Penyanyi yang namanya sedang meningkat naik, Farisha Iris mengakui sebagai selebriti adalah ‘crucial’ bagi dirinya untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya di khalayak umum. Kerana ramai diantara peminat yang menjadikan dirinya sebagai role-model tidak kira dari segi fesyen hinggalah kepada rutin kecantikkan.
Sehubungan itu, NONA sempat ‘mengorek’ amalan mahupun rutin untuk kekal cantik yang sering diamalkan oleh si cantik manis Farisha Iris atau nama penuhnya Farisha Asmadi.
Berikut merupakan tiga amalan yang disarankan Iris khas buat para wanita yang mahu mengekalkan kecantikan atau beauty enthusiast.
1. Rehat Yang Mencukupi
Menurut Iris, perkara yang paling penting untuk mengekalkan kecantikan adalah apabila tubuh badan mendapatkan rehat serta tidur yang mencukupi.
Jelasnya lagi, rehat yang mencukupi serta tidur yang berkualiti bakal memberikan aura yang berbeza kepada tubuh badan seseorang.
Ads
“Paling penting adalah kena cukupkan rehat, tidur jangan lambat dan jangan terlalu banyak tengok handphone kerana lambat laun ia akan memberi kesan kepada kulit kita,” ujarnya.
2. Pastikan ‘Water Intake‘ Penuhi Keperluan Badan
Selain itu, Iris berkata indikator kedua yang perlu dijadikan amalan adalah ambil tahu tentang kadar air dalam badan. Water intake yang cukup amatlah diperlukan untuk memenuhi keperluan badan seseorang.
Tambahan pula, dengan cuaca di negara tropikal yang panas dan lembap serta tidak menentu kebelakangan ini. Malah, pengambilan air yang cukup dapat mengelakkan kita dari terkena strok haba!
Ads
“Jika nak kekalkan kecantikan harus minum air yang banyak, kerana ia membantu untuk memulihkan kembali tenaga tubuh badan anda,” ulas Iris.
3. Sentiasa Berada Dalam Lingkungan Positif
Kecantikan juga kadangkala dipengaruhi oleh persekitaran di sekeliling kita, kerana persekitaran yang baik akan membuatkan mood seseorang menjadi baik, lebih yakin dan ia sekaligus memaparkan persona cantik secara tidak langsung.
Ads
Namun, sekiranya seseorang berada dalam persekitaran yang negatif dan buruk. Maka, semangat akan merundum maka pemikiran negatif akan memakan diri seseorang dari dalam. Lantas membuatkan personaliti seseorang itu terlihat tidak cantik.
Justeru, ini pesan Iris kepada hijabi di luar sana yang mendambakan kecantikan:
“Anda semua perlu kekal positif, sentiasa senyum jangan marah-marah nanti lekas tua!,” selorohnya.
Apapun, NONA berharap agar Nonarians dapat mengamalkan tip yang disarankan oleh Farisha Iris ini. Malah, sentiasa ingat bahawa kita semua cantik dan telah diciptakan Allah swt dengan begitu sempurna.
Sekadar info artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Pelakon Nadya Syahera mempunyai prinsip tersendiri sebelum menerima apa-apa tawaran khsusnya yang berkaitan dengan kecantikan wajah.
Ibu kepada dua cahaya mata yang juga bekas model ini menjelaskan, dia sebolehnya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu yang mahu tampil cantik secara drastik tanpa memikirkan kesan sampingannya.
Nadya Syahera Enggan Pengalaman Buruk Berulang
“Saya pernah mengalami satu pengalaman yang tak elok susulan menggunakan produk wajah yang ‘asal boleh’. Sebab itu penting untuk kita ketahui apa kandungan yang terkandung di dalamnya sebelum aplikasi.
“Saya pernah guna produk yang ada merkuri, kulit menggelupas yang tidak hilang dan sebagainya. Apa pengalaman yang saya alami itulah yang akan saya kongsi kepada semua. Sebab itulah sebelum menerima apa-apa produk kecantikan untuk review, saya akan selidik dulu,” katanya kepada MH.
Bintang berusia 30 tahun itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Tak Mahu Bersekongkol Tipu Pengguna & Followers Review Produk Berbahaya
Nadya menambah, dia juga tidak mahu menipu pengguna selain mengakui akan kepentingan untuk tahu mengenai kandungan sesebuah produk.
“Sebab kalau hanya main ambil tanpa ambil tahu apa kandungannya, bimbang nanti kalau orang lain yang pakai, saya yang akan kena balik.
“Jadi saya lebih senang untuk berkongsi berdasarkan kepada pengalaman, bukan hanya main karang atau tulis di media sosial.
“Tak baik buat begitu. Mereka (klien) bayar saya jadi takut kalau duit yang diterima tak berkat. Rezeki yang ada itu saya akan kongsi dengan anak-anak dan keluarga. Kalau hasilnya tak berkat, macam mana tu?
“Malah sebelum saya terima tawaran ini, saya beritahu kepada pihak klient untuk cuba menggunakan produk ini kira-kira hampir dua bulan untuk melihat keberkesanannya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Susah juga jadi orang cantik ya! Elok-elok hendak bergembira pergi bercuti dan menghadiri majlis perkahwinan terus bertukar jadi pengalaman mendebarkan. Itulah yang berlaku kepada jelitawan Hong Kong ini ketika berkunjung ke Jerman.
Gara-gara terlalu cantik, Gillian Chung mendakwa berdepan detik mencemaskan apabila ditahan dan disoal siasat pegawai Imigresen di sebuah lapangan terbang di Jerman hanya atas alasan ‘terlalu cantik’.
Pelakon berusia 41 tahun itu membuat pendedahan dalam sebuah program Promise for You ketika ditanya mengenai pengalaman bercuti yang sukar dilupakan.
Memetik laporan portal Asia One, Gillian memberitahu dia berangkat ke Belgium untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang kenalannya. Namun dedah aktres ini dia bagaimana pun ditahan selepas pesawat dinaiki transit di Jerman.
“Hanya disebabkan saya dan seorang lagi rakan perempuan masih muda dan cantik, mereka sangka kami terbabit dengan perkara yang salah di sisi undang-undang,” ujarnya.
Pun begitu, Gillian tidak mendedahkan kepada umum dengan siapa dan bila perkara itu berlaku.
Gillian yang menceburi bidang muzik sebagai penyanyi Canto Pop atau singkatan kepada Cantonese Pop Music juga merupakan anggota kumpulan Twins memberitahu dia cuba menjelaskan kepada pegawai terbabit mengenai statusnya sebagai seorang selebriti.
Namun penjelasan dan rayuan Gillian tidak dilayan. Sebaliknya pegawai Imigresen tersebut terus menyoal siasat.
“Ketika itu, saya mengejar pesawat seterusnya, tiada makanan dan tiada ditempatkan dalam bilik. Sebaliknya saya ditahan. Saya memang tidak bernasib baik.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak penularan Covid-19 melanda negara, rakyat jarang dapat mengikuti perkembangan terkini Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Namun menerusi laman media sosial rasmi Selangor Royal Official, ada perkongsian dan aktiviti terbaharu baginda yang dimuatnaik. Sekaligus mengubat kerinduan rakyat untuk melihat Tengku Permaisuri Norashikin yang terkenal dengan keanggunan dan rupa paras menawan Baginda.
Berlangsung pada 21 September lepas, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menerima menghadap penulis buku “Malaysia’s Culinary Heritage : The Best of Authentic Traditional Recipes”, Yang Bahagia Datin Kalsom Taib dan Yang Bahagia Datin Hamidah Abdul Hamid di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Buku yang memuatkan kompilasi 230 jenis resipi yang menampilkan kepelbagaian makanan rakyat Malaysia disembahkan kepada DYMM Tengku Permaisuri Norashikin.
Lebih unik, buku ini turut mengandungi resipi-resipi tradisional Malaysia yang telah digazetkan oleh Jabatan Warisan Negara dan bakal diiktiraf oleh UNESCO. Turut hadir, YAM Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Nor Zehan.
Dalam pertemuan tersebut, penampilan Tengku Permaisuri Selangor sekali lagi mencuri tumpuan. Persalinan kurung moden bermotifkan bunga-bunga kecil dalam rona kuning lembut dan hitam kelihatan cukup indah selain menyerlahkan sisi penuh kelembutan baginda. Meskipun hanya menggayakan anting-anting mutiara namun pesona Baginda Tengku Permaisuri Norashikin tetap memukau pandangan.
Pada keesokkan harinya pula iaitu 22 September, Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Gelaran Tengku Panglima Raja Selangor kepada adinda Baginda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Gelaran tersebut berkuatkuasa 12 Ogos 2020.
Pada hari sama juga DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan menyerahkan watikah pelantikan kepada empat orang Hakim Syarie sebagai anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dalam satu istiadat di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Pada istiadat dilaksanakan dalam norma baharu ini juga, sembilan orang Hakim Mahkamah Rendah Syariah turut menerima watikah pelantikan. Lantikan dibuat untuk dua pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, seorang Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, tiga Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor, sementara dua individu dilantik sebagai Wali Raja.
Turut berangkat, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Hadir sama, YAM Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj dan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari.
Selesai istiadat, DYMM Tuanku berkenan melancarkan Pelan Strategik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) 2020-2024. Menerusi pelan yang diinspirasikan oleh Baginda ini, pelbagai strategi dan pelan tindakan telah dirangka bagi tujuan mendaulatkan syiar Islam dalam memperkasakan ummah di Negeri Selangor.
Kredit: Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!