Melihat gaya hidup mewah Jinkee Pacquiao hari ini pasti membuatkan ramai yang berasa cemburu. Mana tidaknya, selain dilimpahi dengan kesenangan wang ringgit isteri kepada salah seorang senator popular di Filipina yang juga atlet tinju terkemuka dunia ini juga cukup bertuah kerana dikurniakan ‘harta’ paling bernilai iaitu lima orang cahaya mata mereka. Mengintai kehidupan Jinkee, wanita cantik ini memiliki apa yang diimpikan setiap wanita. Kebahagiaan berkeluarga, kaya, ternama dan berjaya!
Namun di sebalik kemewahan yang dinikmati hari ini, Jinkee dan suaminya Manny Pacquiao pernah melalui liku hidup yang sukar. Mereka pernah hidup sengsara kerana selain kerjaya tinju suami yang kurang bersinar, Pacquiao juga dikhabarkan seorang suami yang gemar berfoya-foya, kuat merokok, kaki judi, kaki minum dan suka cari gaduh.
Dek kerana sikap negatif suami, Jinkee pernah terfikir untuk bercerai namun kerana sayangkan ikatan yang telah terbina dia sanggup bersusah-payah membantu membina semula kerjaya suami sehingga berjaya seperti sekarang. Menurut GMA News, pasangan ini kembali menghangatkan hubungan yang kian retak menanti belah dengan menikmati bulan madu kali kedua mereka.
Dan buat pertama kalinya, Jinkee yang juga penerbit filem dan personaliti media Filipina ini hadir menemani suami tercinta ke pusat latihan tinju di Los Angeles. Dari situlah bermulanya perubahan positif Pacquiao hingga melonjakkan namanya selaku ahli tinju terkemuka dunia yang dikecapi hari ini. Berkat sokongan Jinkee dan usaha keras, Pacquiao atau lebih dikenali dengan gelaran PacMan di gelanggang tinju telah dianugerahkan Fighter of the Decade pada 27 Julai 2009.
Ads
Sehingga ke saat ini, Manny Pacquiao tersenarai dalam The 20 Richest Boxers In The World 2019 dan dia menduduki tangga keenam dengan meraih pendapatan setinggi USD190
juta. Memetik laporan Forbes pula Pacquiao antara 2019 The World’s Highest-Paid Athletes Earnings dengan pendapatan berjumlah sekitar USD26 Juta bagi setiap perlawanan yang dimenanginya.
Menurut Post Magazine, ahli tinju berkenaan dilaporkan membeli rumah agam di Beverly Hills bernilai USD12 juta yang dahulunya pernah didiami rapper Sean Combs. Pada 2010 Pacquiao dicalonkan sebagai Philippine House of Representatives dan bergelar Senator pada tahun 2016.
Menerusi perkongsian di Instagram wanita berusia 41 tahun ini, Jinkee turut memperlihatkan gaya hidup mewah dengan berkongsi kediaman mereka yang besar dan eksklusif serta cita rasa fesyennya. Gemar bergaya dengan jenama mahal dari hujung rambut ke hujung kaki… Jinkee turut mempunyai koleksi beg tangan Hermes pelbagai saiz dan jenis.
Ads
Bahkan dia juga merupakan penggemar jenama Christian Dior, Chanel, Louis Vuitton dan banyak lagi. Itu belum lagi kira kasut, jam tangan, baju, cermin mata hitam dan bermacam-macam aksesori lain yang ada dalam simpanannya.
Bukan hanya Jinkee bahkan kelima-lima anak mereka turut mengenakan persalinan mewah dan eksklusif dari label terkemuka. Disebabkan status suami sebagai senator dan antara ahli tinju terkaya di dunia, keluarga ini dikawal dengan beberapa pengawal peribadi yang mengiringi percutian mereka tidak kira di dalam mahupun luar negara.
Ads
Selain mempunyai rumah agam di Filipina, mereka juga dikhabarkan memiliki kediaman elit di Los Angeles.
Sumber: Post Magazine & Forbes / Foto: Instagram Jinkee Pacquiao
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjaga keutuhan perkahwinan terasa lebih berat berbanding perjalanan awal membangun cinta. 31 tahun menyemai kasih sayang, kisah pertemuan selebriti Azah Aziz dengan suaminya Daud Leroy Abdullah pada 14 Februari jadi inspirasi.
Dalam rumah tangga, bukan hanya perasaan harus berbunga tetapi wajib diiringi komitmen dan kompromi yang kuat untuk menjaganya. Lagi-lagi perkahwinan campur. Keserasian harus dicipta.
“Kami bertemu pada 14 Februari 1992. Umur saya ketika itu 19 tahun dan dia 25 tahun.
Ini adalah tahun ke-31 kami bersama. Hari ini (14 Februari) sangat istimewa untuk kami dan akan kekal dalam hati serta jiwa saya hingga selama-lamanya, insyaAllah.
Tiba-tiba rasa ‘jiwang’ pula dah tua-tua ni!” Azah Aziz
ULANG TAHUN KE-28
Sambil berkongsi perjalanan cinta mereka dari muda hingga kini sudah mempunyai tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, Ryan dan Justin, pasangan yang menetap di Montreal, Kanada itu rupa-rupanya baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-28 iaitu pada 7 Januari lalu.
Tumpang bahagia melihat kebahagiaan mereka melayari bahtera perkahwinan dan bertahan kukuh sejak 1992 (berkenalan) hingga ke saat ini. Kesanggupan Azah meninggalkan dunia glamor untuk menemani suaminya bekerja ke serata dunia cetus inspirasi!
Bagi generasi 80-an dan 90-an, nama Azah Aziz yang juga bekas finalis Dewi Remaja tahun 1987/1988 cukup popular menghiasi layar perak sebagai aktres terkenal.
Beliau juga salah seorang model popular di tanah air sebelum mengambil keputusan meninggalkan kerjaya demi mengikut suami tercinta.
“Setiap pasangan ada liku-liku rumah tangga. Tiada yang sempurna, saya juga menempuh pelbagai cabaran sehingga kini 28 tahun bersama.
Tak semudah untuk mengukuhkan, setiap masa ada dugaannya. Semua orang akan merasai dugaan itu, semua terpulang pada diri kita dan pasangan bagaimana untuk menyelesaikannya.
Yang ada masalah rumah tangga tu berbincanglah secara baik. Letak ego masing-masing ke tepi, fikirkan anak-anak, selesaikan dengan tenang. Jadi isteri dan ibu tak semudah yang disangka.
Sebab pada akhirnya nanti, rumah tangga kita adalah tentang diri kita, pasangan kita dan keluarga kita.” Azah Aziz
Gamit nostalgia, senyum sendiri melihat foto-foto daripada album majlis perkahwinan Azah dan Daud circa 1995. Semoga rumah tangga mereka berkekalan bahagia hingga ke Jannah!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahai, cair tengok wajah cantik jelita permaisuri hati Datuk Jamal Abdillah. Keanggunan Datin Zai Izzati Khairuddin lebih terserlah sejak beliau melahirkan cahaya mata pada 10 Oktober lalu. Bayi perempuan comel yang diberi nama Nur Azura Yamani tersebut merupakan cahaya mata pertama Datin Zai dan anak ketiga bagi Datuk Jamal Abdillah.
Datin Zai Izzati yang kini berusia 25 tahun sah bergelar isteri kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak selepas berkenalan selama dua bulan dan berjumpa hanya sekali sebelum bernikah. Inilah yang dinamakan jodoh!
Teruja dengan kehadiran ‘orang baru’ sebagai pelengkap rumah tangga, perjalanan Datin Zai dan Datuk Jamal untuk menimang zuriat ternyata tidak semudah disangka. Agak jarang berkongsi sisi peribadi terutamanya perihal isteri tersayang kepada umum, Datuk Jamal bagaimana pun akur dan mengesahkan berita kehamilan Datin Zai kepada peminat selepas usia kandungan mencecah enam bulan.
Menurut penyanyi yang berasal dari Perak ini, beliau berbuat demikian kerana keadaan isterinya yang sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan mendapatkan rawatan pakar untuk menguatkan rahim.
Baru-baru ini Datuk Jamal dan Datin Zai mengadakan Majlis Akikah Nur Azura Yamani di kediaman mereka di Shah Alam. Selain meraikan kedatangan Nur Azura, difahamkan pada hari yang sama pasangan ini turut meraikan ulang tahun kelahiran anak Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani yang ke-18. Pada majlis berkenaan, Datuk Jamal dan Datin Zai mengenakan busana tradisi sedondon rona krim.
https://www.instagram.com/p/B5Plj0GllKp/
Selain berkongsi wajah terkini puteri comel, Nur Azura Yamani… wajah mulus dan cantik ibunya turut menjadi perhatian dan bualan ramai. Mana tidaknya, walau sudah bergelar ibu, Datin Zai tetap menjaga penampilan diri dan langsing. Untung Datuk Jamal!
Ini merupakan perkahwinan keempat Datuk Jamal Abdillah selepas pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad. Walau jarak usia 35 tahun dengan Datin Zai namun ia bukan halangan buat kedua-duanya melayari perkahwinan bahagia sama seperti suami isteri lain.
Perkahwinan yang diatur keluarga itu juga diterima baik anak-anak lelaki Datuk Jamal iaitu Osama Yamani, 18 tahun hasil pernikahan dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 12 tahun anak dengan isteri ketiganya iaitu Fatimatuzahrah.
Semoga Nur Azura Yamani membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan ibu bapa kelak. Mesti Datuk Jamal teruja dengan kelahiran Nur Azura kerana ia adalah kali pertama beliau menimang cahaya mata perempuan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita mengenai keluarga ternama Bollywood, Bachchan yang dijangkiti Covid-19 nyata mengundang rasa terkejut dalam kalangan peminat. Nampaknya pandemik Covid-19
masih belum reda meskipun terdapat pengurangan kes di beberapa buah negara.
Di India misalnya, sehari selepas aktor popular Abhishek Bachchan dan bapanya, Amitabh Bachchan disahkan positif Covid-19… kini bekas ratu cantik dunia yang juga pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai pula turut dilaporkan dijangkiti virus sama. Aishwarya berusia 46 tahun dikatakan menjalani ujian saringan Covid-19 pada Sabtu bersama ibu mentua, Jaya Bachchan serta beberapa ahli keluarga lain.
Hasil ujian tersebut mendapati bintang filem Mohabbatein ini dan anak perempuannya iaitu Aaradhya berusia lapan tahun positif Covid-19. Namun, Jaya Bachchan bebas daripada jangkitan. Sebelum ini, India Today memaklumkan Abhishek dan ayahnya dijangkiti virus berkenaan selepas kedua-duanya menunjukkan gejala ringan dan menerima rawatan di Hospital Nanavati di Mumbai.
Aishwarya Rai di samping suami, anak & mentua
Perkara itu didedahkan Abhishek dan Amitabh di laman media sosial masing-masing. Susulan penyebaran berita itu semua ahli keluarga dan kakitangan yang berhubung rapat
dengan mereka dipanggil untuk menjalani ujian saringan.
Menerusi perkongsian terbaharu Amitabh di Instagram miliknya, pelakon veteran berusia 77 tahun ini menzahirkan ucapan terima kasih terhadap mereka yang banyak memberi kata-kata semangat. “To them that have expressed their concern, their prayers and their wishes for Abhishek Aishwarya Aaradhya and me .. my unending gratitude and love. I put my hands together and say thank you.”
Memetik laporan The Indian Express, pihak hospital memaklumkan Abhishek dan Amitabh Bachchan mengalami simptom ringan dan kini berada dalam keadaan stabil. Abhishek
dikhabarkan bakal keluar dari hospital tidak lama lagi tetapi masih perlu menjalani tempoh kuarantin di rumah. Pada Sabtu, keempat-empat buah banglo mewah milik keluarga Bachchan iaitu Jalsa, Janak, Praktiksha dan Vatsa telah disanitasi dan proses pembersihan seluruh kawasan terlibat turut dilakukan.
Moga ahli keluarga Bachchan yang diuji dengan jangkitan Covid-19 ini segera sembuh seperti sediakala.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jisoo Blackpink baru saja genap usianya yang ke-30 pada 3 Januari 2025. Walaupun sudah berusia tiga dekad, penampilannya masih menawan dan kelihatan seperti seorang...