Ads

“Happy Birthday My Dearest,” Pertama Kali Rai Hari Lahir Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, Tengku Amir Shah Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati!

Tengku Amir Shah Rai Hari Lahir Datin Paduka Seri Afzaa Fadini
Tengku Amir Shah Rai Hari Lahir Datin Paduka Seri Afzaa Fadini

Lebih enam bulan mendirikan rumah tangga, terserlah wajah bahagia Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz. Masih segar di ingatan rakyat Selangor khususnya mengenai kemeriahan majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan ini yang berlangsung indah pada 2 Oktober 2025.  

Tanggal 11 April lepas pastinya menjadi detik istimewa buat Tengku Amir Shah apabila buat pertama kalinya Baginda berpeluang menyambut ulang tahun kelahiran Datin Paduka Seri Afzaa Fadini sejak bergelar suami isteri.

Artikel https://www.nona.my/istiadat-persandingan-diraja-selangor/

Tengku Amir Shah Rai Hari Lahir Datin Paduka Seri Afzaa Fadini

“Happy Birthday My Dearest,” Pertama Kali Rai Hari Lahir Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, Tengku Amir Shah Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati! “Happy Birthday My Dearest,” Pertama Kali Rai Hari Lahir Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, Tengku Amir Shah Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati! “Happy Birthday My Dearest,” Pertama Kali Rai Hari Lahir Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, Tengku Amir Shah Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati!

Meninjau media sosial Raja Muda Selangor, Tengku Amir berkesempatan memuat naik foto bersama Datin Paduka Seri Afzaa ketika majlis perkahwinan mereka. Sambil menitipkan ucapan ‘Happy Birthday My Dearest’ buat permaisuri hati.

Ads

Perkongsian Raja Muda Selangor ini turut mendapat perhatian warga maya. Rata-rata mereka menzahirkan rasa teruja dengan sifat romantik Tengku Amir Shah. Selain tidak ketinggalan mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Datin Paduka Seri Afzaa yang kini meniti usia 33 tahun.  

Pada awal Syawal lalu, pasangan sama cantik sama padan ini berkongsi potret Aidilfitri berdua di Istana Pantai Bahagia Morib.

Tulis Raja Muda Selangor di Instagram, “Aidilfitri kali ini lebih istimewa bersama Afzaa di Istana Pantai Bahagia Morib, menghimpun rasa syukur dan bahagia.” 

Ads

Peribadi Datin Paduka Seri Afzaa Fadini

“Happy Birthday My Dearest,” Pertama Kali Rai Hari Lahir Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, Tengku Amir Shah Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati! “Happy Birthday My Dearest,” Pertama Kali Rai Hari Lahir Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, Tengku Amir Shah Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati! “Happy Birthday My Dearest,” Pertama Kali Rai Hari Lahir Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, Tengku Amir Shah Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati!

Ads

Menelusuri latar belakang Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam BA Development Studies and Economics dari School of Oriental and African Studies dan memiliki Ijazah Sarjana dalam Sustainable Cities, King’s College London. 

Datin Paduka Afzaa Fadini juga berpengalaman dalam pengurusan dan perlindungan Kawasan pemuliharaan di bawah pemulihan hutan aktif di Semenanjung Malaysia. Seterusnya meningkatkan biodiversiti. 

Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz diijabkabulkan pada 2 Oktober 2025 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Selangor. 

Semoga pasangan diraja ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT.  

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Rita Rudaini Genap 50 Tahun

“Officially 50!” Macam Tak Menua, Rita Rudaini Tampil Awet Muda Sambut...

Beruntung Rita Rudaini dikurniakan kesihatan yang baik dan rupa paras menawan. Meskipun sudah menginjak usia 50 tahun namun penampilan aktres jelita ini tetap mempersona. Rita bukan hanya menjadi tumpuan kerana personaliti yang dimiliki tetapi juga semangatnya sebagai ibu tunggal dalam membesarkan dua orang anak.