Berkecimpung dalam bidang menata gaya lebih 4 tahun menjadikan empunya nama Yumi Marina Zakaria kian menyerlah dalam kerjaya yang diceburinya. Pengalaman Yumi Marina atau lebih mesra disapa Yumi bekerjasama bersama selebriti terkenal tempatan antaranya Jihan Musa, Siti Nordiana, Liza Hanim, Amyra Rosli dan ramai lagi membawa  satu benchmark buat wanita berusia 25 tahun ini untuk lebih komited dengan karier pilihannya. Walaupun pernah melalui kisah suka duka, turun dan naik, Yumi tidak pernah berpaling ke belakang kerana dia amat mencintai kerjaya sebagai fashion stylist.

Fesyen Minimalis & Less Is More Jadi Prinsip YUMI MARINA Apabila Bergaya!

IKLAN

TREND TERKINI

Trend fesyen paling hangat tahun ini adalah blocky colour, floral prints, fesyen dan rona pastel. Trend fesyen yang bakal hangat pada tahun seterusnya adalah pure white, all over prince suit dan pattern dresses. Selain itu, fesyen terkini yang menjadi ikutan wanita-wanita diluar sana pada masa kini adalah belt-beg dan juga sporty style yang digayakan menggunakan jumper, sweater, sweatpants, sport shoes dan juga stripes pattern.

 

ARUS FESYEN

Pada pandangan saya, arus fesyen sentiasa bertukar dari semasa ke semasa dan ia merupakan perkara biasa. Ini kerana stail fesyen sentiasa berputar dan seperti hari ini kita boleh melihat trend 80’s dipakai semula.  Tidak mustahil pada masa akan datang, trend fesyen 60’s menjadi pilihan penggemar fesyen seluruh dunia.

Fesyen Minimalis & Less Is More Jadi Prinsip YUMI MARINA Apabila Bergaya!

Fesyen Minimalis & Less Is More Jadi Prinsip YUMI MARINA Apabila Bergaya!

ELAK JADI MANGSA FESYEN

Cara untuk mengelak daripada menjadi ‘mangsa fesyen’ adalah sentiasa belajar dan mengikuti feysen dari semasa ke semasa. Selain itu, apa yang saya boleh katakana di sini ialah  tidak perlu terlalu mencuba dengan menggayakan sesuatu yang melebihi daripada kemampuan diri kita sendiri.

 

IKLAN

FESYEN SEMPURNA

Bagi menentukan fesyen yang sesuai dan tepat untuk seseorang individu adalah dengan mengikuti gaya terkini dan mestilah memakai dengan penuh yakin. Jangan sesekali over-do-it dan haruslah berdasarkan diri sendiri. Sebagai contoh, jika kita adalah seorang yang simple then go for simple fashion style. Jangan memakai sesuatu yang bukan diri kita dan tidak memaparkan personaliti kita.

Fesyen Minimalis & Less Is More Jadi Prinsip YUMI MARINA Apabila Bergaya!

TAMPIL TRENDY & MODEN

IKLAN

Seseorang itu akan tampak trendy dan bergaya jika individu tersebut sentiasa tampil kemas dan mengikuti fesyen terkini. Selain itu, mainan rona juga memainkan peranan yang cukup penting. Untuk tampil moden seiring dengan perkembangan teknologi semasa, Stail yang paling tepat adalah menggayakan fesyen yang lebih minimalis.

 

IKON GAYA PILIHAN

Di Malaysia, ikon gaya pilihan saya ialah scha Al-yahya. She is the best! Scha sentiasa kelihatan bergaya walaupun dengan hanya menggayakan t-shirt dan seluar jeans sahaja. Beliau juga sentiasa berani mengubah stail rambut dan memberikan gaya yang berlainan buat diri beliau. Untuk luar negara, saya memilih Kendall Jenner. Kendall juga seperti Scha yang sentiasa berpegang kepada prinsip less is more. Saya sukakan stail Kendall yg sentiasa memakai sesuatu di luar jangkaan dan saya juga mengambil inspirasi fesyen beliau untuk saya mengikut kesesuaian.

Fesyen Minimalis & Less Is More Jadi Prinsip YUMI MARINA Apabila Bergaya!

5 TIP TAMPIL STAILO

  1. Sentiasa memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan.
  2. Berani mencuba sesuatu gaya diluar daripada kotak minda.
  3. Perlu ada fesyen ikon untuk dijadikan sumber inspirasi.
  4. Memakai rona hitam juga boleh membuatkan anda kelihatan trendy.
  5. Sentiasa berpakaian bersih dan kemas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI