Minat yang mendalam dalam industri fesyen membawa figura bernama Saerah Ridzuan, 35 tahun mencipta kerjaya sebagai seorang penata gaya yang kian menempa nama. Tambahan pula, latar belakang keluarga yang cintakan fesyen menguatkan lagi naluri Saerah untuk menggapai bintang impiannya.

IKLAN

“Fesyen Diibaratkan Seperti Laman Permainan” -SAERAH RIDZUAN

Memperoleh Diploma in Art & Design, wanita yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini sememangnya arif dalam bidang yang diceburinya. Pengalaman yang ditimbanya selama ini menjadi bekalan unggul Saerah sehingga membolehkannya membuka perniagaan sendiri.

BISNES

saya mempunyai bisnes yang diberi nama Stylar dan saya merupakan pengasasnya. Bisnes ini menawarkan servis menata gaya kepada artis-artis, jenama-jenama fesyen dan juga syarikat-syarikat perfileman yang memerlukan bantuan dalam penggayaan dan pakaian. Buat masa ini, saya mempunyai dua rakan kerja (co-stylist) yang sering membantu saya dalam projek-projek yang diperolehi. Mereka juga stylist seperti saya dan kami semua mempunyai citarasa fesyen yang berbeza namun kami mempunyai etika bekerja atau “chemistry” yang sangat luar biasa.

MAKSUD FESYEN

Makna fesyen bagi saya ialah ianya diibaratkan suatu laman permainan. Ianya seronok, penuh keghairahan dan merupakan platform untuk mengekspress kreativiti dan keunikan seseorang individual. Seperti DNA, kita semua mempunyai ungkapan fesyen yang berbeza dan istimewa.

GAYA SEMPURNA

Pada saya, keselesaan adalah faktor utama apabila saya menggayakan diri sendiri atau pelanggan saya. Saya juga jarang mengikuti trends secara membuta. Ianya sangat penting untuk mempertikaikan samada sesuatu trend itu sesuai dengan bentuk tubuh badan kita dan menyerlahkan personaliti kita sendiri.

IKLAN

FESYEN DAN PERSONALITI

Pertama sekali, abaikan trend-trend yang anda minati. Kenali diri anda yang sebenar-benarnya dan belajar untuk hargai bentuk badan anda. Apabila kita faham bentuk badan kita sendiri, cuba untuk kenal pasti bahagian mana yang patut kita “show off”. Apabila keluar membeli-belah, cuba berbagai-bagai stail pakaian dan kenali yang mana yang sesuai untuk diri sendiri. Ambil gambar dah simpan untuk rujukan sendiri.

INSPIRASI

IKLAN

Inspirasi selalunya berbeza mengikut tema atau konsep sesuatu styling. Ianya bergantung pada visi yang ingin saya kecapi. Tetapi secara umumnya, saya suka melihat pada aspek seni dalam sesuatu styling.

IKON PILIHAN

Saya kagumi ikon-ikon fesyen dari era-era lepas seperti Bianca Jagger, Yoko Ono, David Bowie. Manakala pada masa kini, saya amat tertarik dengan ikon-ikon yang tidak takut untuk menonjolkan pendirian diri yang lain dari lain ataupun yang bukan mainstream seperti Iris Ipfel, Solange Knowles dan stylist selebriti seperti Rachel Zoe, Monica Rose dan Law Roach.

7 TIP TAMPIL STYLISH

1. Utamakan keselasaan
2. Jangan mengikuti sepenuhnya stail orang lain.
3. Cari inspirasi daripada street style dari negara lain.
4. “Thrift shopping” untuk menambah elemen vintage pada stail.
5. Baca majalah-majalah fesyen, seni, muzik dan kecantikan.
6. Beli pakaian basic yang berkualiti tinggi.7
7. Invest dalam pakaian atau aksesori “statement” yang boleh digayakan dengan pemakaian basic.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI