Hati isteri mana yang tak berbunga-bunga apabila menerima kejutan istimewa daripada suami tercinta. Jelas terserlah reaksi Fasha Sandha terharu suami buat kejutan ‘birthday’ untuk dirinya baru-baru ini.
Siap ditutup mata isteri lagi dengan sehelai kain sebelum tiba di lokasi majlis. Romantik!
28 Mac lalu genap 40 tahun usia Fasha Sandha. Walau sudah pun melangkah usia 40 tahun namun penampilan anggun dan wajah cantik pelakon Malang Si Puteri ini sering meniti di bibir peminat.
Apatah lagi, Fasha kini kembali langsing persis anak dara. Bertambah-tambah menawan isteri Aidil Aziz ini.
Tak dinafikan Fasha antara selebriti wanita tanah air yang aktif mengamalkan gaya hidup sihat dan gemar bersukan bersama suami yang juga pelakon kacak.
Majlis hari lahir kakak kepada pelakon Elisya Sandha ini diadakan di Sugar Candy Event Space pada 28 Mac lepas.
Ujar ibu tiga anak ini, “Dah pesan seminggu sebelum birthday, I don’t want any celebration. Cukup sekadar dinner berlima, tapi suami rajin juga dan gigih buat persediaan. Baiklah, untuk pertama kali, sepanjang 6 tahun bersama, kejutan menjadi.
Terima kasih sayang Aidil Aziz dan semua yang hadir. Terima kasih di atas doa-doa kalian. Terima kasih. Love all of you.”
Dalam majlis tersebut, Fasha anggun dalam persalinan jubah putih sedondon dengan Aidil dan anak-anak kesayangan.
Fasha dan Aidil sah bergelar suami isteri pada 30 Mac 2019. Terdahulu, bintang filem Cicak Man ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada tahun 2016.
Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fasha dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. Hasil perkongsian hidup bersama Aidil, mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aisha Amaira.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertengahan November, calendar events sosialit kembali rancak dengan pelbagai jemputan. Antara yang sempat ditemui, sang rupawan Marion Caunter sewaktu menghadiri KL Fashion Awards 2021 yang lalu.
Tampil elegan dalam persalinan jumpsuit hitam Rizman Ruzaini, choker ikonik Juste un Clou Cartier, rambut disanggul kemas, kecantikan isteri kepada SM Nasarudin ini jelas memukau mata!
Saat tangga Shangri-La dituruni, setiap mata umpama tak berkelip melihat gaya Marion. Aura bekas pengacara, penyampai radio, dan emcee terkenal ini bagaikan jelmaan Rose Dawson menuruni grand stairs dalam Titanic!
Marion dengan keramahannya yang biasa, mesra menyapa sapaan saya. Apa rahsia awet muda Marion? Sambil tertawa kecil, beliau menjawab…
“Takde rahsia! Saya berterima kasih pada ibu saya kerana dia nampak sangat muda.
Dan paling penting, kita mesti berdamai dengan diri kita. Jadilah orang yang sentiasa gembira kerana ia akan tergambar di luaran. If you feel good, it will really show on your face.” Marion Caunter
Kebahagiaan pasangan ini sentiasa menjadi inspirasi ramai
Marion Caunter tetap kelihatan muda disamping tiga cahaya mata
Nak dengar Marion Caunter cakap Melayu? Jom tonton video ni…
Bersahaja jawapannya, namun Marion Rose Caunter Abdullah jelas individu paling layak digelar ‘Fashion Icon of the Year’. Paling seronok bila wanita berusia 41 tahun ini ‘play dress’ dengan anak-anak, cantik sungguh gandingan ibu dan anak bila berbaju sedondon.
Hakikatnya bagi majoriti followers Marion, kisah kebahagiaan dan stail keluarga kecil ini memang jadi inspirasi.
Terkenal sebagai wanita bijak berfesyen, wanita asal Pulau Pinang ini dengan mesranya berkongsi cara-cara beliau mendapatkan inspirasi gaya.
Apa sahaja yang digayakan Marion terletak kemas di tubuhnya
Marion gemar ‘menyiapkan’ anak-anak kesayangannya
“Mostly in Instagram. Dulu kita tengok majalah dan TV tapi sekarang saya rasa semua inspirasi datang daripada Instagram.
Bukan saja selebriti tapi mungkin orang-orang kebanyakan yang kita nampak di dalam talian. Tapi paling penting, kita mesti menjadi diri sendiri.
Pakai apa yang buat kita selesa dan apa yang dipakai itu mampu mengekspresikan siapa diri saya. Itu peraturan utama saya bila berfesyen.” Marion Caunter
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dulu selebriti jelita seperti Aishwarya Rai, Kajol, Kareena Kapoor dan Priyanka Chopra mewarnai industri filem Bollywood kini muncul pelapis baharu yang memiliki pakej lengkap bergelar bintang di India. Salah seorangnya ialah anak aktor terkenal Saif Ali Khan ini.
Meniti usia 30 tahun, Sara Ali Khan tidak sekadar dikagumi peminat filem Bollywood kerana mewarisi wajah cantik ibunya. Bahkan dia juga memiliki perwatakan menarik dan ‘humble’.
Anak Saif Ali Khan, Sara Ali Khan Jadi Inspirasi
Sara merupakan anak sulung Saif Ali Khan bersama bekas isteri yang juga pelakon Amrita Singh. Sara juga mempunyai seorang adik lelaki iaitu Ibrahim Ali Khan. Jelitawan ini dilahirkan di Mumbai, India dan berketurunan bangsawan Pataudi.
Meskipun dilahirkan dalam ‘dulang emas’ namun Sara Ali Khan seorang wanita berdikari dan mementingkan pelajaran. Dia dilapor menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Sejarah dan Sains Politik, Columbia University pada 2016.
Memandangkan darah seni yang kuat mengalir dalam diri, Sara menerusi laporan media NDTV.com mendedahkan ketika masih berada pada tahun akhir pengajian dia sudah mula mengambil kelas lakonan demi meneruskan minatnya dalam industri seni.
Bersandarkan kecantikan dan kecemerlangan akademik, Sara menjadi salah seorang bintang baharu kesayangan peminat di India ketika ini dan meraih populariti kerana keperibadian yang ada dalam dirinya.
Semangat Anak Saif Ali Khan Ini Turun Berat Badan Dipuji
Malah aktres ini juga sering membuatkan penonton tertawan dengan rupa paras yang dimiliki dan menjadi inspirasi wanita kerana kejayaannya menurunkan berat badan.
Tidak malu berkongsi bentuk fizikal yang dialami suatu ketika dahulu, Sara mengaku pernah berdepan masalah berat badan sehingga mencecah 96 kilogram.
Lebih memeritkan, dia turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) dan gangguan hormon yang menyukarkan Sara untuk menurunkan berat badan. Walau bertubuh gempal waktu itu namun dia tetap positif dan ceria di samping keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling.
Sara Ali Khan juga mendedahkan semasa akhir tahun kedua pengajian di Columbia University, dia bercita-cita mahu bergelar pelakon dan menyedari perlu melakukan sesuatu terhadap masalah berat badan yang dialami untuk menggapai impian tersebut.
Berkat usaha keras dan dedikasi untuk tampil lebih sihat, Sara berjaya menurunkan berat badan sehingga 30 kilogram hasil pemakanan sihat dan aktiviti senaman kardio ketika berada pada tahun akhir di universiti.
Biarpun ibu dan bapanya sudah berpisah tapi Sara berhubungan baik dengan ibu tiri yang juga pelakon terkenal, Kareena Kapoor. Malah, dia disifatkan seorang kakak yang penyayang dan rajin melayan adiknya iaitu Taimur Ali Khan dan Jeh Ali Khan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang yang disenangi lazimnya dikenali melalui tahap kebersihan dirinya. Selepas itu barulah cara percakapan dan pemikirannya yang membuatkan seseorang selesa untuk didampingi.
Terdapat 4 hal penting yang mesti dititikberatkan oleh setiap wanita pada tubuh badannya.
Kebersihan Mulut
Jangan menganggap remeh soal bau dan kesihatan di dalam mulut. Sebab, bau mulut boleh menjadi halangan dalam pergaulan. Bau mulut juga boleh membuat seseorang menjadi tidak percaya diri dan menghalang dirinya untuk bergaul.
Lebih-lebih lagi jika masalah bau mulut dialami oleh wanita. Bau mulut boleh terjadi berdasarkan apa yang anda makan. Lokasi dimana adanya sisa-sisa makanan yang menjadi punca gigi berbau.
Namun jangan merasa bimbang kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Bau mulut boleh dielakkan dengan cara memilih makanan yang membantu mengurangkan bau mulut.
Kunyah epal atau lobak setiap hari akan membuat nafas anda menjadi lebih segar dan harum.
Minum teh hijau baik teh atau yang bercampur dengan bahan lain akan membantu. Teh hijau mengandungi catechin yang mampu membunuh bakteria di mulut, menghilangkan gula dari plak dan menghilangkan bakteria penyebab bau mulut.
Keju mampu melindungi enamel gigi dan menghasilkan air liur atau saliva serta membunuh bakteria penyebab plak gigi bahkan penyakit gusi.
Penggunaan air putih adalah cari terbaik untuk merangsang saliva (air liur). Berkumur tiap membantu mengeluarkan kotoran yang ada di celah gigi dan penyebab bau mulut. Jadi, jangan lupa minum 8 gelas setiap hari.
Mulakan jaga kesihatan mulut anda. Gosok gigi salah satu daripadanya. Hal remeh namun penting ini jangan lupa dilakukan minima 2 kali sehari selepas makan. Tetap sihat, tetap positif.
Hindari Mata Penat
Lingkaran hitam di bahagian mata setelah penat bekerja membuat penampilan tidak maksima di malam hari. Cara yang praktikal ialah tekap mata dengan uncang teh yang sudah disejukkan selama kurang lebih 15 minit sebelum menyolekkan kembali mata.
Tip: Apabila anda memiliki waktu memilih teh celup, pilih yang mengandung chamomile agar kulit sekitar mata lebih segar dan terlihat sihat.
Bibir Berry Menggoda
Pancarkan daya tarikan sensual dengan warna bibir menyerupai warna berry. Dijamin penampilan anda bakal mencuri perhatian.
Tip: Sebelum menukar warna gincu untuk makan malam, pastikan kondisi bibir benar-benar bersih dan kelembapannya terpelihara. Jangan lupa gunakan lipbalm untuk mengelakkan bibir daripada pecah-pecah dan kering.
Aroma Memikat
Pilih pewangi yang memiliki aroma segar sekali gus memberi kesan feminin seperti aroma bunga mawar. Selain serasi untuk menemani suasana majlis malam hari juga sesuai untuk disemburkan di waktu siang hari kerana baunya yang tidak terlalu menyengat.
Tip: Gunakan pewangi sekadar perlu dengan menyemburkan sedikit di bahagian belahan dada, belakang telinga dan pergelangan tangan. Dan diulang sembur ketika mahu ke majlis makan malam pula. Agar lebih praktikal, pilih pewangi yang berukuran kecil dan mudah untuk dibawa. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.