wajah yang berfungsi seperti lulur yang menyingkirkan kotoran dan kulit mati hingga wajah menjadi bersih dan cerah. Wajah berminyak lebih mudah memerangkap debu hingga membentuk lapisan di atas wajah. Jadi anda disarankan memilih produk yang selamat dan terbukti berkesan bagi mengurangkan masalah kulit wajah.
- Selepas mencuci wajah menggunakan produk pembersih wajah, jangan lupa untuk mengaplikasikan penyegar dan pelembap. Perawatan ini tidak hanya diperlukan untuk kulit berminyak namun juga kulit tidak berminyak. Pelbagai produk dijual di pasaran seperti penyegar air mawar dan dan green tea. KR
Tak Pernah Jejak SPA! Ini ‘Rahsia’ FIZA HALIM Miliki Kulit Licin Bak ‘Porcelain Doll’ Di Usia 40-an

Isi Kandungan
ToggleTak dinafikan Fiza Abdul Halim seorang wanita yang cantik. Meski berstatus ibu tunggal, tapi dia tetap menjaga penampilan diri dan sentiasa kelihatan anggun.
Namun selebriti cantik berusia 42 tahun ini berjaya membuktikan tanpa berbelanja besar pun dia masih boleh tampil menawan.
Tertarik dengan kemulusan kulit wajah Fiza yang tak ubah bak porselin, sehingga sebutir jerawat pun tidak kelihatan di wajahnya. Saat diajukan pertanyaan tentang rejim kecantikan yang diamalkan, bekas penyanyi kumpulan Elite ini ketika dihubungi Nona hanya tertawa kecil.
Hanya Amalkan Minum Air Suam & Air Panas Untuk Jaga Kelembapan Kulit
Ujarnya, tiada penjagaan khusus yang dipraktikkan kerana dia seorang wanita yang ringkas.
“MashaAllah, tip cantik? Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka bersolek. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas.
Bab kesihatan badan pula saya ni suka vacuum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam, sebab kalau nak pergi gym bagai memang tak bolehlah.
Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas. Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana.
Petua turun-temurun yang diamalkan tak ada. Cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.”
Tambahnya lagi, “Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit.
Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya!”
Tak Suka Bersesak Di SPA, Hanya Lakukan Rutin Kecantikkan Di Rumah Sahaja
Jika kebanyakan wanita gemar merawat dan membelai tubuh di spa kecantikan, berbeza pula bagi Fiza.
Katanya, “Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib.
Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah.”
Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza kemudian berkahwin dengan Adam AF namun berpisah.
Perkahwinan Fiza Halim dengan seorang juruterbang pada tahun 2016 juga tidak berpanjangan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Baby Aleena.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber Foto: Instagram Fiza Halim