Sepanjang PKP ini, lama sungguh kulit berselindung dari sinaran cahaya matahari. Berhari-hari duduk di rumah demi memutuskan rantaian COVID-19, kan bagus kiranya waktu yang sama digunakan untuk memanjakan kulit muka?

IKLAN

Tinggal beberapa hari je lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Tahun ni suasananya sudah tak sama seperti dulu. Tiada lagi aktiviti silaturrahim, balik kampung, bertakbir rumah ke rumah, solat Raya di masjid, tradisi ziarah sanak saudara dan rumah terbuka.

Tapi tak mengapa. Kita teruskan sahaja kempen The New Normal dengan buat panggilan video. Maksud The New Normal untuk wanita seperti kita ni adalah kulit yang cerah, halus dan berseri. Itu yang akan diperhatikan ahli keluarga kita masa video call nanti.

KEISTIMEWAAN

Dah Sedia Buat Kejutan Hari Raya? Tiba-Tiba Muncul Dengan Wajah Halus, Putih Gebu!

Selama 13 tahun di Jepun, losen HADA LABO kekal No. 1 di pasaran dengan satu botol terjual setiap dua saat.

Ia digunakan selepas regim mencuci wajah, dimana losen dioles bagi menggantikan fungsi toner. Losen ini mampu membekalkan lembapan, mengunci hidrasi, mengecilkan liang pori dan menggalakkan penyerapan produk lain.

Dah Sedia Buat Kejutan Hari Raya? Tiba-Tiba Muncul Dengan Wajah Halus, Putih Gebu!

Premium Whitening Lotion ini mengandungi Tranexamic Acid dan Hyaluronic Acid yang menyerap jauh ke dasar kulit untuk melawan bintik hitam dan membekalkan hidrasi yang diperlukan. Hasilnya, kulit menjelma lebih halus, cerah dan lembap berbanding dulu.

Hyaluronic Acid berkuasa untuk membekalkan 600 kali lebih banyak air agar tekstur kulit bertambah lembap. Losen ini juga mengandungi empat jenis Hyaluronic Acid dari pelbagai saiz yang boleh menembusi setiap lapisan kulit dengan baik.

AMALAN DARI DAPUR

IKLAN
Dah Sedia Buat Kejutan Hari Raya? Tiba-Tiba Muncul Dengan Wajah Halus, Putih Gebu!

Tapi untuk yang rajin di rumah, anda boleh amalkan petua dapur di bawah ini untuk mendapatkan kulit yang cerah dan berseri.

TOMATO
Buah tomato kaya dengan vitamin C dan bermanfaat untuk memutihkan kulit. Caranya:

  1. Parut tomato dan titiskan perahan lemon dan air mawar.
  2. Campurkan kesemuanya sehingga rata.
  3. Oles pada wajah selama 15 minit.
  4. Lakukan seminggu sekali untuk melihat kesannya.

YOGURT
Yogurt begitu sinonim untuk memberi kelembapan dan memutihkan kulit. Caranya:

IKLAN
  1. Campurkan yogurt dengan sedikit madu.
  2. Oleskan bancuhan pada wajah dan biarkan 10 minit.
  3. Bilas dengan air.

KENTANG
Air yang terkandung dalam sebiji kentang boleh digunakan untuk memutihkan wajah dan kulit tubuh. Caranya:

  1. Parut sebiji kentang dan tambahkan satu sudu teh madu.
  2. Oleskan pada kulit selama 20 minit.
  3. Bilaskan dengan air dan rasai kulit yang bersih dan putih.

Walau bagaimanapun, sejauh manakah keberkesanannya? Sempat lagi ke nak beli bahan-bahan di atas dan lakukan sendiri di rumah?

Dah Sedia Buat Kejutan Hari Raya? Tiba-Tiba Muncul Dengan Wajah Halus, Putih Gebu!

Tak perlu bersusah-payah kerana solusinya ada di depan mata. Hanya usapkan Premium Whitening Lotion dan anda boleh ber-video call dengan penuh keyakinan.

Tak kiralah dengan keluarga di kampung atau rakan-rakan karib, berikan kejutan pada mereka dengan penampilan wajah yang lebih cerah dan awet muda.

Foto: IG @missmimilana

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI