Nak miliki kulit sihat dan cantik? Rahsianya singkirkan dahulu sel kulit mati yang melekat pada kulit tu! Ini kerana purata dalam setahun, sebanyak 4kg sel kulit mati terkumpul di atas permukaan kulit!
Sel kulit mati juga menjadi punca solekan bercapuk dan kadang-kadang berkuping. Masalah kulit seperti bersisik, kering, mengelupas, bintik hitam dan jerawat berpunca daripada timbunan sel kulit mati di lapisan kulit.
Mencuci wajah atau memakai pelembap sahaja tidak cukup untuk mengeluarkan sel kulit mati di atas kulit. Memakai topeng muka dan lulur sangat penting untuk mengeluarkan sel kulit mati di samping melakukan perawatan wajah.
Sebaiknya segara lakukan perawatan kulit agar tidak terlambat sehingga perlu melakukan rawatan estetik di klinik. Bagi memiliki kulit wajah yang halus dan lembut, ayuh buang sel kulit mati yang terkumpul di atas kulit dengan petua mudah berikut.
1.Cuci Wajah Menggunakan Air Panas
Cara paling efektif untuk menyingkirkan sel kulit mati adalah dengan melakukan proses eksfoliasi. Langkah yang paling mudah untuk melakukan eksfoliasi kulit adalah dengan menekap wajah dengan tuala hangat. Ambil tuala yang bersih, rendam dalam air panas dan perah.
Letak lembut pada wajah dan tepuk perlahan serta biarkan selama dua minit. Tindakan ini dapat membantu membuka pori-pori wajah dan menyediakan kulit untuk proses eksfoliasi. Apabila pori-pori wajah terbuka, sel kulit mati lebih mudah disingkirkan.
2.Guna Pembersih Wajah Lembut
Ads
Pori-pori wajah terbuka selepas menggunakan tuala panas, singkirkan sel kulit mati dengan menggunakan cecair pembersih yang lembut. Boleh menggunakan pembersih wajah yang digunakan setiap hari.
Kulit yang telah dipersiapkan untuk eksfoliasi memudahkan langkah untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan efektif. Tekap tuala lembut pada wajah dan jangan menggosok terlalu kasar sehingga kulit boleh menjadi rosak.
3. Keistimewaan Campuran Garam Laut
Garam biasa BUKAN saja digunakan dalam masakan semata, tapi garam juga berkuasa untuk menyingkirkan sel kulit mati. Garam laut kaya dengan mineral dan merupakan pilihan terbaik untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi.
Butiran kasar pada garam bagus untuk pengelupasan sel-sel kulit mati pada wajah. Urut lembut dalam pergerakan bulatan pada wajah atau pada kawasan yang memiliki sel kulit mati. Geseran garam pada kulit membuat sel-sel kulit mati tertanggal dengan sendirinya.
Lakukan di waktu malam sebelum tidur adalah langkah yang bijak. Jika mahu kesan yang lebih sempurna campur minyak zaitun pada garam agar kulit menerima lembapan daripada minyak zaitun tersebut.
Ads
4. Eksfoliasi Kulit Secara Mekanikal
Jika mahu membuang sel kulit mati dengan lebih efektif, lakukan pengelupasan sel kulit mati secara mekanikal. Eksfoliasi kulit ini berupa lulur, krim pembersih dan partikel kasar.
Eksfoliasi ini lebih mudah didapati kerana terdapat banyak di pasaran. Namun, eksfoliasi secara mekanikal ini tidak boleh dilakukan dengan kerap kerana boleh menyebabkan lapisan kulit luar terhakis. Hanya lakukan gerakan lembut dan berhati-hati ketika mengurut wajah untuk mengelakkan iritasi kulit.
5. Eksfoliasi Kulit Secara Kimia
Ads
Kaedah ini adalah yang terbaik untuk kesan jangka panjang kerana boleh membersihkan jauh ke bawah lapisan kulit. Eksfoliasi secara kimia berfungsi dengan menghancurkan ikatan kimia dengan melepaskan sel-sel kulit mati sehingga dapat ditanggalkan dengan lebih mudah.
Baca dengan teliti terlebih dahulu produk ini agar bersesuaian dengan kulit. Setelah selesai proses eksfoliasi, tepuk lembut kulit wajah sehingga kering dan biarkan selama lima minit. Setelah selesai sapu pelembap untuk mengembalikan kelembapan semula jadi kulit.
6. Ketahui Jenis Kulit
Sebelum melakukan proses pengelupasan adalah penting untuk mengetahui jenis kulit. Kerana jika menggunakan cara atau produk yang salah akan memberi kesan yang tidak baik kepada kulit. Terdapat lambakan produk untuk menyingkirkan sel kulit mati ini dan pilih yang terbaik agar tidak menimbulkan masalah kulit sehingga anda perlu berjumpa dengan doktor kulit.
Bagi pemilik kulit jenis sensitif, perlu lebih berhati-hati memilih produk atau kaedah yang mahu digunakan. Pemilik kulit jenis ini lebih baik menggunakan masker wajah yang dibuat sendiri dengan menggunakan bahan semula jadi atau lulur. Bagi pemilik kulit jenis berminyak pula lulur dengan bahan kimia seperti asid hidroksil, asid salisilat merupakan pilihan terbaik.
Namun sebelum melakukan apa juga kaedah anda perlu berjumpa dengan pakar kulit untuk membuat rundingan. Melalui pemeriksaan rapi mereka boleh menyarankan produk atau kaedah yang terbaik untuk kulit.
Bukan Setiap Hari
Awas! Kulit wajah tidak boleh melakukan proses eksfoliasi setiap hari. Kulit memerlukan waktu untuk tumbuh kembali setelah dilakukan proses pengelupasan. Cukup hanya lakukan proses eksfoliasi sekali seminggu untuk kulit normal. Bagi kulit berminyak pula boleh melakukan pengelupasan dua kali seminggu.
Jika berlaku iritasi kulit sebaik sahaja selepas melakukan eksfoliasi berhenti melakukannya. Eksfoliasi juga boleh membuat kulit menjadi sensitif terhadap sinar matahari. Selepas membuat pengelupasan anda tidak boleh keluar rumah tanpa menyapu krim tabir suria.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita bila berada di tangan lelaki yang tepat memang terserlah cantik dan bahagia. Macam Raja Ilya ini! Melangkah ke tujuh tahun usia perkahwinan, aktres ini melayari kehidupan indah di samping usahawan kacak kelahiran Australia dan dua cahaya mata kesayangan.
Meskipun dia kini jauh di perantauan namun Raja Ilya aktif mengemaskini media sosial dengan rutin dan aktiviti harian. Sekurang-kurangnya dapatlah peminat pelakon Suamiku Encik Perfect 10 ini mengubat kerinduan tengok perkembangan personaliti tersebut di sana.
Lebaran Raja Ilya Di Australia
Misalnya, sempena Syawal baru-baru ini dia tidak ketinggalan berkongsi momen menyambut Hari Raya di bumi Australia.
Tidak berpeluang rai Aidilfitri di Malaysia tahun ini, Raja Ilya dan suami bagaimana pun meriah merayakan lebaran dengan anak-anak. Siap masak menu rendang dan ketupat lagi!
Raya tahun ini, figura berkenaan memilih persalinan rona beige sedondon dengan suami tercinta yang segak berbaju Melayu. Sementara anak-anak pula comel berbaju raya warna ungu.
Kongsi Raja Ilya, “What is Aidilfitri if I’m not ‘di sisi’ you every single year? From newlyweds in matching baju, to eating for two (thanks baby number one), to running after a toddler mid-Raya visit the preggo again and now changing diapers mood.
7 Rayas, 2 babies, countless kuih and still no chance to duduk diam. What a journey lah!”
Pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad selamat bersalin anak kedua pada 15 Oktober 2024 di Hospital King Edward, Australia.
Dia dan suami sepakat menamakan anak lelaki mereka dengan nama Royal Abraham.
Raja Ilya Bahagia Layari Kehidupan Sebagai Isteri & Ibu
Memberi sepenuh tumpuan untuk mengurus keluarga, figura berusia 39 tahun ini gembira menggalas tugas ibu. Meskipun letih namun suami dan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan.
Dalam salah satu perkongsian di media sosial miliknya, dia mengajar anak sulungnya mempelajari tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil.
Raja Ilya berkahwin dengan ahli perniagaan, Trent Garret pada Disember 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak dan anak sulungnya iaitu Talita mencecah usia tiga tahun pada 1 Julai.
Sejak mendirikan rumah tangga, aktres ini mengikuti suami tercinta menetap di Perth, Australia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun belum selesai berpantang 40 hari, Datin Rita Sosilawati dan suaminya, Datuk Kamarulzaman Mohammad Hanafiah mengadakan majlis kesyukuran dan cukur jambul sempena kelahiran anak kelima mereka baru-baru ini.
Menurut Datin Rita Sosilawati melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, meskipun dirinya masih dalam berpantang selepas melahirkan anak bongsunya itu, namun majlis kesyukuran dan cukur jambul tetap diadakan untuk anak tersayang. Malah, Datin Rita dan suami turut berkongsi nama yang dipilih untuk anak bongsunya itu.
Menurut Datin Rita, nama KAAFI RAIF menjadi pilihan dia dan suaminya kerana nama tersebut mempunyai makna yang indah. Kaafi Raif membawa maksud yang mencukupkan dari semua segi, penyayang dan baik hati.
“Maksud namamu begitu indah seperti dirimu yang cukup melengkapkan keluarga ini,” ujar Datin Rita lagi.
Sebagai ibu, Datin Rita sempat menitipkan doa buat permata hatinya yang disifatkan sebagai pelengkap keluarganya itu.
~KAAFI RAIF~
Jadilah orang yang berpengetahuan,
Ilmu dan adab jangan ditinggalkan
Jika ingin selamat diri,
Dekatkan diri dengan Allah dan juga Nabi.
Ya Allah kurniakanlah anak-anakku iman yang sempurna, kesihatan yang berterusan, keselamatan yang berpanjangan, dilimpahkan rezeki yang cukup dari semua segi malah melimpah ruah, dan jadikanlah mereka penyejuk mata dan pelengkap hidup kami🥰
Untuk rekod, Kaafi Raif dilahirkan pada 19 Mei lalu dan merupakan anak kelima Datin Rita Sosilawati dan suaminya, Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah.
Terdahulu, Rita memaklumkan dia pernah mengalami keguguran pada awal tahun lalu sebelum dikurniakan rezeki untuk hamil lahi pada hujung 2022. Dia sebelum ini menyuarakan hasrat untuk dikurniakan cahaya mata kelima dan berdoa di tanah suci Makkah ketika menunaikan umrah bersama suami, November tahun lalu.
Sekadar info, Rita dan Kamarulzaman mendirikan rumahtangga pada 4 Disember 2011. Rita dan suami dikurniakan empat cahaya mata iaitu Kaisar Raees, Khalid Rashad, Khaylila Rafaahiyah dan Khalil Rizqullah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka, seorang atlet wanita yang aktif bersukan dan berjiwa lasak ini mampu menawan hati putera diraja Denmark. Princess Mary atau nama sebenarnya Mary Elizabeth Donaldson bukan sebarangan wanita. Selain meminati sukan lasak, puteri diraja Denmark ini juga dikurniakan rupa paras yang cantik, berpendidikan tinggi dan mempunyai cita rasa yang hebat dalam dunia fesyen. Pendek kata, memang pakej lengkap lah jadi puteri diraja!
Pesona Princess Mary tidak hanya terletak pada wajah cantik semata-mata. Bahkan ibu berusia 47 tahun ini disenangi kerana sikap penyayang beliau terhadap rakyat. Patutlah 75 peratus masyarakat di Denmark bersetuju dan percaya Princess Mary mampu menjadi permaisuri yang baik suatu hari nanti berdasarkan undian yang dibuat media tempatan di sana.
Bercerita tentang kehidupannya yang berubah seperti kisah dongeng Cinderella, Princess Mary menjelaskan, “Saya masih teringat lagi memori manis sewaktu menyaksikan perkahwinan Lady Diana di TV pada tahun 1981. Bagaimana pun saya tak pernah sangka akan menjadi puteri diraja sama sepertinya. Yang saya impikan ialah untuk menjadi seorang veterinar.”
Princess Mary dilahirkan pada 5 Februari 1972 di Tasmania, Australia. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Bapanya, John Donaldson ialah profesor Matematik berketurunan Scotland sementara ibunya pula, Henrietta Clark Donaldson berkhidmat sebagai setiausaha di sebuah universiti. Kedua-dua ibu bapa Princess Mary berhijrah dari Edinburgh ke Australia pada awal tahun 60an dan mendapat kerakyatan Australia pada tahun 1975.
Disebabkan aksi lincah dan bakatnya dalam sukan, Princess Mary pernah dilantik sebagai kapten pasukan hoki dan renang di samping menyertai pelbagai lagi aktiviti lain ketika menuntut di Taroona High School. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Hobart Matriculation College dan di sana, Princess Mary masih terlibat aktif dalam sukan terutamanya bola keranjang.
Bijak membahagikan masa di antara sukan dan akademik, jelitawan ini seterusnya berjaya memiliki segulung ijazah perdagangan dan undang-undang pada tahun 1994 dari University of Tasmania. Usai menamatkan pengajian, Princess Mary berpindah ke Melbourne untuk menceburi kerjaya profesional dan terpilih bertugas di sebuah agensi pengiklanan antarabangsa.
Dari situlah Princess Mary belajar tentang perhubungan awam dan mengasah kemahiran komunikasi setiap kali bertemu klien. Jawatan terakhirnya sebelum bergelar puteri diraja adalah sebagai perunding projek bagi Microsoft Business Solutions di Denmark. Fasa hidup Princess Mary berubah sepenuhnya sejak mengenali Prince Frederik di sebuah hotel di Sydney pada Oktober 2000. Pada awal pertemuan itu, jejaka tampan tersebut hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Fred’.
Meskipun datang dengan teman masing-masing, namun kerana chemistry yang ada di antara kedua-duanya… Princess Mary dan Prince Frederik dilihat cukup selesa dan rancak berbual bersama-sama. “Pertama kali berjumpa kami sempat bersalaman. Saya tak tahu sama sekali yang beliau adalah putera diraja Denmark. Hanya selepas 30 minit berkenalan, seseorang datang kepada saya dan bertanya sama ada saya kenal siapa sebenarnya jejaka tersebut.”
Tanggal 14 Mei 2004, Mary Elizabeth Donaldson akhirnya bergelar puteri diraja Denmark secara rasmi selepas melangsungkan perkahwinan bersama Prince Frederik dalam upacara penuh gilang-gemilang. Menariknya, veil yang dipakai Princess Mary pernah digayakan oleh Crown Princess Margret of Sweden pada tahun 1905 hasil rekaan pereka Denmark, Uffe Frank. Kini, Princess Mary dan Prince Frederik dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada sepasang kembar.
Sumber: Hello! Magazine
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.