Terpegun tengok kemulusan kulit wajah Zara Zya. Mana tidaknya, meskipun kerap mengenakan solekan tebal setiap kali menjalani penggambaran namun aktres berbakat besar ini cukup prihatin menjaga kesihatan kulit. Apatah lagi dengan status selebriti yang dibawanya membuatkan Zara perlu sentiasa tampil kemas dan menarik di hadapan khalayak.
Ditanya rahsia cantik yang diamalkan selama ini, Zara tanpa berselindung mendedahkan rejim kecantikan diri. Apa yang mengejutkan adalah petua cantik anak seni ini rupa-rupanya ringkas, selamat dan murah. Maklumlah, bila sebut sahaja artis mesti ramai yang beranggapan golongan ini hanya menggunakan produk berjenama dan mahal.
Bercerita tentang produk penjagaan wajah yang mahal, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengakui pernah menggunakan set penjagaan wajah bernilai ribuan ringgit namun kesannya tidak seperti yang diharapkan.
Ads
“Ya, saya pernah habis sampai lebih seribu ringgit beli set produk jenama antarabangsa tapi sayangnya tak berkesan dengan keadaan kulit saya. Sudahnya, terpaksa berhenti guna set ini. Mujur mama saya rajin kongsi petua tradisi. Jadi saya amalkan apa yang mama ajar.
Tak perlu susah-susah pun sebab guna barang seperti buah-buahan dan beras saja. Salah satu petua mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli. Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask.
Ads
Ads
Petua ini bagus untuk jeragat sebab mama memang ada masalah jeragat yang banyak. Macam-macam rawatan mama buat termasuk laser tapi tetap tak hilang. Alhamdulillah lepas dia amalkan petua buah tomato dan yogurt ini, jeragat mama berkurangan.
Satu lagi tip cantik yang selalu saya buat ialah menggunakan beras pulut. Caranya, beras pulut disangai dan dikisar sampai halus. Boleh digunakan sebagai skrub badan. Memang inilah yang saya buat dari dulu lagi.
Hendak lagi berkesan, beras pulut tadi dicampur dengan madu atau minyak zaitun,” ujar pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 ini. Patutlah kulit muka Zara cantik berseri saja. Ini rupanya rahsia cantik dia. Kena cuba ni!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pengguna tegar, pelakon dan ahli perniagaan, Faezah Elai seterusnya dilamar menjadi wajah kempen baju kurung koleksi raya Aidiladha dipanggil Hajeera Edition keluaran jenama Mawar Cotton.
Faezah Elai
Koleksi sebanyak 13 pilihan warna terdiri daripada kurung pleated (enam warna) dan kurung scallope (tujuh warna) itu dilancarkan pada 9 Jun lalu bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal diraikan hujung bulan ini.
Menurut pengasas jenama itu, Nik Hetty Eliya Nik Ab Rahman, pemilihan artis berstatus ibu kepada lima cahaya mata itu didorong dengan alasan yang konkrit dan bertepatan dengan sasaran pelanggan mereka.
“Awalnya kami pernah menggunakan khidmat dia (Faezah) ketika mempromosikan koleksi terdahulu yang kami keluarkan beberapa tahun lalu. Percaturan kami mengena apabila ulasan dan promosi dilakukannya mendapat sambutan memberangsangkan di kalangan penggemar jenama kami.
Nik Hetty Eliya Nik Ab Rahman bersama Faezah Elai
“Lagipun koleksi Hajeera Edition kali ini bertepatan dengan gaya dan caranya yang menawan menggayakan kurung bercetak. Justeru, kami yakin boleh mengubah dia menjadi anggun dan lebih menyerlah dengan koleksi kami keluarkan.
“Malah ketika sesi siaran langsung di media sosial, pembabitannya juga kena dengan kelompok sasaran kami iaitu lebih kepada orientasi wanita Muslimah, keluarga. Tak lupa, kandungan yang dipromosikan di media sosial juga dekat dengan masyarakat,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Jenama yang beribu pejabat di 1-01, Jalan Cengkerik 03, Pusat Perdagangan Kempas, Johor Bahru itu mula bertapak dan berada di pasaran sekitar tahun 2012.
Bahkan lebih sedekad lalu, jenama milik bumiputera itu meledak awal tahun 2020 dengan rangkaian koleksi custome printed kurung pleated, kurung riau dan scallope kurung. Seiring dengan ledakan jenama itu, tanda pagar #properwearkurung juga terus meniti di bibir peminat.
“Lebih sedekad itu juga kami tidak menggunakan sistem ejen atau stokis. Sebaliknya terus memperkasa jualan secara peruncitan semata-mata. Koleksi baju kurung kami tawarkan dengan harga mampu milik dari RM100 hingga RM200.
“Insya-Allah kami sasarkan jualan sasaran setahun dalam RM10 juta,” katanya.
Selain memilih Faezah untuk melonjakkan pengaruh jenama ini, Nik Hetty Eliya berkata pihaknya akan terus melancarkan pelbagai strategi pemasaran dalam melonjakkan nama jenama syarikat yang berdaftar di bawah Mawar Cotton Empire Sdn Bhd ini.
“Kami tidak akan betah duduk diam. Sebaliknya akan terus mengeluarkan inovasi rekaan cetakan yang outstanding khas untuk baju kurung kami yang lain dari yang lain di pasaran,” katanya.
Istimewanya, Nik Hetty Alia berkata salah satu design koleksi Hajeera Edition yang dicetak iaitu Cahaya Palestina juga akan disumbangkan ke badan amal terpilih.
“Setiap RM1 dari hasil jualan baju rekaan Cahaya Palestina akan disumbangkan ke badan amal terpilih untuk saudara Islam di Palestin. Boleh ke pautan https://linktr.ee/mawarcottonHQ untuk lanjutan,” katanya.
Sementara itu, Faezah yang juga isteri kepada pengarah Heykal Hanifah ternyata masih terkejut dengan lamaran dan pelawaan jenama Mawar Cotton.
“Saya anggap ini rezeki terindah. Jujur hingga saat ini saya rasa macam masih bermimpi dengan tanggungjawab dan amanah diberikan selama sebulan untuk kempen raya haji ini.
“Rezeki ini juga sebenarnya membuka kisah lama apabila pihak mereka berpuas hati apabila ulasan dan promosi baju kurung dibuat di Instagram (IG) tiga atau empat tahun lalu membuatkan tak menang tangan dan laku keras.
“Saya pun sudah tak ingat dengan kisah berkenaan. Tapi syukur, di sebalik ada yang menganggap saya ‘sendu’ , ada jenama yang berani memilih saya.
“Kata mereka, koleksi Hajeera Edition khususnya kena dengan personaliti saya,” katanya yang mula berhijab pada 2015.
Ibu kepada Luqman Haqeem, Sarah Heyrissa, Luq Adam Heydhani, Dealova
Heyrinna dan Aurora Heyricca ini secara peribadi turut menyenangi rekaan baju kurung jenama terbabit.
“Pendek kata, rekaannya sesuai dengan gaya dan cita rasa saya. Rekaannya juga ‘rare’ dan tak polos. Motif yang direka dan dihasilkan bagai memberi nyawa kepada baju kurung jenama itu,” katanya.
Lebih 17 tahun menceburi bidang seni, wanita kelahiran Pulau Pinang itu mengakui pembabitan seninya tidak seaktif dulu.
“Lagipun status saya sebagai ibu khususnya memerlukan saya memberi perhatian rapi kepada anak. Saya tidak pernah menyesali keadaan ini. Ikutkan tawaran berlakon drama dan filem tak pernah putus sampai saat ini.
“Cuma saya terpaksa tolak secara baik, kerana tak mahu menyusahkan produksi. Senang cerita, saya memang banyak berlakon di bawah arahan suami sendiri. Kalau ada tawaran pengarah dan produksi lain, jika kena dengan watak dan waktu… insya-Allah saya boleh pertimbangkan terutama kalau cuti sekolah.
“Jadi apabila tumpuan lebih kepada keluarga, saya banyak curi masa mempromosi perniagaan sendiri dan terbaharu bersama jenama Mawar Cotton,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut saja nama Datin Maria Arshad, pasti akan mengingatkan kita kepada penampilannya yang masih cantik serta ‘awet muda’ biarpun sudah berusia dan berstatus nenek. Kalah anak dara!
Kredit Foto: Instagram @citarasa.mariaarshad
Sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini, Datin Maria Arshad memuat naik satu hantaran di Instagram.
Kredit Foto: Instagram @citarasa.mariaarshad
“Alhamdulillah, masih bernafas pada hari jadi saya yang ke……… biarlah rahsia.
“Terima kasih pada semua yang wish birthday saya, semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya, aamiin, in shaa Allah.”
Dalam pada itu, NONA turut menjengah ke akaun Instagram peribadi menantu kesayangan Datin Maria Arshad iaitu pelakon serta penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah atau Shiera.
Kredit Foto: Instagram @shieraijoy
Seperti yang kita tahu hubungan Shiera dan ibu mertuanya ini umpama isi dengan kuku. Beruntungnya Shiera kerana disayangi dan sangat serasi dengan mertuanya itu yang dipanggil Mama.
Kredit Foto: Instagram @shieraijoyKredit Foto: Instagram @citarasa.mariaarshad
Selain menitipkan ucapan, Shiera turut mendedahkan rahsia sebenar ‘awet muda’ ibu mentuanya itu: –
“Happy birthday Mama. Doa semoga Mama sihat..positive as usual..Dilindungi..dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.
“Kalau orang tanya apa rahsia…
“Dia rajin puasa dari muda sampai sekarang. Puasa Isnin khamis..puasa hitam putih memacam posa semua dia memang rajin puasa.
“Sembahyang lama..mungkin semua sembahyang dia buat.
“Lepas makan setengah jam jangan duduk.
“Party ngan kengkawan pompuan…holiday…positive live.”
Kredit Foto: Instagram @shieraijoy
Tak ketinggalan, Shiera turut memuji ibu mentuanya yang rajin memasak.
“Dan rajin masak untuk menantu dan kengkawan menantu.”
Shiera merupakan ibu kepada lima anak. Isteri kepada pelakon, Ijoy Azhari ini bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga dan cantik.
Kredit Foto: Instagram @citarasa.mariaarshad
Manakala di ruangan komen pula, rata-rata memuji dan menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat Datin Maria Arshad.
Rakan artis seperti Rozita Che Wan atau Che Ta turut kagum dengan rahsia kecantikan Datin Maria Arshad.
Kredit Foto: Instagram @shieraijoy
Happy birthday Datin Maria Arshad! Semoga diberikan kesihatan yang baik, awet muda selalu dan bahagia bersama keluarga tercinta.
Untuk info, Datin Maria Arshad dilihat mengusahakan bisnes keknya secara kecil-kecilan di bawah jenama By CitarasaMariaArshad.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, beruntungnya Elisya Sandha dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan sanggup menjaganya selepas melahirkan anak. Tak dinafikan, masih ada dalam kalangan ibu mentua yang berbuat perkara sama terhadap menantu seperti Sheila Rusly ...