Walaupun mencuci rambut boleh dikatakan rutin harian, tetapi masih ramai yang tidak tahu cara yang betul.
Sebenarnya masalah rambut seperti kelemumur, rambut putus, keguguran, berminyak atau kering bukan datang daripada kesalahan memilih syampu. Tapi masalah tercetus akibat cara mencuci rambut yang tidak tepat.
Mencuci rambut dengan cara yang salah membawa kesan buruk kepada kesihatan rambut. Biasanya anda membersihkan rambut menggunakan air panas atau air sejuk?
Sebenarnya bagi memperoleh kesihatan rambut yang optimum, langkah yang paling tepat adalah dengan mengatur suhu air ketika bersyampu.
Kebaikan Air Panas
Membersihkan rambut secara menyeluruh, air hangat merupakan pilihan yang tepat. Membersihkan rambut dengan air hangat boleh membantu membuka kutikel dan pori-pori pada kulit kepala.
Situasi ini membantu menyingkirkan minyak berlebihan, sel kulit mati, kotoran dan kelemumur yang bertompok dan menyumbat permukaan kulit kepala. Air panas juga boleh menyingkirkan sisa-sisa bekas produk rambut dari kulit kepala.
Ads
Selepas membersihkan rambut dengan air panas, kulit kepala akan menjadi lembap dan hangat. Kondisi ini akan membantu syampu dan perapi meresap ke dalam rambut dan kulit kepala dengan lebih berkesan.
Kelemahan Air Panas
Memang benar bersyampu dengan air panas dapat membantu membersihkan rambut dan kulit kepala. Tetapi, jika suhu air terlalu panas atau bersyampu terlalu lama boleh menyebabkan akar rambut cepat rosak.
Pada suhu yang terlalu panas, rambut akan mudah putus, gugur dan kering. Air panas menghilangkan minyak semula jadi rambut yang dikenali sebagai sebum. Sebum sangat penting untuk memastikan rambut terus bersinar dan kuat.
Ads
Kebaikan Air Sejuk
Ramai yang memilih membersihkan rambut dengan air sejuk kerana menyegarkan. Air sejuk dapat menutup pori-pori kulit kepala dan mencegah kotoran dan debu masuk serta berkumpul pada kulit kepala.
Selain itu, air sejuk menutup kutikel rambut dan menyerap kelembapan daripada perapi rambut. Malah, suhu kepala yang dingin dapat melancarkan peredaran darah. Darah mengandungi nutrisi yang diperlukan demi menjaga kekuatan akar rambut.
Kelemahan Air Sejuk
Air sejuk tidak sesuai buat mereka yang mempunyai rambut yang nipis. Mencuci rambut dengan air sejuk akan menjadikan rambut lepek dan tidak mengembang.
Ads
Jika anda memiliki rambut yang tipis, atau tinggal dan sering beraktiviti di daerah yang panas kering, mencuci rambut dengan air dingin akan membuat rambut tidak bermaya, berminyak dan tidak mengembang.
Solusi
Bagi menikmati hasil terbaik buat rambut anda, gabungkan kedua-dua air panas dan air sejuk ini. Mulakan dengan membasahkan rambut dengan air suam (bukan terlalu panas) untuk membuka pori-pori dan kutikel rambut.
Cuci rambut seperti biasa dan bilas dengan menggunakan air sejuk. Kombinasi ini adalah kesan terbaik untuk membersihkan rambut dari minyak dan kotoran serta menjaga kulit kepala agar tetap sihat. Cubalah! Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kulit kering biasanya terlihat kasar dan kusam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh tahap sebum dan kelembapan kulit yang rendah. Sebum merupakan kelenjar lemak semula jadi yang dihasilkan oleh tubuh, seterusnya menjadikan kulit anda tetap terjaga kelembapannya. Nak dapat kulit sihat dan bebas kering, kenalah amalkan 12 trik ini!
Kulit kering memerlukan penjagaan yang lebih teliti berbanding jenis kulit yang lain. Ini kerana kulit kering memerlukan pelembap serta urutan yang lembut secara teratur untuk meningkatkan peredaran darah dan mengaktifkan kelenjar yang menghasilkan sebum.
Sebaik mencuci wajah, lapkan wajah anda secara lembut. Jangan cuba mengeringkan kulit kering anda itu dengan cara menggosok secara kasar.
Gunakan krim pelembap pada waktu malam iaitu sebelum tidur. Krim yang lebih bagus serta sesuai untuk kulit kering ialah jenis losen kerana produk ini memiliki kandungan minyak yang lebih banyak.
Sapukan krim atau minyak bayi selepas mandi. Cara ini dapat membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Salah satu cara lagi untuk mengekalkan kecantikan kulit termasuklah menyapu krim susu pada waktu malam iaitu sebelum tidur.
Kulit kering boleh mencepatkan penghasilan kedutan. Gunakan krim di sekitar bahagian mata dan mulut. Kedua-dua bahagian ini merupakan tempat paling awal untuk kedutan muncul.
Ylang ylang, mawar, cendana dan chamomile merupakan antara minyak pati yang berkhasiat untuk mendapatkan kulit yang halus.
Sental sel kulit mati sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Pilihlah pelembap yang memiliki kandungan minyak yang tinggi. Sekiranya anda memiliki kulit wajah yang sangat kering, pelembap yang mengandungi minyak dalam jumlah tinggi akan bekerja dengan baik untuk kulit anda. Namun, jika tahap kekeringan kulit wajah sederhana, anda harus menggunakan pelembap yang sedikit kandungan minyaknya serta yang berasaskan air.
Dapatkan produk yang dapat membantu memperbaiki kulit wajah. Beberapa jenis produk yang boleh meningkatkan kecantikan kulit iaitu losen, pelembap, penyegar, cecair penanggal solekan dan skrub wajah. Jika kulit kering gunakan produk yang tertera ’untuk kulit kering’ atau ‘untuk kulit sensitif’.
Jauhi produk jenis sabun yang akan menyebabkan kulit bertambah kering. Kebanyakan sabun mandi boleh menyebabkan kulit kering. Mungkin ada yang sesuai dengan sabun tertentu tetapi belum tentu sesuai dengan kita kerana setiap orang memiliki tahap sensitiviti kulit yang berbeza. Kebanyakan sabun mengandungi sodium lauryl sulfateatau bahan pembuat buih sabun yang boleh menyebabkan kulit kering. Anda boleh memilih sabun yang disesuaikan dengan jenis kulit dan mengandungi pelembap yang baik untuk kulit kering.
Elakkan mandi terlalu lama. Menggosok sabun pada kulit terlalu lama juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Malah, penggunaan air panas untuk mandi juga boleh menyebabkan kulit kering.
Gunakan air yang bersih. Apabila air di persekitaran anda kualitinya adalah kurang baik serta mengandungi bahan berbahaya untuk kulit seperti logam berat, cubalah saring terlebih dahulu dengan alat-alat penyaring air bersih.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai penghidap kanser limfoma dan masih menjalani rawatan radioterapi di pusat perubatan, keadaan kesihatan Elyana sering menjadi tumpuan peminat.
Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 33 tahun, baru saja menyelesaikan sesi radioterapi kelima pada 31 Julai lalu dan perlu banyak berehat bagi memulihkan kesihatannya.
Kesempatan berehat itu turut diambil untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak-anaknya, Cinta Sumayyah, 10 tahun dan Cahaya Ramadhani, 2 tahun yang kebetulan jatuh pada bulan yang sama.
Cinta Sumayyah
Cahaya Ramadhani
Sebagai ibu kepada dua cahaya mata, kasih sayang Elyana terhadap puteri-puterinya diabadikan melalui penulisan. Penyanyi Kalis Rindu yang juga isteri kepada Khairul Anuar Husin itu juga turut mengadakan parti kecil-kecilan buat menggembirakan si kecil di rumah.
Terasa betapa keakraban inilah yang menjadi kekuatan Elyana sepanjang dia berjuang melawan penyakit kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu. Support system Elyana mungkin antara kekuatan yang dipegangnya agar terus bertahan untuk sembuh.
Paling suka tengok wajah anak gadis Elyana ni, cantik betul macam ibunya!
“Please jaga kesihatan ok… Makan supplement yang boleh kuatkan immune system. Kalau kita sakit, duit berjuta pun tak boleh beli kesihatan yang baik” Elyana
Dua minggu lepas, Elyana turut berkongsi bahawa ibu dan adik lelakinya disahkan positif COVID-19. Situasi ini pasti membuatkan hatinya luluh dan tidak berhenti-henti mendoakan kesembuhan buat ahli keluarga tercinta.
Dalam masa yang sama, Elyana tidak melupakan jasa peminat yang sentiasa mendoakan kesembuhannya sewaktu dalam rawatan.
“Terima kasih kerana sudi mendoakan saya dan tak henti memberi kata-kata semangat. Semoga segala kebaikan ini, berbalik kepada awak semua…”
Semoga semuanya baik-baik sahaja dan Elyana terus kuat semangat mengharungi ujian yang menimpa diri serta ahli keluarganya.
Sumber: @elyanaofficial
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon jelita dan ternama Indonesia Raline Shah tampil memukau dan berbeza di karpet merah Cannes Film Festival, Paris baru-baru ini. Mana tidaknya Raline Shah tampil begitu cantik dan anggun dengan kebaya warna biru di mana beliau memilih persalinan kebaya dalam misinya memperkenalkan budaya Indonesia.
Raline Shah menghadiri Cannes Film Festival 2023 di Paris pada Sabtu beliau datang memenuhi undangan sebagai wakil anak seni dari Artist International Group yang berpengkalan di Los Angeles yang dianggotai Raline. Tidak hanya itu, Raline juga dipilih untuk mewakili jenama perhiasan mewah Chopard dan Bvlgari.
Penampilan Raline ternyata menarik perhatian dunia dengan mengenakan kebaya biru dipadukan dengan material batik. Penampilannya jelas berbeza jika dibandingkan undangan lain karena memakai pakaian tradisional, apatah lagi ia disuntik dengan elemen mewah menyerlahkan kejelitaan Raline Shah.
Menerusi laman Instagram story @ralineshah, Raline dilihat berjaya menonjolkan sisi kebanggaanya menggunakan kebaya dan batik di acara bertaraf antarabangsa. Warganet juga turur memuji kecantikannya saat mengenakan pakaian di festival tersebut.
Untuk pengetahuan, kebaya yang dipakai Raline menyimpan seribu satu maksud dan dihasilkan oleh rumah fesyen Maison Baaz Couture yang mereka kebaya tersebut.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.