Orang perempuan memang cukup risau dengan masalah penuaan. Bukanlah menidakkan lumrah kitaran hidup, tapi sebagai wanita yang sinonim dengan kecantikan tentunya berasa kurang selesa apabila kecantikan diri mula dijamah usia. Mahu atau tidak, realitinya kita semua pun harus tempoh fasa hidup berkenaan.
Mustahil untuk kita menentang penuaan. Tapi, apa yang pasti ia boleh ‘dilambatkan’ dengan beberapa rawatan untuk kelihatan awet muda. Selain menjalani asas rawatan rutin, gaya hidup sihat dan pola pemakanan yang seimbang, salah satu cara untuk ‘melambatkan’ proses penuaan sekali gus membuatkan penampilan muda dan segar adalah melalui teknik solekan!
1.Menyamarkan dan Mencerahkan Bahagian yang Gelap
Semakin meningkat usia, kulit wajah akan mulai gelap di beberapa bahagian dan mulai merebak ke bahagian lain jika tidak dirawat. Untuk mengurangkannya, gunakan jus lemon agar bahagian gelap dan bintik-bintik hitam akan pudar. Gunakan jus lemon untuk dua kali sehari agar hasilnya lebih maksima.
2.Gunakan Tabir Suria yang Mengandungi Antioksidan
Ads
Supaya kulit wajah tetap terjaga dan dilindungi daripada sengatan matahari, aplikasi tabir matahari secara berkala yang mengandung SPF 30 dan antioksidan, gunakan sebelum mengaplikasikan foundation atau alas bedak.
3.Aplikasi Penyamar Noda atau Concealer
Memakai penyamar noda sangat digalakkan pada bahagian kening atau di pipi dan sekitar mata yang sudah menyerlah dengan garis-garis halus. Untuk menyamarkannya, aplikasi dry concealer yang biasanya tidak mengandungi banyak minyak.
4.Pilihlah Lipstik Berwarna Cerah
Ads
Secara amnya warna bibir semula jadi akan semakin kecoklatan dan bahkan menghitam disebabkan pertambahan usia seseorang. Oleh itu, pilih dan gunakan gincu berwarna cerah sehingga tampak lebih muda seperti merah muda.
5.Aplikasikan Blush-On di Atas Tulang Pipi
Usia yang bertambah penyebab kondisi pipi secara alami akan terlihat menurun. Maka sentuhan solekan wajah dengan aplikasi blush on pada titik tertinggi tulang pipi membuat pipi akan terlihat lebih tirus. Untuk blush on, pilihlah warna cerah dan lebih segar seperti warna merah jambu dan jingga.
Ads
6.Gunakan Eyeliner
Untuk menyerlahkan mata yang sudah berusia, palit penggaris mata. Bentuk garis hingga hujung sudut mata agar terlihat lebih maksima.
7.Tebalkan Alis
Umumnya semakin bertambah usia seseorang itu, rambut akan mula berkurangan termasuk alis kening. Jadi untuk kelihatan lebih ‘muda’, alis kening dilukis tebal tanpa berlebihan. Juga rawat alis kening atau dengan sapuan madu, lidah buaya dan minyak zaitun. Selamat mencuba ladies……
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tak kenal dengan Scha Alyahya, isteri kesayangan Awal Ashaari yang sangat gorgeous and stunning!
Malah, Scha dan Awal turut digelar sebagai pasangan selebriti paling bergaya dan ikon fesyen di Malaysia. Pakailah apa jua jenis pakaian mahupun gaya, pasangan kepada dua anak ini tetap ada kelasnya yang tersendiri.
Pada 30 Mei 2023 lalu, genaplah usia Scha yang ke-40 tahun. Wah, nampaknya Scha dah masuk 40 series!
Tapi macam tak percaya je Scha dah masuk usia ‘emas’. Kalau cakap usia 20-an pun ramai yang percaya. Memang awet muda sungguh, tak makan dek usia.
Beberapa hari lalu, Juara Dewi Remaja 2005/2006 ini telah memuat naik satu video pendek di Instagram peribadi yang memaparkan majlis sambutan ulang tahun kelahiran di kediaman mewahnya.
“Syukur Alhamdulillah for everything,” tulis Scha.
Apa yang menarik perhatian ialah tema dan konsep yang dipilih oleh Scha dan Awal untuk majlis istimewa itu.
Memilih biru dan putih sebagai warna tema, majlis yang diraikan secara sederhana dan Islamic itu menarik perhatian ramai. Tenang je dengan pengisian aktiviti-aktiviti seperti jamuan dan solat berjemaah. Alhamdulillah.
Scha tampil sederhana dalam persalinan jubah dress dilengkapi selendang rona biru lembut. Begitu juga Awal dan anak-anak tampil dengan rona senada. Comel sangat Lara dan Lyla!
Berseri-seri Scha dengan solekan tipis, tak nampak usia 40 tahun pun! Bersih dan gebu kulitnya tanpa kedutan. Tubuh pun kekal langsing persis anak dara!
Semoga Scha dipanjangkan usia, dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Paling penting, awet muda selalu!
Untuk info, Awal Ashaari dan Scha Alyahya sah bergelar suami isteri pada 4 Mei 2012. Kini usia perkahwinan mereka mencecah 11 tahun. Mereka kini bahagia bersama dua anak yang sangat comel iaitu Lara Alana (9 tahun) dan Lyla Amina (2 tahun).
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lumrah bila anak bergelar selebriti, pasti ahli keluarga termasuk ibu menerima tempias dunia glamor. Begitu juga bagi ibu penyayang yang juga ratu hati Mira Filzah, Faizatul Akmar Dato’ Hisan. Penampilan ibu selebriti ini mula menarik perhatian peminat sejak perkahwinan Mira Filzah dan Wan Emir Astar pada 2020.
Faizatul Akmar nyata bertuah kerana dikurniakan tiga orang anak perempuan yang cantik dan bijak. Meskipun ketiga-tiga cahaya mata sudah pun mendirikan rumah tangga namun keakraban ibu anak ini tetap utuh.
Ini terbukti apabila mereka saling bertemu di antara satu sama lain dan mengikuti percutian bersama-sama jika ada masa terluang. Pada Ogos lepas, keluarga bahagia ini berpeluang bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah.
Lengkap mengenakan persalinan sedondon rona biru, terserlah wajah gembira seisi keluarga yang menaiki kapal pelayaran di sana.
“Family time. Alhamdulillah selepas beberapa kali tertangguh, dengan izin Allah dapat juga kami sekeluarga bercuti bersama-sama ke Kota Kinabalu. Walau sangat singkat yang penting quality time together.”
Ternyata Faizatul Akmar menjadi sumber inspirasi ketiga-tiga anak perempuan. Mana tidaknya, bukan sekadar memiliki pesona memikat, isteri Badioezaman Ab Khalik ini juga seorang wanita berpendidikan tinggi dan berpenampilan menarik.
Mengintai laman Instagramnya, terserlah sisi penyayang sebagai ibu dan isteri. Setiap perkongsiannya juga lebih banyak berkisar tentang aktiviti keluarga tersayang.
Genap berusia 56 tahun pada 6 Jun lalu, walau sudah meniti usia lebih separuh abad dan bergelar nenek namun kejelitaannya kekal memukau. Tidak hairanlah Mira Filzah mempunyai wajah lembut dan ayu. Mewarisi gen cantik ibunda tersayang rupanya!
Selain sibuk mengurus keluarga, figura ini juga seorang wanita bekerjaya dan menyandang jawatan sebagai Ketua Eksekutif di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM). Semestinya dia mempunyai kredibiliti kepimpinan yang tinggi sampai diberi kepercayaan mentadbir institusi pendidikan berkenaan. Kagum!
Moga segala kejayaan dan asuhan sempurna Faizatul Akmar dan suami turut menjadi inspirasi buat semua. Juga, rumah tangga ketiga-tiga anak mereka berkekalan hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai wanita, gincu memainkan peranan penting dalam menatarias wajah. Secalit gincu mampu mengubah penampilan sekaligus menjadikan personaliti anda nampak meyakinkan. Hmm, warna apa yang menjadi pilihan anda? Warna lembut atau warna neutral? Lupakan rona-rona selamat ini dan apakata anda serlahkan bibir anda dengan pilihan warna menarik L’Oreal Paris x Balmain Paris.
Sudah semestinya apabila fashion meets beauty setiap aspek produk yang dihasilkan mengikut piawaian gaya rumah fesyen terbabit dan Balmain Paris antara jenama yang lantang dalam manifesto gayanya. Lihat sahaja kepada rekaan luar gincu ini yang menampilkan corak ala marmar yang mewah serta dikemaskan dengan bingkas rona emas bersepuh.
Di negara kita, Zalora telah menjadi hub rasmi penjualan produk hasil kolaborasi dua jenama besar ini. Pelancaran produk ini berlangsung meriah di Kyo, Mandarin Oriental KL dan dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan khas dan juga para media.
Rona yang ditawarkan cukup menarik dan ia dibahagikan kepada tiga koleksi warna iaitu Blue for Rock, Black for Couture dan Green for Glamazon. Menariknya tentang setiap gincu ini ia memiliki nama tersendiri yang diinspirasikan dari kekuatan wanita. Antara nama tersebut seperti Confidence, Power, Legend, Freedom dan Liberation.
Sebagai simbolik kepada 12 rona warna koleksi eksklusif ini 12 orang influencers dalam dunia fesyen dan kecantikan dijemput khas bagi memeriahkan lagi suasana. 12 personaliti tersebut ialah Tuti Noor, Kaka Azraff, Atikah Karim, Tunku Elana Khyra, Alicia Amin, Marisa Soraya, Rubini Sambanthan, Qalisha Ray, Johanis Sani, Aina Syahirah, Cherrie Mun dan Evangeline Yan. Masing-masing tampil ranggi dan menawan dengan calitan gincu ini seiring energi jenama Balmain.
Setiap batang gincu ini dijual dengan harga RM49.90 secara ekslusif di laman sesawang membeli belah Zalora.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan mencerminkan keyakinan diri. Tidak hairanlah ramai wanita tercari-cari rujukan fesyen yang bukan sahaja menarik, malah memberi kesan mantap dan berkelas.
Luna Maya, dengan gayanya...