Hari ini genaplah usia seniwati legenda, Ruminah Sidek mencecah 76 tahun. Dalam perkongsian terbaharu Emelda Rosmila atau Mel, isteri kepada Adlin Aman Ramlie ini sempat menitipkan doa buat ibu mertuanya sambil memuat naik beberapa foto bermakna mereka berdua.
Menyifatkan Ruminah Sidek sebagai ibu yang sporting, Mel yang kini berusia 42 tahun telah mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta sejak tahun 2009.
IKLAN
“Happy Birthday Ibu Mertuaku Seniwati Ruminah Sidek. MiL yg sporting. Semoga panjang umur mak, sihat selalu dan berada dalam rahmat Allah swt. 76 years young.” Mel
Pada usia 76 tahun, wanita ini masih kelihatan sihat dan aktif dalam dunia lakonan. Nampak ceria dan kelakar seperti biasa. Rezeki Emelda Rosmila dapat ibu mertua yang baik dan penyayang.
IKLAN
Seniwati yang mesra disapa Mak Mah itu, turut dihujani ucapan dan doa daripada para penggiat seni terutamanya pelakon-pelakon muda yang pernah bekerjasama dengannya. Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1946 di Klang, Selangor.
Seorang yang menyenangkan, kelakar dan berbakat besar, seniwati Ruminah Sidek mula terlibat dalam bidang lakonan sejak awal tahun 60-an. Beliau juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Allahyarham Aman Ramlie Tompel (A.R. Tompel).
Di antara anak-anaknya adalah pelakon, pengacara dan penggiat teater Adlin Aman Ramlie serta Allahyarham Amran Tompel.
IKLAN
Mula dikenali dengan watak Norma dalam filem Anak Bapak, langkah Ruminah Sidek terus cemerlang dalam pelbagai filem Melayu antaranya Langit Tidak Selalu Cerah, Mira Edora, Puteri Gunung Ledang, Zombi Kampung Pisang serta ratusan drama dan telefilem.
Malah sehingga ke hari ini, nama Ruminah Sidek masih terus segar dalam industri. Beliau banyak membintangi filem mistik dan drama televisyen, selain dijemput sebagai tetamu jemputan dalam Muzikal Lawak Superstar 3 di saluran Astro Warna.
Semoga wanita legenda dalam industri perfileman negara ini terus diberi kesihatan yang baik dan usia yang diberkati. Happy birthday Mak Mah!
Nurfarahin Romli bukan seorang selebriti yang mencipta nama di persada seni tanah air. Namun, perkahwinannya bersama bekas suami yang merupakan personaliti TV lelaki, Ally Iskandar suatu ketika dahulu turut membuatkan dirinya turut dikenali khalayak. Hasil pernikahan tersebut, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah Lee dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Maream Esabel Ally Iskandar yang kini berusia tiga tahun.
Meskipun tiada lagi jodoh di antara Ally dan Farah dalam alam rumah tangga tetapi kedua-duanya masih berkawan baik. Aura positif yang hadir dalam diri Farah sejak episod tersebut membuatkan ramai yang tertarik dengan personaliti graduan Kejuruteraan Mekanikal dari Inha University, Incheon, Korea ini. Menyingkap tabir duka yang pernah melanda diri, Farah tanpa berselindung pernah meluahkan rasa hati di Iaman Instagram miliknya.
Tulis Farah,
“Aku, awalnya aku paksa diri untuk move on. Sebab aku takut if still hoping, bila tak dapat apa yang aku nak tu, aku akan frust. Jadi aku paksa diri reda dan move on. Tapi tak boleh. Susah sangat. Aku tak reda pun. Jadi aku usaha lagi, still hoping, still doa. Sebab aku sedar, aku masih bertanggungjawab pada Allah untuk selamatkan perkahwinan aku terutama dalam tempoh iddah itu. Tapi tak berjaya.
Dan, magisnya kuasa usaha. Walaupun aku tak dapat apa yang aku nak, tapi aku happy sangat. Sebab takde regret dah. Sebab aku yakin aku dah usaha dari semua bucu. Semua. Jadi mudah untuk aku reda dan move on. Mudah sangat. Dan hikmah terbesar semua itu adalah ia akan dekatkan lagi diri kita dengan Allah. Syukur.
Jadi, ‘Jadi, maka jadilah’ (kun faya kun) yang mana Allah terjadikan pada kita? Tak penting untuk tahu. Sebab kita tiada kuasa untuk lawan kuasa Dia. Tapi kita berkuasa untuk bertaubat, untuk berusaha, untuk berdoa. Sungguh-sungguh. Yakin. Lalu Allah pasti bagi yang terbaik. Sebab Allah tak zalim. Allah takkan pernah zalim. Takkan.”
Benarlah, wanita itu luarannya nampak lembut namun hati mereka punya kekuatan yang sungguh luar biasa.
Enggan terus meratapi insiden tersebut, Farah bangkit meniti hari mendatang. Dan berkat kesungguhan dan reda dengan takdir Allah, dia kini mampu tersenyum puas apabila perniagaan yang dulu hanya sekadar suka-suka menjadi karier tetapnya. Sebagai pemilik kepada empayar Love, Farah Lee dan Omma & Esabel iaitu label fesyen muslimah dewasa dan busana kanak-kanak yang diasaskan sejak September 2016, Farah semakin bijak merintis kejayaan.
Antara koleksi terbaru yang dihasilkan Omma & Esabel ialah OE Fairytail dan OE Silang. Selain itu, terdapat pelbagai rekaan corak hijab eksklusif yang dihasilkan jenama Love, Farah Lee.
Bukan sekadar berjaya dalam bidang perniagaan, Farah juga sebenarnya pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Dia pernah mendapat keputusan 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 9A1 ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lebih membanggakan, dia juga telah dipilih sebagai pemegang biasiswa JPA untuk melanjutkan pengajian di Korea.
Moga terus melakar kejayaan dan memberi inspirasi kepada seluruh wanita di dunia!
Walau dah hampir dua tahun namun pertemuan dengan Datin Umi Kalsom Abdol Latif sukar dilupakan. Mana tidaknya, seorang wanita menyenangkan, sangat mesra, penyayang, berjiwa besar dan cantik dalam kelas tersendiri.
Meskipun baru pertama kali bersua namun sepanjang berada bersama ibu Dato’ Fazley Yaakob ini bermacam-macam petua dan pengalaman hidup dikongsikan Datin Umi kepada penulis. Yang pasti, beliau tidak lokek berkongsi rahsia!
Melihat susuk tubuh dan raut wajah Datin Umi pasti ramai yang tidak menyangka ibu empat anak ini sebenarnya sudah mencecah usia 69 tahun pada 13 April lepas. Bersandarkan rupa paras cantik dan pesona anggun yang dimiliki, Datin Umi kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar.
Apatah lagi beliau masih kekal cergas dan bijak bergaya. Sambil mengaku gemar berfesyen tetapi masih berpegang kepada penampilan sopan seorang muslimah, Datin Umi terbuka berkongsi rutin harian.
Ditanya petua cantik yang diamalkan hingga mampu kelihatan menarik pada usia lewat 60an, ini jawapan jujur beliau. “Mungkin sebab jiwa saya tak suka simpan apa-apa. Maksudnya, ada orang kalau ada sesuatu yang tidak kena… mereka suka simpan dan pendam tapi saya tak.
Saya orangnya cukup terbuka tidak kira sama ada dengan arwah suami ke, anak-anak mahupun kawan-kawan. Kalau saya ada rasa kurang senang dengan sesuatu perkara, saya akan cakap dan tak simpan.
Dari situ, tiada lagi perasaan curiga dan mungkin salah satunya juga saya tak kata yang saya alim tapi saya amal baca Al-Quran hari-hari. Tambahan lagi bila arwah suami dan emak dah tak ada. Bayangkan, lepas satu bulan suami meninggal dunia selang dua minggu kemudian emak pula pergi menghadap ilahi.
Kalau saya pergi luar negara pun, saya ada apps yang membolehkan saya sentiasa mengaji. Sejak arwah tak ada, saya mula catit berapa banyak kali saya dah khatam selama empat tahun ini. Dalam sehari saya akan peruntukan sekurang-kurangnya sejam untuk baca Al-Quran dan target berapa lama saya boleh habis baca satu Al-Quran.
Selain mengamalkan rutin itu sebenarnya tak ada pun petua lain sebab saya tak makan jamu. Saya ingat lagi arwah suami pernah pesan dulu. Katanya, “Ibu, biar ibu setua tu. Jangan ‘cucuk-cucuk’, bapak tak bagi. Kalau ibu buat facial, itu tak apa.”
Bercerita mengenai rutin harian pula, Datin Umi menjelaskan beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. Namun terpaksa berhenti kerja kerana mahu memenuhi permintaan anak sulungnya, Dato’ Fazley Yaakob.
“Saya pernah berkhidmat dengan kerajaan selama 30 tahun tapi berhenti kerja bila anak saya, Fazley balik dari belajar luar negara. Dia anak pertama saya dan waktu tu saya baru 40an. Fazley kata dia jemu tengok saya bekerja dan berkorban untuk anak-anak jadi dia mahu saya berehat.
Bila dah berhenti, saya isi masa dengan aktiviti yang saya suka seperti masuk kelas memasak, belajar mengait, buat flower arrangement dan decoration. Sekarang, hobi saya ialah tanam bunga orkid. Awal dulu memang saya tak pandai tanam tapi lepas beli buku dan belajar alhamdulillah pokok orkid saya kalau berbunga boleh bertahan sampai 3 hingga 4 bulan.
Bila anak-anak dah besar, saya sibukkan diri dengan benda yang saya minat macam mengait, menyulam dan tanam pokok. Waktu bekerja dulu, balik je rumah saya akan buat makanan seperti piza, kek, roti dan masak semuanya sendiri. Jarang beli di luar.”
Mengakui budaya wanita hari ini yang lebih berdikari dan memiliki kerjaya sendiri, Datin Umi bagaimana pun menitipkan pesan berikut kepada seluruh wanita demi mengimbangi
kehidupan berkeluarga. “Ibu saya ajar, macam mana tinggi pangkat kita sebagai seorang wanita tapi bila kita dah berkahwin dan ada di rumah… kita adalah isteri dan ibu.
Sebagai seorang wanita, macam mana sibuk kerjaya sekalipun menjaga suami dan anak-anak juga adalah tanggungjawab. Paling penting, pastikan anak-anak dapat didikan agama,” akhirinya.
Nampaknya kehadiran tahun 2020 telah membuka lembaran baru buat Usahawan Muslimah cantik, Vie Shantie Khan ini apabila baharu saja melahirkan anak keempat pada 2 Januari 2020 lalu.
Vie Shanti turut berkongsi khabar gembira ini melalui laman media sosialnya, “Syukur Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah SWT. Saya ingin berkongsi khabar gembira bahawa pada 02.01.2020 saya telah pun selamat melahirkan Baby Girl seberat 2.54kg pada jam 11.00 pagi,” kata pemilik busana Muslimah VHijrah ini.
Kegembiraan Vie Shanti terserlah sebaik sahaja melihat dekorasi milik puterinya itu. Redup saja mata memandang saat melihat dekorasi bilik milik si manja ini, cantik dan tersusun kemas. Pilihan rona lembut dan susun atur yang selesa benar-benar mencipta suasana. Tengok sahaja bilik beradunya.
Vie Shanti juga telah mengikut sunnah dengan menamakan anak keempatnya selepas tujuh hari dilahirkan. “Bersempena mengikut Sunnah dan Adap Sunat untuk memberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya dan kami telah pun memenuhi Aqiqah Qurban sekali dengannya pada hari ini.
Ibu kepada empat orang anak ini juga telah berkongsi maksud puteri kesayangannya itu. “Dengan izin Allah SWT, kami suami isteri memilih nama ini semasa dia masih tujuh bulan dalam kandungan di Mekah Al Mukaramah pada October 2019 semasa kami berdua mengerjakan Umrah.
Foto: Instagram @zareefyousofofficial
‘RAISSA’ membawa maksud ‘YANG BERIMAN’ dan ‘VIE’ pula adalah simbolik dari nama saya untuk ke semua anak-anak perempuan saya. Memperkenalkan puteri kecil ahli baru keluarga saya dan suami ‘VIE RAISSA’.
Foto: Instagram @zareefyousofofficial
Semoga Vie Raissa menjadi anak yang beriman seperti indah namanya. Selalu membahagiakan orang-orang sekelilingnya dan semoga Vie Raissa menjadi hamba Allah SWT yang bermanfaat kepada insan lain. Mumy doakan agar Raissa selalu dalam Perlindungan dan Rahmat Allah SWT disepanjang hayat Raisaa, inshaa Allah,” coret Vie Shanti yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Dato’ Sri Eizlan Yusof mempunyai tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Abang dan kakak kepada Vie Raissa juga begitu gembira berjumpa dengan adik mereka. Kongsi Vie Shanti lagi, “Air mata gembira dari Kakak Vie Zaara, Abang Zareef Yusof dan Kakak Vie Zaalia sangat menyentuh hati Mumy apabila kali pertama mereka bertentang mata melihat adik lahir dengan sempurna.
Mempunyai gabungan wajah daripada mereka tiga-beradik, menjadikan satu hospital riuh-rendah dengan suara excited yang tidak boleh disembunyikan lagi,” catat Vie Shanti lagi.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...