
Setiap kali kedatangan Syawal ramai yang mula memuat turun gambar raya sekeluarga. Selebriti juga tidak ketingglan untuk memuat turun gambar keluarga bersama. Kali ini kita cuba mengintai bagaimana sambutan raya yang disambut oleh selebriti yang bergelar Datuk dan Datin beraya dalam suasana Norma Baharu.
Golongan selebriti adalah di antara yang paling peka dengan perkembangan fesyen. Namun, ketika hari raya semua sepakat untuk menggayakan pakaian kebangsaan iaitu baju kurung. Tidak kira baju kurung pesak atau baju kurung moden semua cantik dengan pilihan gaya dan rona masing-masing.
DATUK SERI SITI NURHALIZA TARUDIN


DATUK SHEILA MAJID


DATUK SYAFINAZ SELAMAT


DATUK ZIELA JALIL


DATIN SERI ZIZIE IZETTE


DATIN PADUKA EINA AZMAN


DATIN FOUZIAH GOUS


DATIN DIANA DANIELLE


DATIN DIYANA HALIK


DATIN ELVINA MOHAMAD


DATIN ALMY NADIA

DATIN AZRENE AHMAD


DATIN NIENA BAHARUN


Butang Baju Melayu Je RM11 Ribu, Jofliam Tak Sangka Beli Butang Baju Bertatah Berlian Asli!

Tak hairanlah pasangan muda berjaya seperti Jofliam dan Cik Epal selalu meraih tumpuan ramai khususnya warga maya. Di sebalik kejayaan dan kemurahan hati mereka berkongsi rezeki dengan insan memerlukan, gaya hidup mewah usahawan ini terutamanya ketika berbelanja juga tidak terlepas daripada perhatian masyarakat.
Baru-baru ini bersempena ketibaan Syawal, Jofliam dan Cik Epal menerusi IG Stories berkongsi pembelian kelengkapan seperti pinggan mangkuk, bekas kuih raya, alas meja dan sebagainya bersama followers setia.
Ternyata perkongsian mereka mengundang pelbagai reaksi dan rasa teruja para followers.


Lebih-lebih lagi apabila suami usahawan yang juga blogger terkenal Cik Epal ini membeli set butang Baju Melayu mencecah harga RM11,000!
Difahamkan, lima biji butang baju tersebut diperbuat daripada berlian asli. Malah Jofliam turut berkongsi beberapa koleksi butang baju bertatah berlian yang terdapat di butik yang dikunjunginya itu sehingga ada yang bernilai RM118,000!
Bapa kepada dua anak ini turut memberitahu pemilik butik berlian di Bangsar, Kuala Lumpur berkenaan rupa-rupanya jiran mereka.
Usahawan butik berlian yang dikenali sebagai Qasim dilihat menghantar sendiri barang mewah tersebut ke rumah pelanggan. Ujarnya, butang Baju Melayu yang dibeli Jofliam ialah berlian full cut dan daripada berlian jenis Topaz.





Selain pembelian Jofliam, koleksi pinggan mangkuk yang dibeli isterinya juga tidak kurang besar nilainya iaitu lebih RM5,000.
Malah Cik Epal turut berkesempatan membeli coklat premium jenama Patchi sebanyak 2 kilogram untuk dihidangkan kepada para tetamu yang berkunjung ke rumahnya pada Hari Raya nanti.
Daripada perkongsian Cik Epal, harga coklat tersebut bernilai lebih RM1,000. Kaya betul!


Sering berbelanja besar untuk keperluan seisi keluarga, Jofliam dan Cik Epal bagaimana pun tidak lokek berkongsi rezeki dengan masyarakat.
Terdahulu, kisah suami isteri berjiwa pemurah ini viral kerana pernah memberi set coklat premium Godiva kepada jiran-jiran tetangga dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir pada tahun 2021 selain mengagihkan pizza wagyu air tangan mereka secara percuma buat mangsa terlibat.
Bahaya, Kenali 5 Punca Mata Jadi KABUR & Disertai SAKIT KEPALA!

Sakit kepala dan mata menjadi kabur sering terjadi serentak. Ia dikatakan ada kaitan antara visual mata dengan sistem organ badan yang lain. Selain berpunca daripada penyakit mata, keadaan ini juga disebabkan oleh berbagai-bagai keadaan kesihatan.
Cara rawatannya juga berbeza-beza bergantung kepada punca. Jika anda pernah mengalami sakit kepala disertai dengan pandangan kabur, semak 5 punca di bawah. Mungkin anda mengalami salah satu daripadanya.
TEKANAN DARAH RENDAH
Tekanan darah dikatakan rendah jika angkanya menurun di bawah 90/60 mmHg. Punca tekanan darah rendah atau hipotensi antaranya dehidrasi, masalah kesihatan jantung, kekurangan vitamin B12 serta pendarahan. Tekanan darah rendah mengakibatkan berbagai-bagai gejala bermula dengan sakit kepala, pandangan kabur, mual, konsentrasi menurun dan pengsan.
MIGRAIN
Migrain terjadi di salah satu sisi kepala yang mempunyai gejala berbeza bergantung kepada tahapnya. Ketika serangan sakit kepala memuncak, pandangan boleh menjadi kabur. Gejala lain ialah kurang nafsu makan dan meningkatnya sensitiviti terhadap cahaya, suara atau bau.
Migrain dipengaruhi oleh makanan tinggi kandungan garam termasuk MSG, minuman beralkohol dan berkafein, stres, kesan perubatan serta perubahan pola tidur. Bukan saja migrain, apa jua keadaan yang mengurangkan aliran darah ke otak contohnya kecederaan boleh menyebabkan terjadinya sakit kepala dan pandangan kabur.
GLAUKOMA
Penyakit mata yang berpunca daripada kerosakan saraf optik. Dua jenis glaukoma paling umum iaitu sudut terbuka primer dan sudut tertutup akut. Glaukoma sudut terbuka primer jarang menunjukkan gejala namun pandangan mata tiba-tiba menjadi sempit. Glaukoma sudut tertutup akut pula boleh menjadi penyebab pandangan kabur, pening, sakit kepala, mual dan muntah.
GANGGUAN MATA LAIN
Individu yang rabun jauh atau dekat juga boleh mengalaminya, lebih-lebih lagi jika ukuran kaca mata yang digunakan tidak sesuai dengan keadaan matanya. Katarak juga boleh menjadi penyebab malah perubahan mata berkaitan dengan kehamilan boleh mengganggu penglihatan dan sakit kepala. Pun begitu, tidak semua keadaan ini menandakan masalah yang terlalu serius. Bertemulah dengan doktor jika ia terjadi secara tiba-tiba.
KEADAAN SARAF DAN PEMBULUH DARAH
Berbagai keadaan saraf dan pembuluh darah boleh mengakibatkan pandangan kabur dan sakit kepala. Kecederaan kepala, strok atau pecahnya pembuluh darah di otak, jangkitan pada otak dan saraf sekitar otak serta tumor juga boleh menjadi penyebab.
Akibat Kufur Nikmat, Kemewahannya Ditarik SEKELIP MATA! Kisah Wanita Kaya Ini Cukup Menginsafkan

Datin Azie, pemilik butik pengantin tersohor di Kota Bharu. Perniagaan yang dimilikinya hasil daripada titik peluh dia dan arwah ibunya. Dari butik yang hanya beroperasi dari rumah 30 tahun lalu kini dia memiliki butik sendiri.
Sebut sahaja namanya, orang sudah tahu di mana butik pengantinnya berdiri megah. Pendek kata, ceritera Datin Azie cukup membanggakan tetapi penghormatan terhadapnya tidak pernah datang dari penduduk kampung.
Kata orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Berbeza dengan Datin Azie yang sentiasa mendongak langit. Dia tidak bercampur dengan penduduk kampung, jauh sekali menghadiri majlis keraian yang diadakan.
Rumah umpama syurga baginya, tidak perlu dia menjengah ke laur lagi kerana segala-galanya ada. Pulang dari butik, dia mengunci pintu di dalam ‘istana hinggap’ yang dibina hasil titik peluhnya.
“Kenapa ada orang tua depan rumah ni?” bisik hati Datin Azie suatu hari. Dari jendela bilik tidur kelihatan seorang wanita berpakaian lusuh mundar mandir di hadapan rumahnya.
“Ima, cuba pergi jenguk siapa di muka pintu. Menakutkanlah!” diarahkan pembantu rumah melihat tetamu yang tidak diundang itu.
Rupa-rupanya, ibu saudara Datin Azie datang menyinggah. Wajah pucatnya bagai mengunci perasaan yang lama terpendam. Kehadiran Mek Na ada hajat. Hujan yang turun lebat hampir seminggu lamanya ini telah menenggelamkan keseluruhan rumahnya. Dia ke situ dengan menumpang kenderaan sukarelawan yang datang membantu mangsa banjir.
“Sejak bila Mek ingat akan saudara mara ni? Selama ini tak pernah pun bertanya khabar tiba-tiba muncul depan rumah saya. Mek nak apa?” kasar bunyi perbualan Datin Azie. Barangkali dia lupa adab berbahasa.
“Mek minta maaf kerana selama ini Mek tak pernah telefon Azie. Tapi Mek ada suruh budak-budak ni telefon tapi tak dapat. Azie tukar nombor telefon ke?” lembut balas Mek Na.
“Mek minta maaf la Azie. Sungguh Mek rasa bersalah. Mek datang ni sebab Mek nak tumpang tidur sini. Rumah Mek nak tak ada apa-apa lagi. Hanya tangga kayu yang ada. Anak-anak semua ada di sekolah, tempat tinggal untuk mangsa banjir. Mek minta tumpang orang datang sini sebab Mek nak minta bantuan Azie. Mek nak tinggal sini. Mek dah tak ada siapa-siapa lagi. Rumah Mek hanya tinggal tangga. Pakcik Kadir pula hanyut dibawa arus.”
Gugur air mata Mek tidak dapat tertahan lagi. Tubuh Mek yang kurus menampakkan urat tangan yang ketara tatkala tangan itu mengusap air mata yang mengalir. Rumah pusaka milik keluarga hanya tinggal rangka. Haiwan ternakan semuanya musnah. Selama dua hari dia tidur di perhentian bas kerana terperangkap. Hanya doa dan selawat menjadi ‘makanan dan minuman’ untuk menempuh hari-hari sebelum dia diselamatkan sukarelawan. Hanya kasih Azie diharapkannya kini.
“Hari ni Mek tidur la sini. Esok saya kerja. Saya hantar Mek ke pusat mangsa banjir semula. Susah kalau Mek tinggal sini. Banyak hal lagi saya perlu selesaikan.” Bongkak suara Azie membuatkan Mek tergamam. Tidak sangka sikap Azie begitu angkuh. Namun Mek akur. Dia kembali ke sekolah, pusat mangsa banjir dan terus menadah tangan memohon bantuan Yang Maha Esa.
Selang tiga hari selepas itu, seluruh Kota Bharu ditenggelami banjir. Azie bukan sahaja kehilangan harta benda malah anak-anak yang berada di Kuala Lumpur senyap tanpa berita. Berkali-kali dia cuba hubungi mereka tetapi gagal. Dia kini berada di salah sebuah penempatan banjir. Dia banyak memencilkan diri. Hanya khemah yang diberikan mendapat ‘mandat’ sebagai syurga barunya.
“Hello Azman. Mama ni. Kenapa Man tak angkat call Mama? Man boleh ambil Mama kat sini tak?” suara Azie tersekat-sekat, menahan sebak.
“Sana banjir teruk kan Mama. Susahlah Man nak ambil. Jalan tutup sana sini. Abang dan kakak pun kata susah nak jemput Mama. Mama ok kan tinggal di penempatan banjir tu? Ma, sempat selamatkan apa-apa dari rumah?” tanya Azman.
“Tak nak. Mama cuma selamatkan diri. Air naik terlalu cepat. Butik Mama pun hanya nampak bumbung je!” makin rancak deraian air mata Azie jatuh ke bumi. “Mama tak suka duduk di sini Man. Man carilah jalan jemput Mama…”
“Man keluarkan semua duit Mama dalam bank ya. Kad ATM Mama ada pada Man. Man rugi teruk dalam business ni Mama. I’m so sorry Mama. Thank you.” Talian diputuskan. Azie cuba hubungi Azman semula tetapi gagal.
Kemusnahan banjir yang menenggelami sebahagian besar Pantai Timur sudah mula surut namun kerosakan teruk bagai sukar dibaiki lagi. Sehingga kini, tidak ada seorang pun anak-anaknya cuba menghubungi Azie. Dia sedar, dia sedang menerima hukuman dari Allah.
Sejak Azman dan adik-beradik lain masih kecil, Azie tidak pernah ada bersama mereka. Arwah suami Azie iaitu Datuk Husin yang menjaga anak-anak.
“Kalau bukan kerana duit saya, awak tidak berpangkat seperti sekarang. Sebagai balasan, awak ambil alih tanggungjawab saya di rumah. Jangan biar anak-anak minta satu sen dari saya kerana sebagai suami, awaklah pemberi duit kepada mereka. saya tidak halalkan satu sen pun duit saya untuk kegunaan rumah dan anak-anak. Kalau isteri tidak halalkan, maka awak tidak berhak ke atas duit pencarian saya.”
Nah! Itulah pembalasan yang Allah berikan kepada Azie. Dia berdiri tegak di hadapan rumahnya yang rosak teruk. Dia keseorangan. Di tepi tembok rumah, Azie bersimpuh. Dia hilang segala-galanya. Entah apa yang akan berlaku kepadanya selepas ini. KR