Gaya hidup dan cita rasa Azrinaz Mazhar Hakim memang ada kelas tersendiri! Setiap apa yang digayakan pasti meraih perhatian khalayak. Begitu juga dengan kediaman milik bekas personaliti TV ini yang serba mewah dan luas bak istana!
Tidak ketinggalan mengucapkan salam lebaran buat peminat di media sosial, Azrinaz turut berkongsi persalinan indahnya di samping keluarga tersayang pada 1 Syawal.
Tampil sedondon bersama anak dan suami, tidak dinafikan Azrinaz kelihatan cukup anggun berbusana indah royal blue. Begitu juga suami tercinta yang segak berbaju Melayu rona sama.
Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji momen bahagia Azrinaz sekeluarga. Bahkan jelitawan ini juga mesra dan rajin melayan followers tersayang.
Ads
Selain Azrinaz dan pasangan, telatah comel dua puteri kesayangannya juga menarik tumpuan. Kian meningkat usia dan ceria, baju raya mereka tidak kurang menarik dan eksklusif!
Walau masih kecil, bijak bergaya seperti ibu tersayang. Memang stylo dan rekaan unik di bahagian lengan serta diperincikan dengan manik!
Ads
Ucap Azrinaz, “1 Syawal. Selamat Hari Raya from our lil family to yours. Minalaidilwalfaizin. Maaf Zahir & Batin.”
Pada 1 Mei 2018, Azrinaz sah bergelar isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medina.
Sebelum ini Azrinaz menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan penyanyi Selena Gomez yang cukup terkenal dalam industri seni hiburan Hollywood. Selain berbakar besar dalam menyanyi, Selena Gomez juga tidak kurang hebatnya dalam lakonan.
Manakan tidaknya, watak yang dibawanya menerusi siri tv Only Murder In The Building mendapat perhatian pemerhari industri Hollywood sehinggakan pertama kali tercalon pada anugerah Golden Globes baru-baru in untuk kategori pelakon wanita komedi/muzikal terbaik.
Namun baru-baru ini, kehadiran bintang berusia 30 tahun ke majlis anugerah tersebut menyebabkan dirinya dikecam rata-rata netizen dek kerana berat badannya yang semakin berisi.
Yang menariknya, langsung tidak terkesan dengan ejekan ‘body-shaming’ netizen, Selena membalas komen-komen tersebut dengan mengatakan bahawa dia sedang bergembira dan menikmatik kehidupan ketika musim bercuti baru-baru ini.
Malah ini bukan kali pertama Selena menerima komen body-shaming sebegitu. Malah Selena menjelaskan tidak pernah ambil pusing dengan komen orang sekeliling yang akan mengkritik penampilannya di mana-mana acara.
Selena tampil menjelaskan perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik selepas tamat cara berkenaan. Semasa acara karpet merah dia berjalan bersama adiknya Gracie Elliot Teefey dan dia menyarung persalinan mewah dari Velentino.
NONA sememangnya tidak menyokong sebarang komen yang berbaur kecaman dan penghinaan terhadap keadaan dan tubuh badan seseorang. Semua orang dilahirkan sempurna kerana kita semua ciptaan Tuhan yang satu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ternyata, Priyanka Chopra Jonas bukan calang-calang wanita! Tak hanya dikurniakan raut wajah cantik dia juga berjaya melakar pelbagai kejayaan. Dibesarkan dalam keluarga kelas pertengahan yang mengamalkan adat dan budaya masyarakat India yang kuat, Priyanka yang kini berusia 41 tahun semakin mencipta nama dalam industri seni Hollywood!
Priyanka merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Dr Ashok Chopra dan Dr Madhu Chopra. Kedua-dua ibu bapanya berkhidmat sebagai doktor dalam angkatan tentera India dan mereka sering berpindah. Selebriti ternama ini turut mempunyai seorang adik lelaki iaitu Siddharth Chopra.
Hubungan Priyanka dengan bapa tersayang sangat akrab dan aktres ini sentiasa menjadikan bapanya sebagai inspirasi dalam kehidupan. Bagaimana pun, Dr Ashok meninggal dunia pada tahun 2013 akibat kanser.
Keakraban anak dan bapa ini dibuktikan dalam salah satu perkongsian Priyanka di Instagram miliknya ketika masih kecil dengan memakai pakaian seragam tentera bapa
tersayang.
“Waktu kecil saya suka pakai baju seragam tentera milik bapa. Saya mahu jadi sepertinya. Dia adalah idola saya. Bapa jugalah yang mendedahkan saya dengan dunia lasak.
Walau masih kecil, saya suka meneroka perkara baru dan buat sesuatu yang belum pernah saya cuba atau orang lain buat. Sebab saya sentiasa mahu jadi yang pertama.”
Menurut laporan Insider, bintang filem Baywatch ini pernah bersekolah Amerika Syarikat dan Army School, Bareilly di India. Ketika bersekolah di Boston, Priyanka mengaku sering dibuli kerana berketurunan India.
Ibunya, Dr Madhu Chopra turut mendedahkan sewaktu kecil Priyanka gemar mengenakan penampilan tomboy namun bertukar menjadi gadis cantik yang menjadi buruan apabila meningkat dewasa.
Difahamkan sebelum memenangi pertandingan Miss World 2020, Priyanka menyimpan cita-cita untuk menjadi jurutera aeronautik NASA.
Bagaimana pun impian itu terkandas dan sejak bergelar ratu cantik, jelitawan ini serius menceburi industri seni Bollywood sehingga meraih pelbagai anugerah. Bahkan sehingga ke hari ini, Priyanka merupakan antara selebriti India yang mendapat bayaran paling mahal!
Kini Priyanka merupakan isteri Nick Jonas dan mereka mempunyai seorang anak perempuan comel diberi nama Malti Marie Chopra. Malti dalam bahasa Sanskrit membawa maksud ‘bunga kecil yang harum’ atau ‘cahaya bulan’.
Pasangan popular tersebut berkahwin pada 1 Disember 2018 dan umum berita kelahiran bayi mereka yang diperoleh menerusi kaedah ibu tumpang pada tahun lalu.
Pada tahun 2016, Priyanka mencipta satu lagi sejarah dalam hidupnya apabila terpilih menerima penganugerahan pingat keempat tertinggi sebagai rakyat India iaitu Padma Shri.
Malah dalam temubual bersama Times, Priyanka memaklumkan dia enggan digelar pelakon atau bintang terkenal sebaliknya mahu mempunyai legasi sendiri dan tidak dilabel stereotaip.
Dia mahu melakukan sesuatu yang baru dan meninggalkan impak besar kepada masyarakat.
Rentetan kejayaan cemerlangnya sebagai rakyat India, Priyanka dilantik sebagai India UNICEF Goodwill Ambassador yang berperanan memperkasa hak kanak-kanak pada tahun
2010.
Priyanka turut menerbitkan buku pertamanya ‘Unfinished’ yang menceritakan kisah hidup dan perjalanan karier dari dulu hingga sekarang.
Walau sudah lebih 20 tahun berlalu namun aura dan wajah cantik Kristine Hermosa dalam drama popular Filipina, Pangako Sa’yo masih terpahat kemas di hati peminat hingga ke hari ini. Pernah mencipta fenomena di Malaysia menerusi rantaian drama bersiri tersebut, Kristine kembali digandingkan bersama aktor utama Pangako Sa’yo iaitu Jericho Rosales menerusi Sanay Wala Nang Wakas sekitar tahun 2003.
Khabarnya kerana kerap bertemu di set penggambaran, Kristine dan Jericho pernah menjalin hubungan cinta.
Kristine yang bakal meniti usia 38 tahun pada 9 September nanti menikmati hidup bahagia di samping keluarga tersayang. Tidak hanya dikurniakan seorang suami yang romantik dan penyayang, Kristine cukup bertuah kerana turut mempunyai empat cahaya mata yang comel dan bijak!
Lebih istimewa, aktres yang dilahirkan di Masbate, Filipina ini selamat melahirkan anak kelima pada 3 Ogos lepas.
Berita gembira tersebut dikongsikan Kristine di media sosial miliknya 5 Ogos lalu sambil memuat naik gambar di dewan bedah sambil ditemani suami tercinta, Oyo Sotto.
Sudah pun mengetahui jantina bayi sejak membuat pendedahan kepada peminat sekitar bulan Mac, nampaknya hasrat anak sulung perempuan Kristine untuk mempunyai adik perempuan tidak kesampaian kerana keluarga besar ini dikurniakan bayi lelaki yang diberi nama Vittorio Isaac.
“To our new born Vittorio Isaac, you are a beautiful blessing and another reminder of His faithfulness. You are a miracle. Your siblings adore and love you.”
Kristine dan Oyo Sotto berkahwin pada Januari 2011 selepas lebih setahun bercinta. Pasangan ini juga dikatakan mula berkenalan pada tahun 2004 ketika sama-sama menjayakan drama ‘Enteng Kabisote’. Oyo merupakan anak kepada pelakon komedi veteran Filipina, Vic Sotto.
Sebelum berkahwin, Kristine dan Oyo nekad mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkat mereka yang diberi nama Kristian Daniel Sotto yang kini berusia 13 tahun. Mereka kemudian menerima kehadiran anak kandung sulung, Ondrea Bliss Sotto pada tahun 2011.
Tiga tahun berikutnya, Kristine melahirkan Kaleb Hanns Sotto dan Marvic Valentin Sotto II pada tahun 2016.
Ini merupakan perkahwinan kedua Kristine. Terdahulu, Kristine pernah berkahwin dengan Diether Ocampo namun bercerai pada tahun 2009.
Pemilik nama Kristine Hermosa Orille-Sotto ini mula bergelar anak seni sejak tahun 2000 dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Difahamkan Kristine mewarisi kecantikan ibu tersayang yang mempunyai darah kacukan Sepanyol sementara bapanya pula berketurunan Filipina – Cina.
Sumber: News ABN CBN
Kredit foto: Instagram Kristine Hermosa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sofea Shra curi perhatian apabila memakaikan Huda Kattan Baju Kebaya dalam acara eksklusif Huda Beauty sehingga busana tradisional Malaysia dipuji elegan dan eksklusif.