Kali ni nak cerita tentang beg tangan wanita atau handbag. Wanita dan handbag sememangnya tidak dapat dipisahkan. Handbag juga adalah aksesori paling dekat dengan wanita kerana tidak kira apa juga status anda ia menjadi pelengkap gaya paling asas dalam berfesyen dan ia juga memainkan peranan yang penting dalam penampilan seseorang.

Terdapat pelbagai jenis handbeg di luar sana. Untuk setiap style dan majlis ada setiap jenis beg yang berbeza untuk melengkapkannya. Begitu juga dengan jenama-jenama handbag yang menjadi pilihan setiap wanita untuk digayakan.

IKLAN

Magisnya jenama-jenama ini lakukan untuk anda sebagai pengguna bukan sahaja menjadi sebahagian aksesori, mereka  juga mencipta sesuatu yang lebih besar daripada seni. Hasil kreativiti mereka sebenarnya menonjolkan keperibadian kepada seseorang wanita dan menyuntik keyakinan dalam diri kerana dalam setiap pemilihan dan penggayaan beg tangan, ia terselit rahsia disebalik peribadi seseorang itu sendiri.

Ini antara contoh jenama beg tangan popular dan mahal yang menjadi pilihan wanita di seluruh dunia!

 

PRADA

Prada ialah jenama Itali yang popular bagi kelengkapan lelaki dan wanita dan menghasilkan pelbagai produk lain seperti baju dan kasut. Ditubuhkan pada 1913 oleh Mario Prada yang memang menciptakan produk kulit yang mewah untuk kalangan orang kaya dan berpengaruh. Keistmewaan produk Prada adalah diperbuat daripada genuine leather.

Handbag…Ohh Handbag… BIJAN Mula Mendapat Tarikan Wanita Seluruh Dunia!

Handbag…Ohh Handbag… BIJAN Mula Mendapat Tarikan Wanita Seluruh Dunia!

 

LOUIS VUITTON

Ditubuhkan pada tahun 1854 oleh seorang lelaki bernama Louis Vuitton. Hari ini, LV adalah jenama yang paling berkuasa antarabangsa dan setiap wanita mengimpikan memiliki setidak-tidaknya satu handbag LV dalam koleksi mereka.

Handbag…Ohh Handbag… BIJAN Mula Mendapat Tarikan Wanita Seluruh Dunia!

Handbag…Ohh Handbag… BIJAN Mula Mendapat Tarikan Wanita Seluruh Dunia!

 

BIJAN

Jenama ini diasaskan di Los Angeles oleh seorang ahli perniagaan Pakzad Bijan. The House of Bijan, yang terletak di Rodeo Drive, Beverly Hills sejak 1976, menggambarkannya sebagai kedai atau butik mewah paling mahal di dunia di mana untuk memasukinya perlu melalui temujanji sahaja!

Apa yang menariknya lagi, pelanggan yang menggunakan jenama ini bukan calang-calang orangnya. Antara pelanggan VVIP Bijan ialah bekas-bekas Presiden Amerika Syarikat seperti George Bush dan anaknya, Barack Obama, Ronald Reagan dan Bill Clinton. Selain itu pemimpin Arab, Raja Salman, ahli politik terkenal yang lain seperti Tony Blair dan Vladimir Putin turut merupakan pelanggannya.

Butik Bijan di Los Angeles mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan menempatkan sebuah kereta Bugati Veyron bernilai AS$2 million dan lukisan seni Fernando Botero bernilai jutaan ringgit di dinding luar sebagai sebahagian daripada aksesori dekorasi.

IKLAN

Selain itu, butik ini juga meletakkan papan tanda, “Welcome to Bijan, “the world’s most expensive store”.

Wow, tengok papan tanda pun dah tahu mahal.

 

Handbag…Ohh Handbag… BIJAN Mula Mendapat Tarikan Wanita Seluruh Dunia!

Handbag…Ohh Handbag… BIJAN Mula Mendapat Tarikan Wanita Seluruh Dunia!

Handbag…Ohh Handbag… BIJAN Mula Mendapat Tarikan Wanita Seluruh Dunia!

 

IKLAN

HERMES

Perniagaan ini dimulakan pada tahun 1837 di Paris. Beg tangan paling mahal yang terjual adalah jenis Matte crocodile birkin bag pada harga USD$20,000 dan beg tangan kulit buaya dengan bertatahkan berlian pada harga $120,000.

Handbag…Ohh Handbag… BIJAN Mula Mendapat Tarikan Wanita Seluruh Dunia!

Handbag…Ohh Handbag… BIJAN Mula Mendapat Tarikan Wanita Seluruh Dunia!

 

CHANEL

Tipu siapa yang tak kenal dengan Chanel. Betul tak? C saling adalah logo tercinta wanita di seluruh dunia. Di asaskan oleh Gabriellle Chanel pada tahun 1909. Antara selebriti antarabangsa yang dilihat memakai Chanel ialah Kristen Stewart, Nicole Kidman dan Liu Wen.

Handbag…Ohh Handbag… BIJAN Mula Mendapat Tarikan Wanita Seluruh Dunia!

Handbag…Ohh Handbag… BIJAN Mula Mendapat Tarikan Wanita Seluruh Dunia!

Sumber: Instagram, fmt news

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI