Siapa tidak kenal dengan Yuna, anak tempatan yang berjaya mencipta nama di persada industri muzik Amerika Syarikat. Setelah lama berkelana bina populariti di sana, padanlah Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zarai sangat disegani dan sentiasa menjadi perhatian baik peminat di US mahupun di Malaysia.

IKLAN

“Gorgeous Queen!” Penampilan YUNA di NYFW Buat Ramai Terkesima Dan Memuji Tapi…

Sudah menjadi lumrah, bila menjadi artis terkenal, gerak geri serta apa yang dilakukan pastinya menjadi bualan, baik perkara yang positif, negatif apatah lagi. Sejak kebelakangan ini, Yuna menjadi topik ‘panas’ apabila tular sebuah video memaparkan dirinya memeluk selebriti terkenal Indonesia, Afgan Shah. Mana tidaknya, tindakannya itu dikatakan keterlaluan memandangkan dia sudah berkahwin.

“Gorgeous Queen!” Penampilan YUNA di NYFW Buat Ramai Terkesima Dan Memuji Tapi…
Yuna dan Joe Flizzow

Meskipun menerima kecaman, namun ramai peminat memuji penampilan serba moden yang digayakan oleh penyanyi berusia 36 tahun ketika menghadiri sebuah acara Mingguan Fesyen New York (NYFW).

“Gorgeous Queen!” Penampilan YUNA di NYFW Buat Ramai Terkesima Dan Memuji Tapi…

Yuna dilihat tampil ‘chic’ menggayakan persalinan dari COACH, malah aksesori di atas kepalanya buat ramai terkesima. Menyarung jaket berona coklat dan hitam, serta seluar kulit gelap, nyata ramai memuji bagaimana Yuna kekal bergaya walaupun dirinya berhijab sepenuhnya. Namun begitu, masih juga ada yang mempertikaikan gayanya, namun Yuna tetap nampak seperti Hollywood Golden Girl!

IKLAN

BACA JUGA: Akibat Prosedur Kosmetik Yang Gagal, Selepas 15 Tahun LINDA EVANGELISTA Buat ‘Comeback’ Di Pentas NYFW22

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

Menerusi hantaran di Instagramnya, Yuna juga mengucapkan terima kasih kepada pihak jenama terkemuka itu kerana menjemputnya bagi memeriahkan majlis.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

“Terima kasih Coach kerana menerima kehadiran saya! Tahniah @stuartvevers untuk koleksi yang menyeronokkan dan ‘segar’ serta ia merupakan sebuah persembahan yang hebat. Sekalung tahniah kepada pasukan Coach yang sentiasa menghasilkan sesuatu yang luar biasa untuk saya.  Ia sangat menyeronokkan kerana dapat berjumpa semula dengan rakan lama dan dapat kawan baru. Jumpa lagi di NYFW!” tulisnya.

Kredit foto: Instagram (@yuna)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI