Pelakon Ayu Raudhah atau nama sebenar Raudhah Che Wan tampil cantik dan menawan biarpun sudah bergelar ibu kepada lima cahaya mata serta sentiasa kelihatan muda persis anak dara. Seringkali memuat naik gambarnya di laman Instagram, kecantikannya tetap menyerlah serta gaya fesyennya juga sentiasa ‘on-point’ menjadi perhatian netizen.

Persis Anak Dara Walaupun Bakal Timang Anak Keenam, AYU RAUDHAH Hamil Lima Bulan

Persis Anak Dara Walaupun Bakal Timang Anak Keenam, AYU RAUDHAH Hamil Lima Bulan

Adik kepada selebriti terkenal Malaysia, Rozita Che Wan ini juga tidak kekok berkongsi momen istimewa bersama suaminya, pemain bola sepak, Zaquan Adha di laman sosial. Justeru, pasangan ini dilihat antara pasangan selebriti romantis Malaysia.

Kali ini, bintang yang pernah membintangi filem Nur Kasih The Movie itu berkongsikan sebuah berita gembira kepada peminatnya. Memetik sumber dari Kosmo! Online, Ayu,37, teruja menanti kelahiran cahaya matanya yang keenam. 

Persis Anak Dara Walaupun Bakal Timang Anak Keenam, AYU RAUDHAH Hamil Lima Bulan Persis Anak Dara Walaupun Bakal Timang Anak Keenam, AYU RAUDHAH Hamil Lima Bulan

Sedang hamil lima bulan, dia dan suami berasa bersyukur kerana bakal menyambut kelahiran baru dan menyifatkannya sebagai sebuah rezeki.

Alhamdulillah, benar saya kini hamil anak keenam. Usia kandungan sudah pun memasuki lima bulan.

Tambahnya lagi, biarpun ini merupakan kehamilannya untuk kali keenam, namun dia masih berasa segan untuk berkongsikan kepada umum. Namun, berita gembira itu diumumkan oleh suaminya sendiri menerusi sebuah hantaran video. 

Jujurnya, saya segan untuk kongsi berita tentang kehamilan saya. Lagipun ini bukanlah anak yang sulung. Namun saya anggap sebagai sebuah rezeki keluarga dan tiada masalah untuk menambah bilangan cahaya mata.

Persis Anak Dara Walaupun Bakal Timang Anak Keenam, AYU RAUDHAH Hamil Lima Bulan

Persis Anak Dara Walaupun Bakal Timang Anak Keenam, AYU RAUDHAH Hamil Lima Bulan

Sudah pasti berita gembira ini mengundang persoalan orang ramai tentang jantina anaknya itu. Namun, Ayu dan suami masih belum lagi mengetahui tentang perkara tersebut.

NONA mendoakan agar segala urusan Ayu dan suami dipermudahkan dan berdoa agar pasangan ini dikurniakan cahaya mata yang sihat dan comel belaka.

Sebagai info, Ayu membina mahligai cinta bersama suami pada 21 Januari 2011.Hasil perkongsian hidup selama 11 tahun, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 9, Muhammad Aisy Aryann, 8, Laura Zuleykha, 5, dan Muhammad Aisy Khaliq, 3, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, setahun enam bulan. 

Sumber gambar: Instagram Ayu Raudhah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI