Ads

Fan Bingbing Dedah Rahsia Kecantikan Luar Biasa, Disiplin Tinggi Ikon China Ini Mengejutkan!

Nama Fan Bingbing kekal diangkat sebagai antara figura wanita tercantik dari China. Terbaharu, pelakon filem Mother Bhumi ini melangkah ke dunia kecantikan dengan pelancaran jenama penjagaan kulit miliknya sendiri.

Apabila berbicara tentang rutin kecantikan, Fan Bingbing tidak pernah berkompromi soal kesihatan kulit wajah, malah diakui menggunakan sehingga 700 helai masker wajah.

Masker wajah atau sheet mask menjadi antara rahsia kecantikan ramai wanita Asia termasuk Fan Bingbing. Menurut laporan 8days, beliau mengamalkan pemakaian masker secara konsisten dua kali sehari.

Justeru, tidak hairanlah jumlah masker yang digunakan boleh mencecah ratusan setiap tahun, menjadikan rutin ini sebagai komitmen harian yang tidak pernah ditinggalkan.

Tambah Fan Bingbing, rutin penjagaan kulitnya jauh lebih penting berbanding telefon bimbit.

“Penjagaan kulit lebih penting. Telefon saya… kadangkala saya boleh tinggalkan,” katanya sambil ketawa. “Tetapi penjagaan kulit adalah sesuatu yang saya tidak boleh abaikan walau sehari.”

Fan Bingbing Dedah Rahsia Kecantikan Luar Biasa, Disiplin Tinggi Ikon China Ini Mengejutkan!
Instagram @bingbing_fan

Disiplin Diri

Disiplin menjaga kulit ini bukanlah sesuatu yang baharu buat Fan Bingbing. Sepanjang tiga dekad bergelar anak seni, rutin kecantikannya kekal konsisten.

Selain masker, pelakon Ice Road: Vengeance itu memastikan wajah sentiasa dibersihkan daripada solekan sebelum tidur.

Menurut wanita jelita yang turut merupakan pengasas jenama kecantikan Fan Beauty, sepanjang 30 tahun berada dalam industri hiburan, beliau tidak pernah sekali pun tidur tanpa menanggalkan solekan.

Ads

“Walaupun saya pulang lewat dari majlis atau terlalu penat hingga tertidur, saya tetap akan terjaga sekitar jam dua pagi. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membersihkan wajah, memakai masker, barulah kembali tidur,” jelasnya jujur.

Dengan kulit yang sering dipuji sempurna dan penampilan yang sentiasa memukau, ramai tertanya-tanya sama ada Fan Bingbing pernah berdepan rasa tidak yakin terhadap diri sendiri.

Fan Bingbing Dedah Rahsia Kecantikan Luar Biasa, Disiplin Tinggi Ikon China Ini Mengejutkan!
Instagram @bingbing_fan
Fan Bingbing Dedah Rahsia Kecantikan Luar Biasa, Disiplin Tinggi Ikon China Ini Mengejutkan!
Instagram @bingbing_fan
Fan Bingbing Dedah Rahsia Kecantikan Luar Biasa, Disiplin Tinggi Ikon China Ini Mengejutkan!
Instagram @bingbing_fan
Fan Bingbing Dedah Rahsia Kecantikan Luar Biasa, Disiplin Tinggi Ikon China Ini Mengejutkan!
Instagram @bingbing_fan

Jawapannya ringkas dan penuh keyakinan.

“Tidak pernah,” katanya sambil tersenyum kecil. “Saya tidak mendengar apa yang orang perkatakan tentang saya. Saya ada pandangan sendiri tentang penampilan dan estetika diri.”

Rahsia kecantikan Fan Bingbing ternyata bukan sekadar produk mahal atau genetik semata-mata, tetapi disiplin, konsistensi dan keyakinan terhadap diri sendiri.

Ads

Duta Pelancongan Melaka Berimpak Global

Fan Bingbing telah mencuri tumpuan Malaysia bukan hanya sebagai pelakon antarabangsa, tetapi juga sebagai duta pelancongan yang memberi impak besar kepada negeri Melaka.

Pada Mei 2024, beliau dilantik sebagai Duta Pelancongan Melaka bagi kempen Visit Melaka Year 2024, sekali gus membantu menarik minat pelancong China dan menaikkan imej Melaka di peringkat global.

Fan Bingbing Dedah Rahsia Kecantikan Luar Biasa, Disiplin Tinggi Ikon China Ini Mengejutkan!
Instagram @bingbing_fan
Fan Bingbing Dedah Rahsia Kecantikan Luar Biasa, Disiplin Tinggi Ikon China Ini Mengejutkan!
Instagram @bingbing_fan
Fan Bingbing Dedah Rahsia Kecantikan Luar Biasa, Disiplin Tinggi Ikon China Ini Mengejutkan!
Instagram @chrystan_x

Pelantikan ini mencatat kejayaan digital luar biasa dengan lebih 1.5 bilion tontonan di WeChat serta peningkatan pelancong China dari 204,818 pada 2023 kepada 664,687 pada 2024.

Sebagai penghargaan atas sumbangan besar tersebut, pada 24 Ogos 2025 Fan Bingbing dikurniakan gelaran Datuk Kehormat melalui Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM).

Beliau kini sebaris dengan tokoh antarabangsa seperti Datuk Shah Rukh Khan dan Jackie Chan yang menerima penghormatan serupa di Malaysia.

Ads

Pada awal Januari 2026, Fan Bingbing menerima Melaka International Cultural Diplomacy Icon Award, mengiktiraf peranannya dalam memupuk hubungan budaya antarabangsa melalui pelancongan.

Perjalanan Kerjaya Ikon Global

Fan Bingbing dilahirkan pada 16 September 1981 di Qingdao, Shandong, China, dalam keluarga berlatarkan seni.

Beliau mendapat pendidikan formal di Shanghai Xie Jin Film and Television Art College sebelum melanjutkan pengajian ke Shanghai Theatre Academy.

Namanya melonjak menerusi drama My Fair Princess sebelum menembusi pasaran antarabangsa melalui filem seperti X-Men: Days of Future Past dan I Am Not Madame Bovary.

Walaupun pernah melalui fasa kontroversi, kebangkitan semula Fan Bingbing membuktikan ketahanan, kebijaksanaan dan kematangan strategi jangka panjangnya.

Kini, beliau bukan sekadar pelakon, tetapi ikon global, usahawan kecantikan dan simbol wanita berdikari yang membina legasi merentas seni, fesyen dan perniagaan.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/gen-z-muslim-pertama-jadi-first-lady-new-york-rama-duwaji-saksi-suami-angkat-sumpah-datuk-bandar/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

8 Musuh Senyap Wanita Berkerjaya Yang Berbahaya & Sering Dipandang Remeh

Wanita berkerjaya hari ini kelihatan kuat, cekal dan sentiasa on. Mereka mengurus kerja, emosi, hubungan dan tanggungjawab dengan penuh komitmen. Namun di sebalik pencapaian...