Terpesona menatap kecantikan gadis Papar, Carol Abbey Gail yang baru dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2023 terbaharu. Bukan saja cantik jelita, malah pintar serta sesuai dijadikan inspirasi gadis muda yang berkebolehan.
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Unduk Ngadau mungkin hanya satu lagi pertandingan ratu cantik namun ia sebenarnya diadakan pada Mei setiap tahun sempena meraikan perayaan Tadau Kaamatan yang menjadi tradisi rakyat Sabah bagi mengenang kisah legenda pengorbanan Huminodun.
Tampil dengan pakaian tradisional daerah masing-masing, ratusan wanita bersaing mewakili kawasan masing-masing bagi merebut gelaran Unduk Ngadau. Unduk Ngadau berasal dari perkataan Runduk Tadau yang bermaksud ‘gadis dinobatkan sebagai sinar cahaya matahari’.
Pertandingan kecantikan ini adalah sinonim dengan Sabah, kerana ia merupakan pertandingan kecantikan paling terkenal di negeri ini, yang menonjolkan wanita cantik dan cerdas dari semua daerah di Sabah. Paling penting, setiap peserta harus fasih bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing.
Kemenangan Carol mewakili daerah Papar sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2023 pada sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) pada 31 Mei lepas, sudah dapat dijangka.
Berusia 24 tahun, gadis yang merupakan graduan ekonomi kewangan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu melambangkan jati diri gadis Sabah yang kental dan berilmu.
Ads
Selain berjaya menewaskan 49 peserta lain, Carol yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu turut membawa pulang hadiah wang tunai RM16,000 beserta beberapa hadiah iringan termasuk biasiswa pendidikan dari Universiti Kolej North Borneo.
Nampaknya selebriti dan juga isteri kepada pelakon Fattah Amin menambah portfolio dirinya apabila bergelar penerbit menerusi penubuhan FAZURA Pictures Sdn. Bhd. Membuka lembaran baharu tahun ini dan sempena perasmian butik terbaharu, Nur Fazura dan Fattah Amin telah mengambil kesempatan untuk mengumumkan penubuhan FAZURA Pictures Sdn. Bhd.
“Alhamdullillah, Faz dan Fattah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat mengorak langkah baharu bermula tahun ini melalui penubuhan syarikat produksi kami sendiri. Kami ingin menjadikan syarikat ini sebagai platform untuk kami meneruskan minat dalam berkarya dan memberikan hasil yang baik untuk dikongsikan bersama para peminat. Karya-karya FAZURA Pictures Sdn. Bhd. akan membawa hasil “signature” kami berdua sebagai anak seni”.
Tayangan Perdana dua karya sulung FAZURA Pictures iaitu “Adinda” dan “Kakak Kita ke Jakarta” telah diadakan di TGV Cinema Sunway Putra Mall sempena kempen Hari Raya 2023. Tayangan tersebut turut diserikan dengan pelancaran kejutan koleksi Rampaian Pahang iaitu Baju Kurung Pahang yang telah mendapat sambutan hangat para pembeli suatu ketika dulu.
Kempen video untuk dua koleksi tudung terbaharu iaitu “Adinda” untuk Tudung FAZURA (White Label) dan “Kakak Kita ke Jakarta” untuk Tudung FAZURA (Pink Label) yang ditayangkan kepada para jemputan telah dihasilkan dengan arahan Bahri Umararif. Pengambaran untuk kedua-dua kempen video ini telah dibuat di Cameron Highlands, Pahang dengan kerjasama BOH Plantations Sdn. Bhd. (BOH) serta di Kuala Lumpur dan Jakarta, Indonesia. Baru-baru ini, pengambaran untuk koleksi “Halaman Kasih” Tudung FAZURA telah diadakan di Bali, Indonesia.
Perasmian pembukaan butik terbaharu FAZURA di Sunway Putra Mall di mana ia merupakan butik kedua FAZURA selepas pembukaan butik pertamanya di The Curve Damansara pada tahun lepas. Butik di gedung membeli-belah terkemuka Sunway Putra Mall adalah yang pertama pada tahun 2023 dan ianya akan disusuli dengan pembukaan dua lagi butik FAZURA masing-masing di Ipoh Parade, Ipoh, Perak dan di Aman Central, Alor Setar, Kedah. Setiap butik FAZURA menawarkan rangkaian pelbagai produk dibawah jenama FAZURA terutama Tudung FAZURA yang popular.
Adalah kelaziman unik pada setiap pelancaran rasmi sesuatu koleksi Tudung Fazura diiringi dengan kempen video yang menarik perhatian dan membawa mesej tertentu. Keunikan pendekatan ini adalah sinonim dengan Tudung FAZURA dan menjadi fenomena yang sentiasa dikaitkan dengan jenama tudung terkenal ini. Setiap koleksi mempunyai nama khas dan setiap tudung dalam koleksi juga diberikan nama istimewanya, sesuai dengan corak dan rekaan yang ditawarkan kepada para peminat.
“Merdeka”, “Sinar”, “Kenangan Kita”, “Kakak Kita” dan “Kakak Kita Kembali” adalah antara video kempen koleksi Tudung Fazura yang telah mendapat sambutan popular dan masih boleh ditonton sehingga ke hari ini.
Pada tahun ini juga jenama FAZURA telah menjalinkan kerjasama dengan CelcomDigi dan juga AEON Co. (M) Bhd. membolehkan para peminat mendapatkan barangan jenama FAZURA dengan promosi hebat. Fazura dan Fattah juga akan menjelajah ke lokasi tempatan terpilih di sepanjang bulan Ramadan ini termasuk di KLCC, Ipoh Parade, Aman Central dan di beberapa AEON Mall. Selain itu, para peminat akan terus dapat membeli Tudung Fazura (White Label) secara eksklusif dari Besties FAZURA.
“Alhamdullillah, kami bersyukur kerana banyak program dan kerjasama unik telah disusun untuk para peminat sempena kempen Hari Raya 2023. Kami teruja untuk berkongsi detik-detik istimewa bersama para peminat dan rakan-rakan”, ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja nama Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta, pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini.
Malah, Che Ta pernah tersenarai antara selebriti wanita tercantik tanah air, sememangnya mempunyai aura dan pesona tersendiri. Apatah lagi, dia merupakan Miss Malaysia Intercontinental 1992 yang cukup sinonim dengan kecantikan dan fesyen.
Namun, wanita jelita ini kini sudah berada di usia emas 50-an dan kian matang melalui episod kontroversi dan asam garam dunia seni, Che Ta yang sudah hampir dua dekad bergelar anak seni mengaku fokusnya kini ialah keluarga.
Usahawan Inai Che Ta dan RCW Scarves ini mengakui bahawa dia amat mengutamakan hubungan kekeluargaan dan selesa dikelilingi adik-beradik dan ahli keluarga tersayang.
“Hubungan adik-beradik memang akrab sebab kita tak banyak kawan luar, kita hanya berkawan dengan adik-beradik. Susah senang kami dari kecil, hanya ada adik-beradik je.
“Macam sekarang, I lebih suka keluar dengan adik-beradik stay dan lepak dengan mereka. Macam my mom pun duduk dengan I. Ayu je duduk jauh sedikit dengan kami, lain-lain semua duduk dekat KL. Bila weekend Ayu datang rumah, I akan ajak semua datang rumah makan-makan dan berkumpul.
“Sebab I rasa bila dah berusia ni, I macam nak kecilkan circle kawan. Tengok mana yang kawan makan kawan, kawan yang friend for benefit ke semua tu I nak avoid,” ujarnya.
Tambahnya lagi, meniti usia separuh abad, Che Ta hanya mahu menikmati kehidupan yang lebih tenang dengan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
“Sebab tu kalau tengok, I dah jarang lepak dengan kawan. Sekarang kehidupan I pagi mengaji, lepas Zohor baru pergi office dan balik. Sebelum Maghrib tu dah dekat rumah. Kehidupan I sekarang ni kalau orang mungkin tak nampak I dekat mana-mana, I sebenarnya sangat tenang di rumah.
“Iyalah, kita tua ni kita tak nak apa dah, kita nak kehidupan yang harmoni. Kalau boleh amal ibadat, kita tak nak tinggal. I rasa bila kita duduk dekat rumah just pergi office, I rasa waktu solat tu kita dah tak lambat, kadang-kadang (dulu) tertinggal.
“Bila umur macam ni ketenangan kita banyak di rumah dan dengan adik-adik saja,” luahnya.
Seronok tengok keakraban Che Ta dan adik-beradik. Walau masing-masing dah bekeluarga dan ada bisnes sendiri tetap meluangkan masa untuk berkumpul ramai-ramai. Kalau dah berkumpul, meriah sungguh!
Untuk rekod, Che Ta mendirikan rumah tangga dengan pelakon kacak, Zain Saidin pada 11 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisya Dhia Rana.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Naluri memiliki barang kemas sentiasa bersarang dalam diri wanita kerana mampu menterjemahkan kebahagiaan yang abadi. Malah barang kemas menzahirkan rasa sayang dan cinta yang tidak berbelah-bahagi sama ada barangan kemas diperbuat daripada emas kuning, putih atau batu permata.
Pasangan pemilik jenama barang kemas dan permata terkemuka negara, Datin Sri Zarida Noordin dan Dato’ Sri Meer Sadiq Habib terus komited dan berjaya menempatkan diri kelasnya yang tersendiri dalam industri ini.
Selama hampir 60 tahun Habib Jewels menawarkan emas permata kepada pelanggan sudah tentu mempunyai resipi tersendiri dalam mengekalkan namanya di kalangan peminat barangan kemas.
“Syarikat kami mempunyai warisan dan membina reputasi yang tersendiri. Mencari pelanggan tidak sukar tetapi memiliki pelanggan yang setia merupakan suatu cabaran. Oleh itu membina hubungan dan kepercayaan terhadap pelanggan sangat penting.
Kami sangat menekankan jualan selepas perkhidmatan. Selepas membuat pembelian, pelanggan bebas untuk datang kembali jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati pembelian tersebut.
Apa sahaja yang dipersoalkan pelanggan kami akan cuba menangani dengan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama kita membina kepercayaan di antara syarikat dan pelanggan,” jelas Datin Sri Zarida.
Membawa masuk jenama antarabangsa Pandora ke tanah air merupakan percaturan yang bijak buat pasangan ini. Berjaya menjadi outlet yang pertama di Asia bukan suatu tugas yang mudah.
“Jenama Pandora sudah tidak perlu diperkenalkan lagi ketika kami bermula pada tahun 2010. Saya masih ingat ketika di awal pembukaan dahulu ramai yang teruja apabila akhirnya terdapat sebuah concept store Pandora di Malaysia.
Saya bersyukur kerana segala aturan kami dipermudahkan dengan masa yang tepat dan peluang tapak perniagaan yang sangat strategik. Ini adalah antara faktor kejayaan Pandora dan telah dinobatkan sebagai salah satu francais terbaik Pandora di Asia,” terang Pengarah Urusan Pandora Malaysia & Brunei ini.
Sebagai wanita, mengemudi sebuah syarikat yang terkenal memerlukan komitmen dan ketegasan yang padu. “Sebagai seorang ketua, peranan saya adalah untuk membangunkan team atau pasukan baru yang telah terbina. Saya tidak akan boleh berjaya tanpa sokongan daripada pasukan.
Kami perlu bekerjasama demi mencapai matlamat dalam perniagaan ini. Saya selalu menekankan kepada pasukan saya untuk meletakkan diri sendiri sebagai pelanggan.
Sebagai pelanggan apa yang kita harapkan daripada jurujual dan selalu menggembirakan hati pelanggan. Khidmat pelanggan sangat penting dan saya banyak menganjurkan kursus khidmat pelanggan di kalangan pasukan saya.
Saya tidak pernah meletakkan diri sebagai seorang ketua dan mengamalkan dasar terbuka di kalangan pekerja. Mereka boleh datang berjumpa dengan saya bila-bila masa sahaja dan boleh berbual tentang apa sahaja isu.
Saya tidak mempunyai sebarang hierarki dan menganggap semua pekerja adalah sama. Saya berharap dapat memotivasikan pasukan menjadi seorang yang lebih baik.
Apabila mereka mencapai sasaran secara tidak langsung saya mencapai peranan saya sebagai seorang ketua,” tegas wanita kelahiran Pulau Pinang ini.
Menurut ibu kepada Mirzan, Marissa, dan Mirsham ini, nilai teras yang sering diterapkan dalam diri pasukannya adalah kejujuran dan keikhlasan. Tambah Datin Sri Zarida kedua-dua nilai ini sangat dalam setiap aspek kehidupan.
Satu lagi nilai utama yang dipegang oleh wanita ini adalah setiap orang adalah usahawan. Anggap kerjaya yang diceburi merupakan perniagaan sendiri baharu semua orang boleh berjaya.
Keadaan kewangan global yang tidak menentu turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Pasaran emas juga mengalami pasang dan surut, namun Habib Jewels tetap berdiri kukuh tidak gentar dengan cabaran yang mendatang.
Dato’ Sri Meer yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd berkata, “Barang kemas adalah sesuatu yang diinginkan walaupun berada dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Kalau wanita lebih mahukan perhiasan dan lelaki pula sebagai pelaburan untuk masa depan.
Kami bukan sahaja menjual barang-barang kemas tetapi membuat sendiri barangan kemas tersebut. Kelebihan yang ada pada kami diselaraskan dengan keperluan semasa. Jika harga emas melambung tinggi kami akan membuat rekaan yang menarik tetapi lebih ringan sedikit, begitu juga sebaliknya. Percaturan ini akan membuat orang ramai mampu membeli emas walau dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
Lebih daripada 3 dekad berkecimpung dalam perniagaan emas ini saya boleh kenal pelanggan dari dulu hingga sekarang. Kami juga menyediakan platform yang mudah kepada para pelanggan.
Misalnya setelah membeli emas daripada kami, tiba-tiba mahu menggunakan wang dalam jumlah yang besar dengan segera. Pelanggan boleh berurusan dengan Ar-Rahnu Express milik Habib Jewel sebuah pusat pajak gadai yang berteraskan prinsip Syariah Islam,” jelas Dato’ Sri Meer yang menerajui Habib Group ini.
Dato’ Sri Meer turut menzahirkan rasa bangga apabila Habib Jewels menjadi syarikat barang kemas pertama di Malaysia tersenarai dalam Bursa Saham, pada tahun 1998. Menurutkan tersenarai dalam bursa saham ketika ekonomi sedang gawat adalah cabaran tersebar.
“Jika sebelum tersenarai untung rugi perniagaan ditanggung syarikat sendiri. Tetapi apabila sudah tersenarai saya perlu menjaga pelaburan yang telah dilaburkan oleh orang yang mempercayai kepakaran kita.
Alhamdulillah, saya berjaya mengharungi keadaan yang mencabar itu dan seterusnya melakar nama di papan pertama pasaran Bursa Saham. Pada saya pencapaian ini lebih kepada menunjukkan kepada ibu dan bapa serta membuat mereka merasa bangga kerana mampu melakukan sesuatu yang berbeza selain daripada menjual barang kemas semata-mata,” terang Dato’ Sri Meer.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik perkahwinan Menteri Besar Selangor dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad mencecah usia 21 tahun. Meskipun sudah lebih dua dekad hidup bersama namun kehangatan cinta dan kasih di antara mereka masih mekar.