Wajah berminyak, selaran matahari, kekeringan kulit… ah, segunung masalah mula menerpa sejak bermulanya musim cuaca panas tahap berjaga-jaga. Dengan peningkatan suhu maksimum harian mencecah 35 ke 37 darjah Celsius, berikut produk yang wajib dipakai bagi memastikan penampilan anda tetap on-point!
Terik matahari bukan sahaja membuatkan tubuh badan kita lebih cenderung untuk dehidrasi dan kemungkinan besar mengalami strok haba, malah ia turut menjejaskan kesihatan kulit.
Masalah seperti kedutan, penuaan pramatang kulit, kekeringan dan banyak masalah kulit lain akan berlaku jika kita terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.
AMALAN KECANTIKAN
Pakai produk pelindung matahari yang sesuai dengan jenis kulit.
Elakkan dedahan matahari antara pukul 10 pagi hingga 3 petang.
Pakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik sesuai, sebaik-baiknya kapas.
Pakai topi untuk melindungi kulit muka anda dan pakai cermin mata hitam untuk melindungi mata.
Minum banyak air kerana dehidrasi mengakibatkan kulit kering, berkedut, bintik-bintik dan kekurangan cahaya.
Amalkan memakan banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Diet yang kaya dengan flavonoid dan antioksidan akan membantu untuk memastikan kulit yang sihat dan berseri.
Produk terbaharu Shiseido ini direka untuk kegunaan harian dengan teksturnya yang bebas minyak, ringan serta diperkaya bahan antioksidan dan asid hyaluronik agar kulit terasa lembap serta berseri. Ia juga membantu melindungi kulit daripada pencemaran udara dan unsur lain yang boleh menyebabkan kulit kusam atau kering, malah boleh berfungsi sebagai primer.
Ads
OLEHENRIKSEN Banana Bright Mineral Sunscreen SPF30
Krim tabir suria untuk kegunaan harian yang bukan saja melindungi malah mencegah kerosakan UV pada kulit. Sesuai disapu sendirian atau di bawah solekan untuk kesan melembap, mencerah dan mengurangkan penampilan garis halus atau kedutan dengan berkesan.
Ads
Fenty Skin Thicc N Smooth Rich Peptide Eye Cream
Musim panas yang mengeringkan, belailah kulit matamu dengan krim ini. Dirumus untuk mengatasi kekeringan, lingkaran gelap bawah mata, mata sembap dan garis halus, krim ini juga berupaya melembap dengan khasiat peptida, kafein dan vitamin. Kulit bawah mata ketara lebih cerah dan bermaya!
KVD Lock-It Pore Refining Face Primer
Ads
Solekan cepat ‘retak’ kerana cuaca terlalu panas? Oleskan primer wajah KVD, formulasi krim-gel memastikan solekan anda bertahan lama dari awal pagi hingga ke malam tanpa kesan retak yang tak diinginkan. Dengan serta-merta, liang pori-pori nampak lebih halus tanpa kesan capuk atau terlalu tebal, malah ia juga menyegarkan kompleksi kulit bagaikan gel penyejuk.
NUDESTIX Nudies Matte All-Over Blush
Bahang cuaca makin terasa. Seperti mentari yang mengucup kulitmu, kenakan solekan NUDESTIX Nudies Matte All-Over Blush dalam rona Sunkissed. Layangan bronzer ini menjadikan kompleksi nampak sihat bermaya, kemerahan dan menawan dalam satu masa. Cukup mudah dan multi-fungsi – sesuai untuk wajah, bibir atau mata!
**************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
**************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita mempunyai tekstur kulit wajah yang berbeza dan berubah-ubah seiring pertambahan usia. Bagi yang mengalami kulit kering, pori-pori besar atau berjerawat, pemilihan cushion foundation yang bagus amat penting sebelum bersolek. Nona tertarik dengan formulasi cushion foundation terbaharu Wardah Beauty yang dinamakan Colorfit Perfect Glow Cushion ini, memang hasilnya kulit berminyak terus nampak cantik natural!
Banyak sebab yang membuatkan “cushion foundation” Colorfit Perfect Glow Cushion sesuai untuk semua wanita. Wardah Beauty yang terkenal dengan tagline ‘Kosmetik Nombor Satu Pilihan Wanita Indonesia’ kini berkongsi magis bersama seluruh kaum Hawa di Malaysia dengan memperkenalkan rangkaian terbaik dalam ColorFit, ‘cushion foundations’ yang sememangnya memberikan efek solekan lebih bersinar.
Colorfit Perfect Glow Cushion mampu bertahan selama 12 jam tanpa menjadikan wajah berminyak. Teksturnya yang lembut, tidak kasar dan sedikit lembap, memberi keselesaan kepada si pemakai. Solekan juga kekal rata dan kemas sepanjang hari.
Memang mudah nak ‘touch-up’ muka dengan ‘cushion foundation’ ni, yang penting wajib bawa ke mana saja!
Diformulasi dengan kecanggihan SkinMatch Technology, Colorfit Perfect Glow Cushion dari Wardah Beauty ini menyerap jauh ke dalam kulit untuk menghasilkan tona yang sekata tanpa meninggalkan sebarang cela, kulit bertompok dan kelabu.
Jadi, tak usah risau dengan masalah warna kulit. Colorfit Perfect Glow Cushion pasti menepati tona kulit
anda!
Umpama keperluan utama dalam solekan, produk terbaharu Wardah Beauty hadir dengan lapan rangkaian tona yang sesuai dengan semua jenis warna kulit. Bukan itu sahaja, ia juga diperkaya dengan SPF33 yang berfungsi sebagai pelindung dari pancaran UV yang memudaratkan kulit wajah.
Ketepikan dahulu soal halal yang membelenggu minda. Wardah Beauty sememangnya popular dengan rangkaian produk yang diyakini halal. Nak berwuduk pun senang kerana teksturnya ringan dan halus berbanding foundation biasa. Kesannya mekap anda lebih senang dicuci tanpa meninggalkan kesan pori- pori tersumbat.
Kini Wardah Beauty ColorFit Perfect Glow Cushion dijual dengan harga RM39.90 di cawangan Watsons & Guardian yang terpilih serta di laman rasmi Shopee dan Lazada.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama pelakon Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy cukup dikenali pada era 90-an dulu melalui wataknya dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Meskipun sudah hampir tiga dekad drama tersebut berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.
Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an.
Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.
Angeline Tan bersama sahabat-sahabat pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!
Sumber: Instagram @angelinetanyy
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantiknya! Kalau tengok penampilan selebriti popular Hong Kong ini pasti ramai yang anggap dia berusia 20an. Hakikatnya Michelle Reis yang juga bekas ratu cantik Hong Kong berkenaan sudah pun meniti usia 52 tahun. Dia baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-52 pada 20 Jun lepas. Memang awet muda!
Michelle Reis atau nama sebenarnya Lee Ka-Yan bukan lagi nama asing dalam industri seni di Hong Kong. Dia merupakan bekas pelakon di sana yang mewarisi keturunan Portugis daripada bapa dan China daripada ibu tersayang.
Dalam usia mencecah 52 tahun, penampilan Michelle baru-baru ini nyata meraih perhatian peminat di seluruh dunia. Bukan hanya tampil dengan raut wajah awet muda dan cantik, bahkan Michelle tak ubah seperti anak dara. Terus terkenang zaman dia masuk pertandingan ratu cantik.
Pesona Michelle mula bersinar sebagai ratu cantik apabila dia memenangi Miss Chinese International Pageant 1988 dan Miss Hong Kong 1988.
Berbekalkan wajah jelitanya dan kemenangan di pentas ratu cantik, Michelle mencuba potensi diri dan bakat sebagai pelakon. Penglibatan Michelle di layar perak nyata membuahkan hasil dan menjadi sebutan ramai menerusi lakonannya dalam Royal Tramp ll dan Fallen Angels.
Bersandarkan populariti yang diraih, jelitawan ini dilaporkan turut menubuhkan JMJ Children’s Charitable Foundation pada tahun 2011. Michelle ialah isteri kepada seorang ahli perniagaan bernama Julian Hui sejak tahun 2008.
Hasil perkongsian hidup selama hampir 14 tahun, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jayden Max Hui.
Januari lepas, Michelle berdepan keadaan kesihatan yang membimbangkan apabila dia dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 48 jam.
Tidak mendedahkan punca sebenar sakit yang dialami, Michelle kemudian mengatakan dia mengalami tekanan darah hingga menjejaskan jantung, buah pinggang, hati, paru-paru dan organ dalaman lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!