Mahkamah Majistret baru-baru ini melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi selepas wanita terbabit menarik balik kes terhadap ahli perniagaan berkenaan.

Hikmah Ramadan, SM FAISAL & EMILIA HANAFI Selesai Kes Selama 8 Tahun Secara Baik

IKLAN

 

Memetik Utusan Malaysia, Majistret, Nadia Othman, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam bela SM Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, supaya anak guam dibebaskan daripada pertuduhan, susulan persetujuan Emilia menarik balik kes.

“Saya percaya pihak-pihak (SM Faisal dan Emilia) sudah berdamai dan mencapai jalan penyelesaian. Saya melepas dan membebaskan SM Faisal daripada pertuduhan, manakala wang jaminan dikembalikan,” katanya.

SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas di Brickfields, di sini, antara jam 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang pada 22 November 2015.

Hikmah Ramadan, SM FAISAL & EMILIA HANAFI Selesai Kes Selama 8 Tahun Secara Baik

 

Pendakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam pemerhati mewakili Emilia, Nizam Bashir, berkata kedua-dua pihak mencapai penyelesaian supaya semua pertikaian diselesaikan secara baik.

Akberdin berkata, pihaknya dan pihak Emilia bersetuju untuk tidak mendedahkan terma penyelesaian kepada umum.

“Selepas ini, kedua-dua pihak akan ambil tindakan untuk tidak meneruskan semua tuntutan di Mahkamah Syariah dan berharap semua berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, SM Faisal ketika ditemui media menzahirkan rasa syukur dengan penyelesaian kes dan mahu menumpukan perhatian kepada anak.

IKLAN

“Alhamdulillah, kes sudah selesai dengan cara baik pada Ramadan ini. Kes berjalan bertahun-tahun dan sekarang nak fokus anak balik dengan cara baik,” katanya.

Emilia pula memaklumkan mengambil berkat bulan yang mulia untuk menarik kembali kes demi anak, selain menyerahkan kepada peguam untuk isu berbangkit pada masa akan datang.

Hikmah Ramadan, SM FAISAL & EMILIA HANAFI Selesai Kes Selama 8 Tahun Secara Baik

“Kes berjaya diselesaikan dan asas penyelesaian merupakan faktor keberkatan bulan Ramadan selain kemaslahatan anak-anak (merujuk kepada tiga anak SM Faisal dan Emilia). Terdapat terma-terma persetujuan tapi tidak payahlah didedahkan, kita raikan persetujuan kata putus yang berjaya dicapai,” katanya.

Sementara itu, Akberdin berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mendedahkan terma-terma penyelesaian kepada umum.

IKLAN

“Penyelesaian ini juga melibatkan kes di Mahkamah Syariah iaitu kes mutaah dan harta sepencarian. Pihak-pihak akan mengambil tindakan memaklumkan kepada mahkamah, untuk tidak meneruskan lagi kes-kes lain. Kami berharap selepas ini semua akan berjalan lancar,” kata peguam itu.

Hikmah Ramadan, SM FAISAL & EMILIA HANAFI Selesai Kes Selama 8 Tahun Secara Baik

Mutaah ialah sagu hati yang wajib diberikan suami kepada bekas isteri sebagai tanda penghargaan kepada wanita itu untuk memulakan hidup baharu dan perceraian bukan berpunca daripada isteri.

Pasangan itu berkahwin pada 2004 sebelum bercerai 12 tahun kemudian manakala hak penjagaan tiga anak mereka diberikan sepenuhnya kepada Emilia.

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

Sumber: BERNAMA

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI