Kedatangan Ramadan disambut dengan pelbagai aktiviti amal yang bukan sahaj bertujuan menambahkan pahala, malah berkongsi rezeki dengan insan-insan yang memerlukan. Eskayvie Sdn Bhd, syarikat pengeluar produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz, menunjukkan keprihatinan sosial mereka dengan memberikan sokongan dan bantuan kepada lebih 600 ‘Rider’ e-hailing penghantar makanan atau bungkusan di ibu pejabat mereka di Seksyen 13, Shah Alam hari ini.
Program murni itu bermula dari jam 8 hingga 10 pagi tadi.
“Program Bingkisan Raya Rider 2023 ini adalah hasil kerjasama bersama Yayasan Eskayvie. Ia merupakan salah satu cara untuk kami menyumbang semula kepada masyarakat yang memerlukan.
“Sabda Rasulullah SAW bahawa: Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed.
Kata Kartika Wati lagi, tugas ‘rider’ yang juga pekerja barisan hadapan menjalankan perkhidmatan penghantaran sebenarnya sangat mulia kerana membantu memudahkan urusan orang lain.
Ads
“Namun begitu, mereka juga sangat terdedah kepada pelbagai risiko seperti penyakit dan kemalangan. Oleh itu, Eskayvie ingin memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka agar dapat terus memberikan perkhidmatan dengan baik.
“Sebagai syarikat yang berpegang teguh kepada visi Memperkasakan Kesihatan Dan Ekonomi Ummah, Eskayvie sangat prihatin terhadap pentingnya kesihatan setiap individu di dalam usaha menjana ekonomi keluarga. Jika badan sihat, pastinya tugas
dapat dijalankan dengan lebih berkesan,” kata Kartika lagi.
Ads
Sementara itu, Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi, sangat menyokong usaha murni serta keprihatinan jenama itu terhadap keselamatan dan kesihatan ‘rider’.
“Saya berharap program seperti ini dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk turut sama berkongsi kebaikan dan membantu memberikan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan.
“Sekali gus tanpa mengira apa juga bidang tugas dan kerjaya masing-
masing,” kata Aznil.
Ads
Selain sumbangan berbentuk duit raya dan juadah raya dalam program berkenaan, pihak mereka turut menyediakan Eskayvie Afeeya Cafe untuk bekalan tenaga ‘rider’.
“Eskayvie Afeeya Cafe adalah sebagai ikhtiar untuk membantu mereka lebih bertenaga dan kekal fokus terutamanya ketika berada di jalanan,” kata Dr Syid Ayob
Syid Mustafa AlQudri selaku formulator produk berkualiti Eskayvie.
Berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan dan formulasi produk telah membantu usaha Dr Syid Ayob dalam menghasilkan produk berkualiti yang sesuai dengan
keperluan pengguna.
“Adalah diharapkan agar program dengan kerjasama Yayasan Eskayvie seperti ini dapat memberikan semangat kepada mereka yang sedang berjuang di dalam
keadaan ekonomi yang agak mencabar masa kini.
“Semoga program sebegini dapat memberikan manfaat yang besar kepada ‘rider’ dan masyarakat yang memerlukan” kata Dr Syid Ayob. Untuk sebarang maklumat lanjut layari www.eskayvie.com atau https://linktr.ee/EskayvieMalaysiaOfficial
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi khabar gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil anak kedua. Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, kandungannya sudah masuk lima bulan dan dia dijangka bersalin awal Disember depan.
“Memandangkan kini saya sedang menjalani penggambaran, saya berterima kasih kepada semua pihak yang memahami keadaan saya. Walaupun bukan semua tahu saya sedang hamil, tetapi saya terharu dengan kerjasama daripada semua pihak,” katanya.
Ayda membuat pengumuman istimewa itu bersama suaminya, Nabil Mahir ketika menghadiri sidang media pelancaran drama terbaharu lakonannya, Bukan Cinta Sempurna di Pavilion Bukit Bintang pada Selasa.
Selain Ayda, drama terbabit turut dibintangi Amar Baharin, Fadlan Hazim, Shah Iskandar, Hanna Aqeela, Neera Azizi dan ramai lagi.
Ayda Jebat turut berkongsi posting di Instagram miliknya bagaimana dia ‘membuka rahsia’ kehamilannya kepada Nabil dan keluarga ketika sambutan Aidilfitri lalu. Kini, usia kandungan Ayda sudah memasuki angka 5 bulan dan dia turut menitipkan pesanan buat para peminatnya untuk mendoakan perjalanan kehamilannya kali ini.
“Minta semua doakan Ayda dan kandungan sentiasa sihat. Terima kasih dan sayang semua,” ujarnya.
Terdahulu, Ayda Jebat pernah merancang untuk hamil anak kedua selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Keputusan tersebut diambil kerana ingin mengelakkan jarak usia yang terlalu jauh antara anak-anaknya kelak. Dia dan suami, Nabil Mahir meletakkan hasrat untuk memiliki tiga orang cahaya mata dalam keluarga mereka.
“Tidaklah banyak tetapi memang sudah rancang untuk memiliki anak seramai dua atau tiga orang,” ujar Ayda Jebat.
Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menghadapi pemergian dan kehilangan orang tersayang buat selamanya pastinya memberi tamparan hebat kepada seseorang lagi-lagi pemergiannya tidak dijangkakan dan tanpa pesan.
Pemergian bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato’ Seri Zainal Abidin Osman ternyata memberi kesan cukup mendalam kepada Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 28, yang tidak menyangka akan kehilangan lelaki yang bergelar suami itu dalam sekelip mata.Tiada lagi tempat bermanja, tiada lagi usikan manja bersama suami tercinta, dan tiada lagi senyuman yang selama ini menenangkan hati gelisah.
Datin Seri Syafiqa yang juga merupakan kakak kepada pelakon Syatilla Melvin, meluahkan rasa rindu terhadap arwah suaminya dengan menyatakan pemergiannya itu terlalu awal untuk diterima.
“Sayang… 6 tahun bersama awak saya rasa macam baru 6 bulan. Awak adalah suami terbaik yang Allah kurniakan untuk saya”, luah Datin Seri Syafiqa di laman instagramnya mengundang sedih ramai pihak.
“Terima kasih atas amanah Zayyan & Hara yang awak beri pada saya. InsyaAllah saya akan mendidik amanah yang awak berikan ini supaya dapat menjadi saham akhirat untuk kita kelak. You gone too soon sayang…Too soon “, tambahnya lagi.
Allahyarham Dato’ Seri Zainal Abidin, 58, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.07 pagi pada 27 Ogos lalu di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser darah yang dihidapinya sejak Mac 2018.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak serta empat orang anak hasil perkahwinan pertama dengan Allahyarham Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 akibat kanser hati.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syawal bakal hadir memberi energi baru. Menikmati detik kemenangan setelah sebulan berpuasa. Adakah anda berhak untuk menikmati perjuangan tersebut? Atau tercicir di pertengahan… Dan kala berbicara tentang perjuangan, tidak di lupa untuk kita menghayati makna kemerdekaan sebenarnya.
Sejak negara merdeka, belum pernah sekali pun hari raya di negara ini disambut dalam suasana muram. Suasana beginilah yang perlu dipertahankan. Seperti tradisi, pada setiap hari raya, umat Islam yang berhijrah pulang ke kampung menemui saudara mara. Tradisi kunjung-mengunjungi tanpa mengira bangsa dalam konsep rumah terbuka, menjadi sebuah acara wajib setiap tahun. Ini adalah manifestasi daripada kemakmuran hidup di negara Malaysia. Alhamdulillah…
Ungkapan maaf zahir batin dilafazkan bagi memperakukan tekad setiap manusia perlu bebas daripada dosa. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya, siapalah manusia biasa dibandingkan dengan Rasulullah. Ini seharusnya membuka seluas-luasnya pintu kesedaran untuk menerima dan memaafkan sesiapa saja tanpa sekatan darjat, fahaman politik dan status sosioekonomi. Aidilfitri adalah detik terbaik muhasabah diri dan melunturkan keegoan untuk memaafkan orang lain. Persengketaan tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Perdamaian akan memperkukuhkan lagi kesefahaman dan perhubungan, apatah lagi ketika umat Islam diasak pelbagai ujian.
Pasti setiap rumah terhidang ketupat, rendang, serunding, sambal kacang, kuah lodeh dan lontong. Kuih-muih dan kek, usah di cerita… tersusun menarik di atas meja. Paling meriah musim ini, kuih tunjuk (tempah aje) ada kalanya sampai berlebih-lebihan. Paling seronok ada kuih pelbagai corak dan warna tetapi rasanya semua sama. Apa-pun, kita harus bersyukur dengan pemberian rezeki yang diberi, dapat menjamu selera dalam suasana tenang aman damai.
Sekalian manusia tanpa mengira status VIP atau orang biasa, semuanya sibuk berbaju baru. Andai bukan yang baru sekali pun, pilihan pakaian ulang tayang pastinya yang dipilih lebih cantik dan istimewa dari hari-hari biasa. Ada juga baju raya yang tidak sempat siap, melenting dan menjerit dibuatnya. Hilang segala pahala puasa. Tukang jahit pun janganlah terlalu ghairah menerima tempahan kiranya tidak cukup tangan! Marah, marah juga tetapi tibanya Syawal marilah kita bermaaf-maafan.
Suasana beginilah yang seharusnya kita harus bersyukur dilahirkan sebagai anak merdeka. Kemesraan, keakraban dan semangat perkongsian ini dipaparkan tanpa prejudis atau kepura-puraan. Suasana sebegini meriah dan harmonis, juga disebabkan wujudnya kemakmuran negara. Kebebasan dan keselamatan yang dinikmati turut mendorong rakyat lebih fokus membina kerjaya dan kehidupan.
Akhir kata, bukalah jendela mata hati anda. Menghirup segala yang positif dan sentiasa tunduk bersyukur kepada sebuah kehidupan sempurna. Amin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.