Hampir tiga tahun melayari bahtera perkahwinan banyak mendidik Akwa Arifin menjadi seorang suami yang matang dan lebih menghargai pengorbanan isteri tercinta. Bagi penyanyi ini, hidup rumah tangga di samping Najwa Latif cukup indah meskipun mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan.
Salah satu ujian besar yang dilalui pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif dan Akwa apabila pelantun lagu Cinta Muka Buku tersebut mengalami keguguran pada awal Disember tahun lalu.
Walau sedih kerana impian untuk bergelar ibu bapa tidak kesampaian, kedua-duanya yakin ada hikmah di sebalik situasi berkenaan.
Akwa Arifin Hargai Pengorbanan Najwa Latif
Setiap ujian ditempuh dengan penuh sabar dan menguatkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri.
Sempena ulang tahun kelahiran ke-30 Najwa Latif pada 23 Mei lalu, Akwa menitipkan ucapan bermakna buat isteri tercinta. Daripada kata-kata yang diluahkan, sebagai suami dia melihat Najwa ibarat sebutir permata yang tidak ternilai harganya.
Ads
“Happy 30th to my amazing wife. What a ride it’s been. Full of laughs, late nights, big dreams, and a few curveballs too. Through it all, you’ve been the strongest, most fun, and loving partner I could’ve ever hoped for.”
Tambahnya lagi, dia mengagumi semangat dan jiwa cekal Najwa menghadapi kesulitan hidup dengan tenang.
“You’ve handled every high and low with grace and somehow made even the hard days feel lighter. I seriously don’t know how you do it but I’m so damn lucky you do.”
Najwa Latif bergelar isteri kepada Akwa Arifin pada 11 November 2022 selepas dikhabarkan menjalin hubungan serius selama dua tahun.
Lagu-lagu dendangan Najwa cukup popular sekitar tahun 2012 dan masih mempunyai peminat tersendiri sehingga ke hari ini.
Najwa Latif Isteri Akwa Arifin Bijak
Biarpun tidak lagi aktif menerbitkan album namun selebriti ini sering menjadi bualan warga maya kerana kejayaannya dalam bidang akademik.
Ads
Pada tahun 2019, dia berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM) dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL).
Dia kemudian mengikuti pengajian PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Semoga Najwa dan Akwa terus cekal mengharungi alam rumah tangga serta berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Sekaligus menjadi sumber inspirasi kepada pasangan suami isteri lain agar saling menghargai di antara satu sama lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Chef selebriti yang juga penyanyi dan pelakon Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini menitip ucapan istimewa buat isterinya di laman Instagramnya bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-16. Untuk makluman, Dato’ Fazley selamat diijabkabulkan bersama Datin Azrene Ahmad pada 7 November 2006 di Masjid Saidina Umar Al Khattab. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua dikurniakan empat orang cahaya mata, tiga lelaki dan seorang perempuan.
Menerusi hantaran tersebut, Datuk turut segala dugaan yang pernah berlaku sepanjang perkahwinannya selama ini. Jelasnya, “terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang berkali-kali dan bukan dari kita berdua, tetapi selalu dari mereka yang sering mencuba untuk memisahkan kita dan menggoyangkan masjid yang kita bina selama ini. Allah maha besar, segala ketentuan-Nya tidak akan mampu sesiapa pun ubah. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-16 adik sayang saya”
Malah, Datuk Fazley menyatakan kesyukuran dikurniakan seorang isteri yang kuat apatah lagi isterinya juga pernah berhadapan dengan pelbagai dugaan. Isteri kepada cef selebriti yang berusia 44 tahun itu mengalami keguguran sebanyak 13 kali termasuk dua pasangan kembar.
NONA mendoakan semoga masjid yang dibina ini kekal sehingga ajal dan maut memisahkan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rupa-rupanya Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Sofie Louise Johansson Petra pernah bertunang dengan YTM Tengku Mahkota Kelantan pada 14 Februari 2018.
Berkongsi momen indah tersebut di media sosial miliknya, YTM Che Puan Sofie turut memuat naik gambar di sisi suami tercinta sambil menyarung persalinan kurung rona biru.
Sementara Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra mengenakan kemeja rona senada biru.
“February 14 – This evening we had our engagement anniversary. I can’t believe it’s been 5 years already. A huge 38 % of people who responded to a UK survey said that their proposal took place during a holiday, making it the most popular way to propose.”
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Foto Majalah Nona
19 April nanti, usia perkahwinan YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan YTM Che Puan Mahkota Kelantan genap empat tahun.
Mengimbas kembali detik bersejarah pasangan diraja ini, YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz dan YTM Che Puan Sofie melangsungkan majlis pernikahan pada 19 April 2019 dalam suasana ringkas tetapi meriah.
Istiadat pernikahan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat yang diadakan secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan.
YTM Che Puan Sofie yang berasal dari Sweden ternyata berjaya menambat hati khalayak dengan penampilan dirinya yang anggun dan sopan.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Foto Majalah NonaFoto Majalah NonaKredit Instagram @ljo_
Biarpun bukan dilahirkan di Malaysia dan menjalani perbezaan budaya sebelum bergelar suri hati Tengku Mahkota Kelantan, namun beliau bijak menyesuaikan diri.
Misalnya, ketika awal perkahwinan dan pertama kali muncul di khalayak apabila mengikuti YTM Tengku Muhammad Fa-iz Petra mengunjungi rakyat Kelantan yang terlantar sakit dan kurang bernasib baik.
Apa yang pasti, YTM Che Puan Sofie bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata. Sebaliknya, beliau juga seorang wanita yang tidak kekok bertemu masyarakat, aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, ligat di dapur, gemar berbasikal dan pandai menjahit.
Ogos tahun lalu, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dikurnia Pangkat Kemuliaan yang membawa gelaran Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan. Semoga YTM Che Puan Mahkota Kelantan terus berbakti buat masyarakat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada perkara yang menyempurnakan sesebuah perkahwinan selain cinta, dan tiada yang boleh menghancurkannya selain wang. Cinta dan wang, sama-sama membahagiakan. Tetapi apabila anda mengahwini seseorang yang tidak pintar menguruskan wang, gemar berbelanja di luar kemampuan dan sering mengidamkan sesuatu yang sukar ditunaikan… percintaan anda mungkin dalam lingkaran bahaya!
Pasangan yang anda sayangi menyimpan tabiat buruk yang sukar ditinggalkan. Setiap kali ke pusat membeli-belah, dia menjadi ‘sukar dikawal’. Sentiasa keluar masuk butik dan beli sesuatu untuk menyenangkan hati. Malah pantang dipujuk penjual, pasti dia terpedaya untuk membeli sesuatu yang tidak perlu. Ah, bersedialah untuk menatap penyata bank dan kad kredit yang kritikal setiap bulan. Duit tabungan habis, malah hutang pula membukit tinggi!
Sesetengah individu, tidak sedar tentang had belanja yang boleh mereka gunakan. Ini sering terjadi kepada pasangan yang salah seorang daripadanya tidak bekerja. Kerana bosan, atau mungkin sekadar ingin mengisi kelapangan, mereka puas apabila dapat membeli sesuatu. Akibatnya, banyak barang yang tidak penting dibeli. Ruang di rumah seperti pusat pameran, penuh diisi dengan barangan itu namun ia tetap tidak membuat mereka mahu berhenti!
KESAN
Kegagalan mengurus wang adalah faktor utama yang meruntuhkan perkahwinan. Telah banyak kes perceraian yang disebabkan oleh kes seperti ini. Lebih memburukkan keadaan, isu wang menjadi satu subjek yang sensitif di antara anda dan si dia. Nah, bagi anda yang terikat dengan pasangan boros, tapi dalam waktu yang sama perlu mengimbangi kedudukan kewangan dan ingin bebas bebanan hutang, sesuatu yang wajar harus dilakukan.
Memaafkan pasangan kerana tabiat buruknya adalah perkara paling mulia dapat anda lakukan. Ingat, perkahwinan yang berjaya ialah penyatuan dua individu yang saling memaafkan. Jauhi sifat marah dan elakkan ‘melabel’ pasangan dengan kata-kata sinis seperti “you pemboros!” atau “you pentingkan diri!”. Pasti sukar mempengaruhi fikiran pasangan anda jika anda berdua tidak sefahaman. Remember that two wrongs can never make a right.
PANDUAN
Hadiri kelas mengurus kewangan bersama-sama. Jika pasangan tergolong masalah compulsive disorder, temuilah pakar terapi untuk mengawal situasi dan kenal pasti penyelesaian yang bijak.
Bincangkan impian masa depan anda berdua. Mungkin ingin memiliki rumah sendiri, menabung simpanan pendidikan anak-anak, bercuti di lokasi impian atau mengerjakan Haji dan Umrah. Kemudian buat pelan tabungan untuk mencapainya.
Lukis carta kemampuan wang anda. Tulis dengan jelas berapa hutang yang perlu dibayar, peruntukan belanja seisi rumah dan lebihan wang yang boleh digunakan.
Tegur pasangan secara lembut tetapi tegas. Gunakan kata-kata nasihat yang tidak akan menyakiti hatinya.
Ini mungkin serius, tapi sentiasalah awasi buku cek anda. Simpan juga semua kad debit dan kad ATM bersama anda.
Sentiasa pastikan pasangan anda mempunyai wang perbelanjaan yang cukup. Bertolak ansur jika dia ingin membeli sesuatu agar dia tidak terasa seperti kanak-kanak kecil.
Bersama-sama membeli-belah, atau sentiasa hadiahkan barangan yang diminatinya agar dia berhenti secara perlahan-lahan. Pastikan pembelian yang besar atau mahal perlu dilakukan bersama anda.
Ajak pasangan anda menikmati keseronokan dengan cara lain seperti menyertai kelas menari, bermain badminton atau kelab buku untuk mengalihkan perhatiannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.