Naelofar melangkah setapak lagi ke hadapan apabila jenama yang cukup sinonim dengan fesyen muslimah popular di Malaysia ini menghasilkan rekaan sulung busana eksklusifnya di Madinat Arena, Dubai awal November lalu.
Ads
Ia adalah sempena penganjuran edisi kedua Swarovski’s Sparkling Couture: Infinity Exhibition yang turut menghimpunkan lebih 40 busana mewah melibatkan 50 orang pereka fesyen dari 17 buah negara di serata dunia.
Ads
Antara label antarabangsa yang tersenarai dalam pameran berprestij ini termasuk Zumorrod, Al Qattan dan Rizwan.
Ads
Bertemakan lima konsep rekaan merangkumi perkahwinan, etnik, persalinan gaun petang dan modest wear di samping garapan perhiasan serta aksesori yang bertahtakan butiran kristal Swarovski, rekaan unik Salacia menterjemahkan inspirasi busana Naelofar yang berasaskan rona-rona lautan.
Dengan penyertaan Naelofar dalam pameran bertaraf antarabangsa berkenaan pastinya membuka peluang lebih besar buat pengusaha industri muslimah ini menembusi pasaran dunia. Sekali gus melakar lebih banyak kejayaan dalam arena fesyen global.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat julung kalinya, HABIB, jenama barangan kemas tempatan tampil dengan kelainan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan lagu dan video muzik raya khas bertajuk, ‘Irama Aidilfitri’.
Lebih istimewa, HABIB merupakan jenama barangan kemas pertama di Malaysia menghasilkan sebuah lagu dan video muzik raya. Majlis pelancaran lagu dan video muzik di Hotel EQ baru-baru ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib bersama Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin.
Majlis ini turut dimeriahkan oleh selebriti terkemuka tanah air seperti, Ning Baizura, Awi Rafael, Ismail Izzani, Bunga Isme dan ramai lagi. Penggubahan lagu dan video muzik raya ini bertujuan untuk membangkitkan emosi nostalgia raya dengan suasana yang meriah di samping orang yang tersayang. Lagu ini di harap dapat mengubati rindu kampung halaman terutamanya bagi mereka yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun lalu dan tahun ini.
Mengetengahkan tema kempen raya ‘modern retro’ dengan elemen warna-warni, melambangkan keceriaan sambutan Aidilfitri. Penggambaran video muzik diadakan di rumah tradisional yang mempunyai elemen retro selaras dengan tema. Tema ini juga konsisten dengan risalah, wafer emas dan juga sampul raya HABIB tahun ini. Lagu ‘Irama Aidilfitri’ HABIB digubah oleh komposer dan penyanyi terkenal, Awi Rafael yang juga terlibat dalam penghasilan video muzik ini.
Lagu dan video muzik ini menggabungkan barisan penyanyi tempatan: Ning Baizura – penyanyi ‘soul’ tanahair yang terkemuka; Ismail Izzani – pelakon, penyanyi, penulis lagu; Tiz Zaqyah – pelakon yang terkenal; Julia Farhana Marin – pelakon dan penyanyi; Bunga Isme – pelakon dan penyanyi rap. Penyanyi-penyanyi muda di bawah naungan Newsantara turut terlibat.
Penampilan khas Rozita Che Wan dalam video muzik sebagai duta kempen raya HABIB dan juga Echa dan Naailah, hos LIVE HABIB turut meriahkan video muzik ini. Lagu dan video muzik ini adalah hasil kolaborasi HABIB dengan syarikat tempatan Newsantara. Pengasas Newsantara, Alfian Basir dan Awi Rafael, yang giat mengasah bakat anak-anak seni tanah air. Kolaborasi ini merupakan sesuatu yang sangat istimewa dan unik. HABIB dan Newsantara adalah dua industri yang berbeza tetapi terdapat persamaan yang ketara. Kedua-dua menitikberatkan karya seni kreatif.
Kolaborasi ini juga adalah tanda penghargaan dan sokongan terhadap industri seni tempatan selaras dengan slogan #sokonglokal HABIB. Sinonim dengan slogan HABIB, ‘The Gift of Happiness’, sudah pasti ramai yang tahu, pelanggan selalunya membeli barangan kemas sempena dengan sesuatu yang istimewa, seperti; pertunangan, perkhahwinan, hari jadi dan sebagainya dimana ia membawa kebahagiaan kepada seseorang.
Persamaan ini selaras dengan penghasilan muzik yang turut dapat membangkitkan emosi kepada penggemar muzik. Maka, persamaan ketara ini mendorong HABIB untuk menerbitkan muzik dan video muzik raya pada tahun ini.
Sewaktu majlis pelancaran, para penyanyi dan selebriti mempersembahkan ‘Irama Aidilfitri’ secara LIVE dan memadankan koleksi eksklusif Raya HABIB yang terdiri daripada HABIB Oro Italia 916, berlian dan batu permata.
Koleksi ‘Grande’ HABIB Oro Italia 916 yang dipakai Che Ta pada tahun lepas mendapat sambutan yang sangat hangat. Oleh itu, tahun ini HABIB mengeluarkan koleksi baru yang dinamakan ‘Ananas’ iaitu versi ‘Grande’ yang telah diperbaharui.
Koleksi berlian pula tampil dengan pelbagai rantai panjang dan loket besar dengan motif bunga-bungaan serta set gelang tangan dan cincin.
Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 27 April 2021. Video muzik ‘Irama Aidilfitri’ boleh ditonton di saluran Youtube Habib Jewels bermula 27 April 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hujung minggu lalu, Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra dan isteri, Yang Bahagia Che Puan Sofie Louise Johansson berkenan berangkat ke Jajahan Tumpat, Kelantan.
Anggun dan segak mengenakan persalinan sedondon rona krim, keberangkatan tiba baginda dimulai di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Tumpat dan disambut Ketua Jajahan dan isteri, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II dan isteri, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO Kelantan, Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Kelantan dan isteri, Pengelola Istana D’Raja Kelantan dan isteri, pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.
Sebelum membuat lawatan seterusnya, baginda tuanku dan isteri turut diberi taklimat ringkas berkaitan perkembangan dan situasi semasa di Jajahan Tumpat oleh Ketua Jajahan, Timbalan Ketua Polis Tumpat dan Timbalan Pengarah Hospital Tumpat. Dalam pada itu, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra juga diraikan dengan Santapan Tengahari.
Usai bersantap, baginda tuanku berkenan berangkat ke kediaman Syazwan Najmi iaitu salah seorang rakyat Kelantan berusia 23 tahun yang menetap di Kampung Pak Keral, Tumpat. Kehidupan pemuda ini telah menarik perhatian baginda selepas kisah kematian isteri tercinta, Siti Nur Nasuha Safie kira-kira lima bulan lalu kerana mengalami komplikasi jangkitan kuman ketika melahirkan anak perempuan kembar pada 31 Mac lepas.
Difahamkan Syazwan menamakan bayi kembar mereka Medina Safiya dan Medina Sofiya sempena menunaikan hasrat arwah isterinya yang mahukan nama tersebut.
Namun, paling menarik perhatian rakyat adalah penampilan Che Puan Sofie yang sopan berbaju tradisi sambil duduk bersimpuh di atas lantai. Meskipun baru mendalami budaya masyarakat Melayu tetapi Che Puan Sofie yang dilahirkan di Sweden kelihatan tidak kekok berbuat demikian dan manis berselendang.
Berpeluang mendukung kedua-dua bayi comel ini, Dr Tengku Muhammad Fa-iz dan Che Puan Sofie turut menzahirkan kesedihan atas pemergian Siti Nur Nasuha di samping menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan agar roh isteri Syazwan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beramal soleh. Sebelum berangkat pulang, baginda berdua berkenan meneruskan lawatan ke kilang memproses serunding di Tumpat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meraikan ulang tahun GUESS Watches ke-40, jenama jam tangan fesyen terkemuka ini terus unggul dengan mengembalikan nostalgia melalui 4 trend jam ikonik yang meninggalkan kesan mendalam buat pencintanya.
Dilahirkan pada tahun 1984, generasi zaman millennial tentu sangat mengenali jenama jam tangan GUESS yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu.
Cukup terkenal di seluruh dunia, jenama ini dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-40 sebagai perintis unggul dalam revolusi jam tangan fesyen yang timeless!
Jam dengan ‘jiwa’ tersendiri. Bagi pencinta jam GUESS, ia bukan sekadar alat penunjuk masa semata-mata tetapi simbol aksesori bergaya yang ikonik.
Sepanjang 40 tahun lalu, terdapat beberapa trend yang dipelopori oleh GUESS Watches dan masih relevan sampai ke saat ini.
CETAKAN HAIWAN
DENIM
LOGO
GLAMOR
Masih ingat lagi koleksi jam GUESS cetakan harimau yang berani? Atau koleksi tali jam denim yang lasak untuk penggemar punk rock dan koleksi motif logo G yang ikonik? Paling manis, koleksi jam dengan tatahan batu-batuan mewah yang glamor seperti mengimbau kenangan membesar bersama yang sukar dilupakan!
“GUESS Watches lebih daripada sekadar jam tangan – ia adalah satu kenyataan gaya dan keperibadian. Sempena ulang tahun ke-40, kami berbangga untuk mengembalikan semula trend-trend ikonik yang telah mentakrifkan jenama jam GUESS dan memberi inspirasi kepada generasi peminat fesyen,” ujar Naib Presiden Pemasaran Global GUESS Watches, Ann Marie Santo.
KOLEKSI KAPSUL
Menggabungkan reka bentuk terkini dan kejuruteraan yang tepat, jam tangan ini mewakili kemuncak kesenian horologi.
Dengan setiap koleksi, GUESS Watches mengajak pemakainya untuk mengekspresikan gaya unik mereka serta memberi keyakinan diri di mana-mana sahaja.
Koleksi Kapsul Edisi Khas Ulang Tahun ke-40 yang dinanti-nantikan ini akan dilancarkan secara rasmi pada musim luruh 2024.
Memperkenalkan semula siluet signature yang dinamakan ‘ICONIC 40th’, ia direka khas dengan ciri multi-fungsi yang dinamik sebagai penyata masa yang bergaya.
Case logam kitar semula menyerlahkan inovasi pelapisan unik dengan tatahan batu, manakala dial embossed diperincikan dengan butiran simbolik halus pada angka jam 4 sebagai tanda ulang tahun penting ini.
Paling berharga, bahagian belakang jam diukir khas dengan rona merah ikonik bagi memperingati ulang tahun ke-40 keunggulan GUESS Watches.
Koleksi edisi khas ini ditawarkan bersama kotak eksklusif, cukup sesuai dijadikan koleksi simpanan termanis untuk setiap peminat jam tangan.
Abadikan koleksi Kapsul Edisi Khas Ulang Tahun ini sekarang, kini boleh didapati di butik GUESS terpilih, pengedar sah jam GUESS di seluruh negara serta secara online di GUESS.my.
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.