Bukan calang-calang nenek, wanita ini genggam Ijazah Sarjana Pendidikan usia 105 tahun malah cucu cicit Virginia Hislop siap bagi standing ovation!
Bak kata mutiara, tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad. Kisah wanita California, Amerika Syarikat berusia 105 tahun ini meniup inspirasi, khasnya momen beliau berjubah konvo dan berdiri di atas pentas untuk menerima skrol ijazah.
Virginia ‘Ginger’ Hislop menggenggam Ijazah Sarjana Seni Dalam Pendidikan pada Ahad lepas dari Stanford Graduate School of Education (GSE). Ketika beliau bangkit dari tempat duduk, melangkah ke atas pentas dan menerima ijazah, semua di sana bangun memberikan ‘standing ovation’ terhadap kecemerlangannya.
Berdasarkan sumber dari Stanford University, Virginia memulakan pengajian Sarjana beliau pada tahun 1940 sejurus menerima Ijazah Sarjana Muda di GSE (menuntut sejak 1936) dalam jurusan yang sama. Tujuannya agar dapat mengajar dan menjadi seorang guru.
Sayangnya, belum sempat menyelesaikan tesis terakhir, Virginia memutuskan untuk berkahwin dengan George Hislop, juga seorang penuntut di Reserve Officers’ Training Corps (ROTC) GSE yang ketika itu ditugaskan sebagai tentera Perang Dunia II.
“Saya fikir ia (menyambung pengajian) adalah sesuatu yang boleh dilakukan pada bila-bila waktu. Saya sentiasa seronok belajar, jadi itu tidak benar-benar membimbangkan saya – berbeza dengan perkahwinan,” ujar Virginia yang dilahirkan di Palo Alto dan menetap di Yakima, Washington.
Ads
PERIBADI
Kejayaannya mengenggam Ijazah Sarjana Pendidikan usia 105 tahun amat membanggakan hingga cucu cicit Virginia Hislop bagi standing ovation tanda hormat.
Ads
Tumpuan hidup Virginia mula berubah sejak menimang cahaya mata. Beliau sering mendidik anaknya agar meningkatkan kemahiran akademik di sekolah, malah bergiat aktif di sekolah tersebut sebagai penasihat.
Antara peranan beliau adalah sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yakima School, antara barisan Pengasas Lembaga Pengarah Yakima Community College dan Heritage University di Toppenish, Washington.
Pada usia senja, Virginia sudah kurang aktif dalam dunia pendidikan namun kesempatan yang ada digunakan untuk kerja-kerja kemasyarakatan, membaca dan berkebun – rutin yang memastikan beliau sentiasa sihat dan cergas.
Cantiknya tema bunga-bungaan ni. Nampak elegan dan mewah! Menghadirkan tema bunga-bungaan atau floral pada interior rumah dapat mencetuskan suasana sejuk, segar dan feminin. Untuk menerapkannya tak semestinya perlu memasukkan tumbuhan hidup mahupun palsu tetapi juga boleh diadunkan dengan motif mahupun aksen bunga-bungaan segar.
Berikut bagaimana untuk mengaplikasikan tema bunga-bungaan dalam beberapa trik mudah. Ia pasti menyenangkan jiwa saat anda berada di rumah.
WARNA NEUTRAL
Sebaiknya pilih warna-warna neutral sama ada yang gelap atau terang. Tak semestinya perlu memilih warna-warna bunga yang cerah. Anda boleh menerapkan pola bunga dengan warna monokrom yang lebih memberi kesan santai serta tidak terlalu feminin.
PILIH WARNA SENADA
Pilih warna senada dengan perabot sedia ada. Atau, boleh juga memadankan dengan tema warna yang sudah diterapkan pada ruang tersebut. Ia akan membuatkan dekorasi rumah akan lebih seimbang.
UKURAN POLA
Pola bunga bungaan mempunyai banyak pilihan dari segi ukuran bermula dari yang kecil sehinggalah yang besar. Pola bunga berukuran kecil memberi kesan lebih feminin berbanding pola bunga berukuran besar.
MEMBERI KESAN SENI
Tak salah untuk memberi kesan atau sentuhan seni pada interior bertemakan bunga bungaan. Dengan sentuhan seni itu, interior ruang akan lebih kelihatan artistik. Contohnya, pola floral dalam bentuk lukisan atau aksen dekorasi tertentu.
KESAN MASKULIN
Agar tak terlalu kelihatan feminin, pola bunga bungaan boleh dipadankan dengan perabot yang mempunyai rekaan yang lebih maskulin. Contohnya dengan meja kopi yang berwarna neutral atau berunsurkan kayu.
RUANGAN PENUH BUNGA
Hadirkan seluruh ruangan dengan pola bunga bungaan melalui pemasangan wallpaper di sekeliling dinding. Ruangan akan menjadi semakin segar dan sejuk. Tema bunga bungaan yang diterapkan pada sekeliling ruangan juga dapat memberi efek yang menenangkan jiwa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Empunya nama Arianna Natasha Abdul Zambree kini rancak melakar kariernya dalam bisnes makanan (F&B). Melihat kepada usianya, boleh dianggap masih ‘mentah’ dalam selok belok bisnes yang sangat mencabar. Apatah lagi, bisnes makanan memang banyak persaingannya.
Terdahulu, Arianna yang mesra digelar Ary ini merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Arianna pernah bergelar model sambilan dan sering terlibat dalam beberapa kempen jenama terkenal seperti Panasonic, Nivea, Sunsilk, Victoria secret dan Bath & Bodywork.
Selain itu, dia juga pernah buat bermacam bisnes secara kecil-kecilan seperti tudung, pakaian dan makeup.
Pada tahun 2019, Arianna mendapat peluang untuk membuat bisnes dalam F&B. Bisnes Arianna yang berpusat di Semenyeh dilihat semakin hari semakin berkembang. Selain menjadi cef, Arianna juga Pengarah di syarikat yang diasaskan bersama kakaknya, Sabrina Natasha.
Selaku CEO dan ‘mastermind’, kakaknya berjaya membawa mereka berada di kedudukan tersendiri setanding usahawan-usahawan hebat yang lain. Selain Arianna Kitchen, rangkaian bisnes mereka yang lain ialah Arianna Bytes (kek) dan Dapur Arianna (premium laksam dan pulut kuning).
RAJIN BANTU IBU DI DAPUR
Sering membantu ibu di dapur menjadi asbab tercetusnya minat Arianna dalam bidang masakan.
“Saya juga sering melihat channel masakan di laman Youtube dan banyak belajar dari situ. Kadangkala, bila terjumpa makanan di luar sana dan mendapati harga agak mahal, saya mula memikirkan kenapa tidak untuk cuba membuatnya sendiri.
“Setiap kali siap memasak, saya akan memuat naik di Instagram Story untuk berkongsi dengan pengikut saya. Namun, tak sangka sambutan yang diperolehi amat menggalakkan.
“Dari situ, tercetusnya idea untuk membuka akaun Instagram baru khusus untuk berkongsi masakan saya iaitu @arianna.kitchen Secara tak langsung ia membantu para pengikut saya terutama remaja yang minat memasak untuk mencuba resepi mudah saya.”
‘STRUGGLE IS REAL’ Mengimbas detik permulaan, Arianna mula serius dalam dunia masakan ketika usianya 16 tahun. Dia juga pernah berkongsi detik bermulanya Arianna Kitchen yang penuh ‘struggle’ di Instagram.
“Dulu buat kat rumah je sampai pukul 3-4 pagi. 50 kotak brownies buat sorang-sorang. Oven rosak pula pukul 2 pagi. Nasib ada adik saya tolong timbang barang. Sambung buat marketing content sampai tangan kena blender.
“Buat content sampai berjam-jam. Pernah sampai lampu blackout. Shoot kat tengah jalan sebab nakkan lighting. Sambung basuh loyang dan bekas-bekas untuk letak stok. Beratur satu jam beli barang baking. Modal tak banyak, beli sikit-sikit.
“Alhamdulillah dari rumah pindah ke kedai. Saya cat dan pasang lantai office sendiri. seperti biasa saya teruskan buat content marketing, live, baking, shooting dan bertemu pelanggan di event.”
PERNAH KENA KECAM “Saya pernah dikecam di laman sosial dengan perkara yang tidak benar sama sekali. Sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada saya kerana melibatkan sensitiviti keluarga. Namun saya cuba berfikiran positif dan menganggap semua yang terjadi ada hikmahnya.”
Arianna juga pernah memuat naik satu video pendek di Instagram di mana dia berkongsi detik yang orang tidak nampak di sebalik kejayaannya. Bila dah berjaya, struggle nya lain pula, kan?
Tulis Arianna, orang mungkin hanya nampak yang tersurat saja iaitu kejayaan dan kesenangan yang dikecapinya kini. Namun, ramai yang tidak tahu struggle yang hampir menyebabkan bisnesnya jatuh.
“Yang orang tak nampak..nangis 8 jam. Terlalu stress dan kecewa. The struggle is real. Pernah dalam situasi hilang segalanya, simpanan ratus ribu hilang, team 50 lebih orang hilang, kereta hilang, semangat hilang..”
Arianna tak mudah menyerah, dia kembali bangkit dengan berpegang kepada kata-kata, “Ambil risiko dalam hidup. Kalau menang, andaboleh membimbing. Kalau kalah, boleh bimbing semula diri anda.”
NEELOFA SUMBER INSPIRASI
Arianna juga mempunyai sumber insprasi untuk sukses. Siapa lagi kalau bukan usahawan hebat, Neelofa.
“Saya melihat beliau seorang ikon wanita yang cukup berjaya dalam bidang yang diceburinya. Saya ingin menjadi seperti beliau. Beliau seorang yang sangat kuat dan tabah walaupun kadangkala menerima kecaman, namun beliau sentiasa memandang ke hadapan dan terus berjaya.”
Menurut Arianna, dia amat suka dengan apa yang dilakukan kerana baginya peluang sebegitu tak semua orang boleh dapat walaupun mungkin ada yang menganggap bidang ini terlalu awal untuk umur sepertinya.
“Saya banyak berkongsi pengalaman dan bertanyakan pendapat dengan rakan-rakan yang lebih berusia. Saya akui, jadual harian agak padat tetapi saya tidak pernah mengabaikan hal-hal penting yang lain.
“Saya anggap semua ini rezeki. Syukur kerana sekurang-kurangnya saya boleh berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.”
Semoga Arianna Kitchen terus maju dan berkembang bukan hanya di Malaysia bahkan luar negara kelak.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Kredit Foto: Instagram Arianna Natasha, Sabrina Natasha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Episod duka yang pernah melanda keluarga Datin Patimah Ismail sebelum ini kembali pulih. Tumpang gembira tengok momen istimewa keluarga selebriti ini menikmati percutian di Eropah.
Bukan hanya melancong bersama suami tercinta, Datuk Yusof Haslam. Bahkan percutian kali ini lebih bermakna apabila anak mereka yang juga pengarah terkenal, Syamsul yang pernah terpalit dengan isu rumah tangga turut tidak melepaskan peluang meluangkan masa bercuti bersama ibu ayah tersayang.
Difahamkan Syamsul juga membawa dua permata hati kesayangan iaitu Syaikul Islam dan Sumayyah bercuti bersama di Switzerland. Ia sekaligus melupakan sengketa lama di antara ibu ayah dan anak berkenaan. Di samping mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan.
Berkongsi detik indah itu, Datin Patimah memuat naik foto percutian seisi keluarga di media sosial. Namun paling menarik perhatian apabila ibu penyayang berkenaan menyertakan kapsyen yang nyata menyentuh emosi warga maya.
“Terima kasih kalian semua yang mendoakan kebahagiaan kami.”
Lebih mencuri tumpuan, percutian selama seminggu itu turut melibatkan 15 ahli keluarga terdekat termasuk adik Syamsul iaitu Syafiq, besan mereka yang merupakan ibu serta adik-adik pelakon Puteri Sarah Liyana.
Bagaimana pun, aktres jelita tersebut tidak dapat menyertai percutian itu atas urusan yang tidak dapat dielakkan.
Menerusi perkongsian Datin Patimah jelas terpancar reaksi ceria dan bahagianya dapat memanfaatkan masa berkualiti di samping anak-anak dan cucu. Satu impian yang diidamkan selama ini dan akhirnya dimakbulkan Allah SWT.
Khabarnya kali terakhir Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah bercuti bersama Syamsul ialah pada 2017 di London sewaktu Puteri Sarah Liyana masih menjadi isteri Syamsul Yusof.
Memetik kenyataan Syafiq kepada Harian Metro sebelum ini, bapanya merancang percutian keluarga bersama Syamsul ke Eropah tahun ini demi melupakan sengketa dan mengeratkan ukhwah.
Terdahulu, Syamsul dikatakan tidak pulang ke rumah kedua-dua ibu bapanya selepas mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar.
Pada 5 September 2024, Syamsul menceraikan Ira dengan talak satu selepas 21 bulan berkahwin.
Syamsul dikatakan pulang ke rumah keluarga, kira-kira seminggu selepas bercerai.
Pengarah filem Mat Kilau berkenaan pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah. Namun mereka akhirnya bercerai pada 13 Jun 2023.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!