Dalam pelbagai helaian baju raya yang dilancarkan sepanjang tempoh PKPB, ada satu stail Mira Filzah dan Remy Ishak ini paling mencuri perhatian.

Baju raya polos tanpa perincian, palet warna neutral dan terletak cantik di tubuh.

IKLAN

Kenapa tidak? Inilah helaian norma baru, sesuai tema Hari Raya 2020 iaitu penjarakan sosial, tiada aktiviti berziarah atau berkumpul beramai-ramai macam dulu!

Helaian Norma Baru, Tahun Ini Kita Tiru Stail Baju Raya Effortless Ala Mira & Remy!
Mira Filzah: Top Baju Kedah dipadankan seluar polos untuk beraya di rumah

Jika dulu himpunan RTW Raya oleh para pereka fesyen mendominasi selera Aidilfitri, bagaimana jika tahun ini kita beralih angin kepada koleksi lebih back to basic?

EFFORTLESS

Sambutan Hari Raya tidak akan lengkap tanpa sentuhan klasik. Tahun ini, UNIQLO mendapat ilham untuk menggabungkan elemen warisan budaya dan elemen moden dalam Koleksi Raya 2020.

Koleksi yang bertemakan ‘Sambutan Hari Raya Dengan Selesa dan Bergaya’ ini dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi untuk keselesaan sambil bergaya.

Helaian Norma Baru, Tahun Ini Kita Tiru Stail Baju Raya Effortless Ala Mira & Remy!

Helaian Norma Baru, Tahun Ini Kita Tiru Stail Baju Raya Effortless Ala Mira & Remy!

Helaian Norma Baru, Tahun Ini Kita Tiru Stail Baju Raya Effortless Ala Mira & Remy!

Helaian Norma Baru, Tahun Ini Kita Tiru Stail Baju Raya Effortless Ala Mira & Remy!

Koleksi untuk lelaki termasuklah pilihan pakaian tradisional seperti Baju Melayu dan Batik Kapas. Baju Melayu dalam kolar tegak dan tanpa kolar, yang dibuat dengan bahan Uniqlo Dry Easy Care yang mudah kering dan kurang kedut.

Ayah, suami dan anak-anak lelaki anda pasti rasa selesa memakai baju yang kemas, malah senang digosok ini.

SUAI PADAN

IKLAN

Bagi koleksi eksklusif untuk wanita, UNIQLO menawarkan pilihan Baju Kaftan dan Tunik ¾ Rayon dalam pelbagai warna bagi menyerikan lagi tema dan gaya Hari Raya buat wanita. Baju Kaftan tampil santai dan penuh kewanitaan dengan lipatan drape.

Kedua-dua kaftan dan tunik direka untuk memberikan anda keselesaan dan menyerlahkan lagi ciri kewanitaan untuk penampilan yang ringkas dan elegan.

Helaian Norma Baru, Tahun Ini Kita Tiru Stail Baju Raya Effortless Ala Mira & Remy!

Helaian Norma Baru, Tahun Ini Kita Tiru Stail Baju Raya Effortless Ala Mira & Remy!

Gaun dan blaus dengan kolar terbuka memberikan rasa bebas dengan stail. Begitu juga dengan koleksi lelaki, ia dihasilkan dengan 100& kapas yang amat lembut dan selesa untuk kulit anda.

IKLAN

 

Helaian Norma Baru, Tahun Ini Kita Tiru Stail Baju Raya Effortless Ala Mira & Remy!

Helaian Norma Baru, Tahun Ini Kita Tiru Stail Baju Raya Effortless Ala Mira & Remy!

Helaian Norma Baru, Tahun Ini Kita Tiru Stail Baju Raya Effortless Ala Mira & Remy!

Bagi mereka yang ingin nampak sepadan dengan pasangan, pilihlah koleksi Batik Kapas wanita dalam gaun, blaus, dan skirt suar, yang boleh dipadankan dengan koleksi yang sama buat lelaki.

Nona tertarik berkongsi tip oleh Penata Gaya Bebas, Min Luna, tentang cara menambah keserian baju-baju polos menjelang Hari Raya nanti. Semoga bermanfaat!

https://www.facebook.com/uniqlo.my/videos/557975848484815/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI