Selamat tahun baru buat semua pembaca Nona sekalian!! Apa azam anda semua untuk tahun baru? Pastinya selain untuk menjadi insan yang lebih positif, berjaya dan beriman, sudah semestinya ada dari kalangan kita yang berazam untuk tampil lebih bergaya.

Elak Tertipu Lagi! 7 Panduan Kenal Pasti Beg Tangan Asli Dan Tiruan Untuk OOTD Anda!!

IKLAN

Setelah penat setahun ‘membanting tulang’ bekerja demi mencari rezeki halal untuk keluarga tercinta, pasti anda juga mahukan ‘reward’ buat diri sendiri dengan membeli pelbagai item fesyen serta aksesori untuk kepuasan diri kala anda bergaya nanti. Namun, pastinya tidak syok andai barangan fesyen yang anda beli nampak saja asli dan original, tetapi rupa-rupanya tiruan dan fake!

Elak Tertipu Lagi! 7 Panduan Kenal Pasti Beg Tangan Asli Dan Tiruan Untuk OOTD Anda!!

Sudah pasti rasa terkilan apabila “terbeli” handbag tiruan (FAKE). Disangkakan handbag original, tetapi tidak! Pengalaman ditipu sebegini amat menyedihkan. Namun jangan risau! Berdasarkan dapatan dan perkongsian peribadi dari pengasas Sellection.com, Puan Nor Rafidah beliau kongsikan tip untuk kenal pasti mana satu bag ori dan fake. Semoga bermanfaat!

Original VS Fake

Gambar-gambar di bawah ini saya perolehi hasil daripada rujukan sendiri dan juga gambar daripada customer yang telah mendapat beg tangan tipu (mereka telah kongsikan kepada saya). Saya menangkap gambar-gambar ini dengan menggunakan iPhone untuk kualiti gambar yang jelas dan terang. Berikut adalah contoh lebih lanjut untuk evolusi dan transformasi logo dan perincian sehingga tahun 2020. Saya sediakan juga tentang ciri-ciri beg original dan beg fake. Boleh baca setiap perincian di setiap gambar-gambar yang saya sediakan.

Elak Tertipu Lagi! 7 Panduan Kenal Pasti Beg Tangan Asli Dan Tiruan Untuk OOTD Anda!!

ZIP

Coach menggunakan beberapa jenis zip, antaraya ialah YKK, IDEAL & Cursive C (berbentuk lingkaran) rujuk gambar. Berikut adalah 3 jenis Zip yang digunakan pada tahun 2020.

Elak Tertipu Lagi! 7 Panduan Kenal Pasti Beg Tangan Asli Dan Tiruan Untuk OOTD Anda!!
Perbezaan Handbag Original & Fake

Elak Tertipu Lagi! 7 Panduan Kenal Pasti Beg Tangan Asli Dan Tiruan Untuk OOTD Anda!!

  • Coach menggunakan beberapa jenis zip, antaranya ialah YKK, IDEAL, Cursive C. Jika YKK digunakan, perbandingan boleh dilihat seperti berikut. 
  • Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, lambang YKK yang terletak pada zip adalah rapi. Sekali pandang boleh terus baca. Hurufnya jelas & kemas. Tulisan YKK mesti terletak dalam petak empat segi tepat. Coach menggunakan zip YKK atau IDEAL untuk beg tangan & produk mereka.
  • Lihat tiga gambar FAKE yang di bawahnya – Cubaan untuk meniru lambang YKK. Tulisan yang tidak kemas dan hampir tidak kelihatan (herot dan gemuk hurufnya).

BUTANG

Coach sentiasa mengeluarkan model handbag yang pelbagai setiap tahun. Model handbag ada yang mempunyai butang sahaja dan mungkin menggunakan zip. Gambar dibawah ialah butang pada model handbag Town Bucket koleksi tahun 2020.

Elak Tertipu Lagi! 7 Panduan Kenal Pasti Beg Tangan Asli Dan Tiruan Untuk OOTD Anda!!

Perbezaan Butang Original dan Fake untuk Model Handbag Minetta Satchel pada tahun 2017.

Elak Tertipu Lagi! 7 Panduan Kenal Pasti Beg Tangan Asli Dan Tiruan Untuk OOTD Anda!!

  • Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, butang beg tangan Coach mempunyai bulatan kecil di tengah dan ada tulisan “USA PAT-SERIAL NUMBER- COMAG” (Standard Stamping) yang kemas dan jelas.
  • Lihat dua gambar FAKE di bawah, tiada butang di tengah dan tulisan yang jelas bukan ‘authentic’.

FONT & TULISAN

Elak Tertipu Lagi! 7 Panduan Kenal Pasti Beg Tangan Asli Dan Tiruan Untuk OOTD Anda!!

IKLAN
  • Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, perkataan COACH NEW YORK sangat jelas dilihat walaupun dicetak dalam saiz yang kecil. Tulisannya konsisten dari segi saiz dan placement.
  • Lihat dua gambar FAKE di bawah, anda akan dapat membezakan bagaimana perkataan COACH NEW YORK dicetak. Nampak huruf tidak kemas, berlapis, sekadar mencetak dan tidak jelas langsung. Saduran warna keemasan atau gangsa yang tidak terlalu berkilau pada rantai & zip beg tangan ORIGINAL juga berbeza dengan yang FAKE.

RANTAI & PEMEGANG KULIT HANDBAG

Elak Tertipu Lagi! 7 Panduan Kenal Pasti Beg Tangan Asli Dan Tiruan Untuk OOTD Anda!!

  • Lihat pada gambar ORIGINAL di sebelah kanan, pemegang beg tangan disalut rapi dan hampir mencengkam rantai. Begitu kemas. Berbanding gambar FAKE disebelah kiri, boleh lihat rantai beg digantung sebegitu sahaja.
  • Coach hardware adalah material berkualiti tinggi. Ia tidak akan pudar atau terhakis untuk jangka masa yang panjang. Warna hardware mungkin berlainan mengikut model handbag.

LOGO – PEDATI KUDA

Logo Coach Yang Original telah menampakkan transformasi hampir setiap tahun. Terdapat sedikit evolusi pada bentuk pedati kuda. Boleh rujuk gambar yang dikongsikan. Selain daripada Logo Pedati Kuda, Coach juga mempunyai variasi logo yang berbeza mengikut model barangan kulit yang mereka keluarkan. Yang pasti, untuk melihat Logo Original, kita boleh lihat secara dekat pada Logo Pedati Kuda, Huruf Coach.

Gambar dibawah ialah variasi Logo Coach Sehingga Tahun 2020.  Model Logo untuk koleksi Wanita & Lelaki

Elak Tertipu Lagi! 7 Panduan Kenal Pasti Beg Tangan Asli Dan Tiruan Untuk OOTD Anda!!

KEMASAN JAHITAN & BENTUK KULIT

IKLAN

Elak Tertipu Lagi! 7 Panduan Kenal Pasti Beg Tangan Asli Dan Tiruan Untuk OOTD Anda!!

Gambar di atas ialah beg tangan ORIGINAL. Jika dibandingkan dengan beg ORIGINAL (merah) disebelah kiri bawah, kedua-duanya mempunyai mempunyai persamaan dari segi bentuk kulit yang timbul dan rekaannya sedikit runcing ke bawah. Berbanding beg FAKE (putih) disebelah kanan bawah, kulit tidak nampak timbul dan bentuknya lebih lebar dan flat.

SELLECTION menyediakan pelbagai koleksi barangan yang ORIGINAL, berjenama dan berkualiti. Anda tidak perlu berasa was-was untuk membeli dengan kami kerana semua item dibeli secara terus di Amerika Syarikat. Kami menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik agar semua dapat merasai item berjenama dan original. Ansuran sebanyak 3 hingga 6 kali juga ditawarkan hanya dengan membayar deposit terus dapat handbag!

Untuk melihat koleksi handbag, boleh terus ke laman web rasmi Sellection atau ke Facebook Page.

Facebook Page : https://www.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah/
Website : https://sellection.com
Instagram: https://www.instagram.com/sellectioncom/?hl=en

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI