Bintang Bollywood, Kareena Kapoor Khan bukan sahaja memiliki kualiti lakonan yang baik malah bentuk wajahnya juga yang dilabel sebagai ‘mahal’ itu seringkali menjadi wajah bagi jenama-jenama besar seperti Head & Shoulders, LUX dan PUMA. Sudah terang lagi bersuluh, figura yang terkenal dengan watak Pooja dalam filem terkenal Kabhi Kushi Kabhie Gham ini memiliki aura seorang primadona.
Berbicara mengenai kecantikannya, kehadiran Kareena di Festival Filem Antarabangsa Red Sea yang diadakan di Jeddah berjaya mencuri perhatian ramai. Mana tidaknya, ibu kepada dua cahaya mata, Taimur Ali Khan dan Jeh Ali Khan ini menjadikan majlis acara permaidani merah riuh seketika apabila mata tetamu yang hadir tertumpu kepada kehadiran Kareena bersama suami Saif Ali Khan apabila sari yang digayakan berjaya menyerlahkan keanggunannya.
Festival Filem Antarabangsa Red Sea yang berprestij itu menyaksikan kehadiran ramai artis tersohor dari dalam dan luar Arab Saudi.
View this post on Instagram
Lensa kamera tidak putus-putus mengambil foto pelakon yang cemerlang dengan lakonannya dalam filem 3 Idiots, sepanjang acara itu berlangsung. Turut ditemani oleh suaminya, Saif Ali Khan tampak tampan dengan rekaan tuxedo serba putih.
Sarat dengan perincian butiran manik yang menjadikan rekaan sari rona hijau ini tampak eksklusif dan lengkap bersama aksesori mewah, rata-rata tetamu yang hadir pada acara tersebut memuji dengan pemilihan gaya fesyen Kareena.
Malah, mereka juga berasa kagum apabila Kareena berani untuk mengenakan sari pada acara berprestij tersebut yang melambangkan tradisi kebanggan India.
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran bintang-bintang Bollywood seperti Shah Rukh Khan (SRK) dan Priyanka Chopra, Kajol, AR Rahman, Shekhar Kapur serta Shabana Azmi yang mempamerkan keunikan busana dengan sentuhan tradisional di festival filem di luar negara.
Sumber:KOSMO
Sumber gambar: Instagram Kareena Kapoor