Cantik pada usianya, pesona wajah Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy yang kini mencecah 56 tahun tetap memikat! Meskipun sudah hampir tiga dekad sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.
Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an. Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.
Angeline Tan bersama sahabat-sahabat pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu
“Sitkom Melayu pertamanya berjudul Pak Din KK kemudian dalam ‘Cam Ni Cam Tu’ dan barulah dia sertai Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1993. Saya tahu disiplin dan komitmennya. Saya tahu nilai setiakawannya. Saya tahu dia pelakon yang serius dan sangat membantu.” Sabri Yunus
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!
Terkejut bila dapat tahu personaliti cantik ini rupa-rupanya bakal mencecah usia 40 tahun. Mana tidaknya, tengok bentuk fizikal Azura Zainal bukan saja mencerminkan dirinya yang masih muda tetapi juga penuh energetic.
Sampaikan ada yang beranggapan isteri kepada jurulatih seni mempertahankan diri berasal dari Brazil… Ibrahim Cristiano Genuino Da Silva ini baru berumur lingkungan 20an. Awet muda betul!
Disifatkan seorang yang senang didekati, ramah, happy go lucky dan aktif… pengacara berbakat besar ini bagaimanapun tersenyum malu apabila dipuji dirinya kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Iyalah, umur dah hendak masuk 40 tahun tapi ‘tenaga’ Azura macam anak muda yang belum kahwin dan ada anak!
Bersyukur dengan kurniaan tersebut, Azura membuka rahsia. “Nak kata rahsia… bukanlah rahsia pun. Pada saya, saya suka senyum dan gelak.
Dalam masa sama, saya cuba untuk kekal aktif dengan pergi workout. Tapi sejak dah ada anak ni, agak susah jugalah. Apa yang mampu saya buat sekarang, saya jadikan anak tu sebagai ‘motivasi’ untuk terus aktif.
Anak saya dah masuk umur dua tahun, memang saya kena kejar sajalah dia the whole time. Mungkin sebab selalu jaga anak yang tengah aktif ni buatkan saya ada muscle for that,” ujar Azura sambil tunjuk otot di lengan.
“Bagi saya nak kekal sihat dan bertenaga kena cuba dapatkan tidur dan rehat yang cukup. Nak kata ambil makanan sihat, saya tak adalah terlalu menjaga makan. Tetap makan nasi lemak juga. Tapi bersederhana.
Jadi pada saya, amalan-amalan seperti inilah yang dapat beri keyakinan dan tenaga untuk kita… kaum wanita dan ibu aktif. Bukan saja di rumah tetapi juga ketika di luar.
Ditanya petua kecantikan yang diamalkan sehingga ke hari ini, “Minum banyak air. Dulu saya memang jenis orang yang tak suka minum air. Tapi bila dah meningkat usia dan mak selalu pesan kena banyak minum air, saya kena akur. Sebab saya percaya ia sangat penting untuk keperluan tubuh. Selain dapatkan tidur yang cukup, minum banyak air pun penting.
Pernah bergelar hos X-Disney Channel, Azura turut melahirkan rasa syukur kerana selaku freelance… dia mempunyai masa yang fleksibel untuk keluarga dan kerja.
“Jadual saya tak terikat dengan mana-mana company. Bila ada kerja baru saya keluar. Untungnya saya juga adalah sebab saya ada adik-beradik yang ramai dan support system yang sangat kuat.
Dengan adanya sokongan daripada suami dan keluarga seperti ini, secara tak langsung ia juga bantu kita capai segala-galanya. Pendek kata, semua jadi mudah. Pun begitu, kena ada list dan tahu apa yang rutin yang perlu kita buat tiap hari serta selesaikan,” tuturnya yang dikurniakan bayi lelaki comel yang diberi nama Zeydan Genuino.
Kredit foto: Instagram Azura Zainal
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya kehidupan Vanidah Imran makin berseri-seri sejak kembali bergelar isteri pada Julai tahun lalu. Hampir setahun menjadi suri hati jurutera, Arifabillah Idris, jelas terpancar wajah bahagia aktres jelita ini di samping suami tercinta.
Apatah lagi, menerusi foto terkininya bersama suami ketika menyambut ulang tahun kelahiran Arifabillah pada 28 Mei lepas.
“28.05.23 Happy Birthday to my King,” tulis Vanidah ringkas di media sosialnya.
Bulan Mei nyata menjadi detik istimewa buat bintang filem The Red Kebaya ini kerana anak gadisnya iaitu Maryam Rashika turut menyambut hari lahir yang ke-19 pada 16 Mei lalu.
Selain masih aktif berlakon, Vanidah dikhabarkan menggalas tugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Walau sibuk dengan kerjaya sebagai anak seni, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 berkenaan tetap rajin menuntut ilmu.
Hasil penat-lelah melanjutkan pengajian, Vanidah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Drama) Universiti Malaya (UM) pada Mac 2022. Dia juga memasang impian untuk sambung PhD jika diizinkan.
Menginjak usia 50 tahun, keanggunan dan kecantikan semula jadi selebriti ini menjadi inspirasi ramai wanita. Mana tidaknya, Vanidah cukup aktif sertai marathon dan pernah mempelajari silat cekak pusaka Hanafi.
Tidak hairanlah, dia mampu tampil sihat bertenaga dan mengekalkan tubuh ramping.
Mengimbas kembali momen ijab kabul, Vanidah sah bergelar isteri Arifabillah pada 7 Julai 2022 dan menerima mas kahwin berupa seutas rantai emas. Berita pernikahannya mengejutkan peminat seni tanah air kerana tiada desas-desus mengenai percintaan mereka sebelum ini.
Kecantikan Vanidah ketika mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini pada majis nikah waktu itu turut menjadi bualan. Meskipun nampak ringkas namun naik seri pengantin wanita ini.
Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan aktor Rashidi Ishak namun berpisah pada tahun 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama pengacara serta personaliti TV Hawa Rizwana bukan lagi satu nama asing dalam industri hiburan tanahair.
Malah, Hawa merupakan salah seorang selebriti yang bukan sahaja sering menghasi kaca televisyen sejak mengambil alih tempat Neelofa sebagai pengacara program MeleTOP namun si cantik manis ini juga aktif dalam sukan berbasikal dan aktiviti sukan lasak.
Jika lihat di ruang akaun Instagram miliknya, setiap satu hantaran yang dimuat naiknya pastinya terselit tentang aktiviti-aktiviti melibatkan kecergasan ini.
Menurut Hawa yang ditemubual secara eksklusif oleh NONA, hobi berbasikal sudah mula timbul semenjak dirinya masih kecil lagi.
“Waktu saya di Perlis dahulu, ketika saya masih berada dalam tahun 2 hingga 6, aktiviti berbasikal merupakan aktiviti wajib saya.
“Jadi ia merupakan salah satu gaya hidup sihat dipraktikkan dalam kehidupan harian saya,” katanya.
Namun, tambahnya, apabila sudah berpindah ke Kuala Lumpur, dia tidak berpeluang untuk melakukan aktiviti berbasikal kerana faktor kesibukan jalan raya yang merbahaya.
“Apabila saya dan keluarga mula berpindah ke Kuala Lumpur, ibubapa saya tidak membenarkan saya untuk berbasikal di kawasan Kuala Lumpur atas faktor keselamatan.
Tambahan pula saya seorang sahaja anak perempuan jadi, mereka lebih berhati-hati dalam hal ini,” jelasnya lagi.
Ibu bapa saya yang terlalu menjaga sehinggakan saya nak sertai bola jaring dan boling pun tidak dibernarkan. Jadi, semasa di sekolah menengah, saya banyak menghabiskan masa dengan aktiviti menari sahaja.
Kongsinya lagi, dia kembali melakukan aktiviti berbasikal apabila dia sudah bekerja dan sudah mempunyai kenalan-kenalan yang turut sama melakukan aktiviti berbasikal.
Bagaimanapun, bermula dari tahun 2019, dia mula mengaktifkan dirinya dengan berbasikal di merata tempat termasuklah di kawasan Kuala Lumpur International Airport dan juga Desaru.
“Sejak 2019, bila dah ada kawan-kawan yang suka berbasikal, saya mula berkayuh di area Kuala Lumpur. Jadi, sebenarnya, minat berbasikal ini sudah lama ada di dalam diri sejak kecil lagi,” ujar Hawa.
Selain berbasikal, kini Hawa dilihat semakin sinonim dengan aktiviti sukan seperti Marathon, Bola Jaring dan aktiviti sukan lasak seperti menawan puncak gunung dan Hiking sejak menyertai program Real Men Malaysia: Wira Merah.
Patutlah, tengok Hawa ni sentiasa cergas dan bertenaga walaupun tak menang tangan menguruskan kerjaya. Kuncinya, adalah amalan gaya hidup sihat dan rajin bersenam agar badan kita bertambah stamina dan semakin cerdas!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah Hijabista
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!