Ramai yang mengambil mudah soal penjagaan kulit terutamanya apabila tiba bulan Ramadan. Bukan apa, kesihatan kulit juga sama pentingnya dengan kesihatan tubuh badan. Bagaimana caranya?

IKLAN

Jangan Biarkan KULIT BERPUASA, Teliti CARA ‘MENYAJI KULIT’ Dengan Betul

 

Biasanya pada bulan Ramadan, ramai yang tidak mengambil cecair atau minum air putih yang secukupnya sehingga menyebabkan kulit menjadi kering dan merekah. Terdapat banyak lagi alasan yang digunakan sempena kehadiran Ramadan untuk anda culas menjaga kecantikan kulit. Mungkin tip di bawah boleh anda jadikan panduan.

Jangan Biarkan KULIT BERPUASA, Teliti CARA ‘MENYAJI KULIT’ Dengan Betul

Bagaimana anda boleh menjaga kulit pada bulan Ramadan?

  • Bersihkan kulit wajah dengan rejim skrub dan pelembap. Ia adalah untuk menggalakkan sel kulit mati yang disebabkan oleh kekurangan cecair dalam badan, mengembalikan tahap mineral semula jadi pada kulit dan penghasilan minyak pada wajah.

Jangan Biarkan KULIT BERPUASA, Teliti CARA ‘MENYAJI KULIT’ Dengan Betul

  • Puasa menghidrasi tubuh dan kulit wajah. Pada waktu iftar, adalah penting agar anda hidrasi semula tubuh dan kulit dengan minum air putih secukupnya.

Jangan Biarkan KULIT BERPUASA, Teliti CARA ‘MENYAJI KULIT’ Dengan Betul

  • Dicadangkan agar di antara waktu iftar dan sahur, anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air putih sebagai pengganti cecair lain yang masuk ke dalam tubuh.

Jangan Biarkan KULIT BERPUASA, Teliti CARA ‘MENYAJI KULIT’ Dengan Betul

Fakta:

Tubuh manusia hanya mampu menyerap 50 hingga 60 peratus jus buah-buahan manakala 20 hingga 30 peratus soda.

  • Makan dengan sihat. Terdapat banyak jenis makanan yang boleh mengembalikan hidrasi pada kulit seperti kacang gajus atau badam. Kekacang ini mengandungi fiber sihat, asid lemak dan protein yang boleh mengekalkan keserian wajah.

Jangan Biarkan KULIT BERPUASA, Teliti CARA ‘MENYAJI KULIT’ Dengan Betul

  • Buah-buahan seperti strawberi dan beri biru tinggi kadar antioksidan di mana ia adalah kandungan positif pada kulit wajah sihat. Tamar atau kurma juga merupakan sumber antioksidan, vitamin A, zat besi, potasium, kalsium dan magnesium yang menawarkan kesihatan kulit yang optimum.

Jangan Biarkan KULIT BERPUASA, Teliti CARA ‘MENYAJI KULIT’ Dengan Betul

IKLAN
  • Manakala buah aprikot pula membantu dalam proses pencernaan.

Jangan Biarkan KULIT BERPUASA, Teliti CARA ‘MENYAJI KULIT’ Dengan Betul

 

“Finding the right with the right dosage”

– Benjamin Ruiz, Global Creative Artistry Laura Mercier Cosmetics

 

IKLAN

Penjagaan kulit tidak hanya terhad kepada kaum wanita sahaja. Malah lelaki juga perlu lebih teliti soal ini kerana mereka adalah orang yang paling ramai menafikan mengenai rawatan kulit wajah. Global Creative Artistry Laura Mercier memberikan tip yang boleh dijadikan panduan bagi para lelaki untuk tampil bersih dan berseri pada wajah.

 

“Lelaki juga tidak boleh lari daripada merapikan kulit wajah. Ada sesetengah lelaki termasuk saya menggunakan concealer bagi menyembunyikan noda-noda terutamanya lingkaran gelap di bawah mata. Tidak perlu gunakan dos yang banyak kerana sebagai lelaki, pemakaian solekan tidak perlu kelihatan begitu ketara.

 

Bagi rejim penjagaan harian, saya memilih pencuci wajah buih atau foaming cleanser yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk berminyak, kering dan normal. Hanya gunakan pada waktu malam untuk membersihkan kekotoran yang terhasil dari pencemaran udara dan terus tidur. Keesokan hari, hanya perlu sapukan pelembap untuk mengembalikan kelembapan pada kulit.”

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI