Mesti ramai masih ingat filem Mira Edora yang mencipta fenomena apabila mula ditayangkan awal tahun 90-an dengan barisan pelakon hebat iaitu Julia Rais, Noorkumalasari, Mustapha Kamal dan Azhar Sulaiman. Filem ini juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi filem adaptasi novel pertama di Malaysia hasil karya penulis novel terkenal, Khadijah Hashim.

IKLAN
Genap 32 Tahun Fenomena Filem Mira Edora, DATIN SOFEA JANE Imbau Penglibatannya
Foto: Instagram @fendisani
Genap 32 Tahun Fenomena Filem Mira Edora, DATIN SOFEA JANE Imbau Penglibatannya
Foto: Instagram @melissa.saila.by.oil.means

Filem sulung arahan Zulkifli M Osman ini sehingga kini dikenang dan menjadi bualan dengan dialog “I’m talking to you Mira!” yang diucapkan oleh Noor Kumalasari, melakonkan watak sebagai ibu kepada Mira Edora, lakonan mantap Julia Rais. Aktres, Datin Sofea Jane turut membuat penampilan pertama dalam filem ini dengan membawa watak sebagai Azizah, merupakan kawan kepada Mira Edora.

Genap 32 Tahun Fenomena Filem Mira Edora, DATIN SOFEA JANE Imbau Penglibatannya
Foto: Instagram @melissa.saila.by.oil.means
Genap 32 Tahun Fenomena Filem Mira Edora, DATIN SOFEA JANE Imbau Penglibatannya
Foto: Twitter Datin Sofea Jane
Genap 32 Tahun Fenomena Filem Mira Edora, DATIN SOFEA JANE Imbau Penglibatannya
Foto: Twitter Datin Sofea Jane

Meskipun peranan yang dibawakan oleh Datin Sofea Jane kecil, namun tetap menjadi tumpuan ramai peminat dan diingati sehingga kini. Datin Sofea Jane telah mengimbau kembali memori berlakon dalam filem ini melalui ciapannya, “1989, di lokasi filem Mira Edora, Sekolah Sri Kuala Lumpur waktu itu.

Genap 32 Tahun Fenomena Filem Mira Edora, DATIN SOFEA JANE Imbau Penglibatannya
Foto: Twitter Datin Sofea Jane

Secara kebetulan, saya di ajak menjadi salah satu watak teman sekolah Mira oleh Allahyarhamah Seniwati Mariani. Sebelumnya, saya terlibat sebagai pelakon tambahan buat drama TV terbitannya,” tulisnya. Terus rasa nak cari dan tonton kembali filem hebat ini.

IKLAN
Genap 32 Tahun Fenomena Filem Mira Edora, DATIN SOFEA JANE Imbau Penglibatannya
Foto: Twitter Datin Sofea Jane
Genap 32 Tahun Fenomena Filem Mira Edora, DATIN SOFEA JANE Imbau Penglibatannya
Foto: Twitter Datin Sofea Jane

Datin Sofea Jane terjun ke dalam dunia seni tidak hanya bersandarkan wajah semata-mata namun mempertahuhkan bakat yang mengalir dalam dirinya. Pernah meraih anugerah Artis Paling Popular di majlis Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 1993. Kini, wanita yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-49 pada 14 Februari ini lebih selesa menumpukan perhatian kepada keluarga.

IKLAN
Genap 32 Tahun Fenomena Filem Mira Edora, DATIN SOFEA JANE Imbau Penglibatannya
Foto: Twitter Datin Sofea Jane
Genap 32 Tahun Fenomena Filem Mira Edora, DATIN SOFEA JANE Imbau Penglibatannya
Foto: Twitter Datin Sofea Jane

Pejam celik rupanya sudah 25 tahun Datin Sofea Jane berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Meor Zain Azman. Pasangan sama cantik sama padan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata, Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.

*Kalau produk penjagaan diri dah habis dan tak sempat beli sebelum PKP, intai kat sini saja.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI