Di sebalik kejayaan dan kemasyhuran yang dimiliki Jaclyn Victor hari ini, ada kisah yang tersemat kemas di sanubari anak seni ini. Bukan mudah baginya mendaki puncak kejayaan apatah lagi dia bukan berasal dari keluarga berada.

Namun, kesusahan yang pernah dialami Jaclyn memberikan kekuatan semangat buatnya dan tiga adik lelaki lain untuk terus tabah menghadapi dugaan kehidupan. Pastinya, tulang belakang Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor ini ialah ibunda kesayangan iaitu Maggie Victor.

Meskipun Jac kini mampu memiliki segala yang diimpikan tapi jasa dan pengorbanan ibunda tersayang sepanjang membesarkan dirinya dan tiga beradik yang lain sentiasa terpahat di fikiran.

Betapa dia menyayangi ibunya lebih-lebih lagi sejak mendiang bapa meninggal dunia ketika Jac baru berusia sembilan tahun.

Hilang Bapa Usia 9 Tahun, JACLYN VICTOR Saksi Kepayahan Ibu Besarkan 4 Anak Seorang Diri!
Credit Instagram @jaclyn_victor

Perjalanan hidup Jac dipenuhi dengan cabaran hidup. Selepas kematian bapa, ibunya menjadi tempat bergantung dan sanggup melakukan tiga pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka.

Mengimbas kembali detik itu, Jac menerusi media sosial miliknya pernah berkongsi kisah ratu hatinya kepada umum.

“After my dad passed all, she had in remembrance of him were her children. I’ll admit, there must have been a million times when she would have thought ARGHHHH I don’t need this or what did I ever do to deserve this. We weren’t the easiest bunch, that’s for sure.

Still she persevered and gave us the best of her youth (she was only 31 when my dad passed) and all her years without taking a second for herself. If she found 5 sen on the road she would save it. I suppose when push comes to shove, anybody would do whatever it took to bring up 4 little kids.

Or so I think. I don’t khow if I would have the strength to or not. It would take a special kind of person. My mom is that special person. She is my best friend and the best mom and Nana to her children and also her grandchildren.

I love you Ma, with all my heart and my whole being. Thank you for everything that you have done and continue to do still. I would be lost without you. I pray that you have many more wonderful and healthy years ahead of you. God bless you forever and ever.”

Hilang Bapa Usia 9 Tahun, JACLYN VICTOR Saksi Kepayahan Ibu Besarkan 4 Anak Seorang Diri!
Credit Instagram @jaclyn_victor
Hilang Bapa Usia 9 Tahun, JACLYN VICTOR Saksi Kepayahan Ibu Besarkan 4 Anak Seorang Diri!
Credit Instagram @jaclyn_victor
Hilang Bapa Usia 9 Tahun, JACLYN VICTOR Saksi Kepayahan Ibu Besarkan 4 Anak Seorang Diri!
Credit Instagram @jaclyn_victor

Selain sibuk dengan kerjaya nyanyian, Jac yang kini berusia 43 tahun dilaporkan turut mengurus perniagaan Restoran BATS bersama rakan kongsi di Bangsar. Dia juga merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Jac pernah mendirikan rumah tangga dengan anggota kumpulan Az Yet yang juga rakyat Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada 19 Julai 2014. Namun perkahwinan mereka terlerai pada Januari 2020.

Hilang Bapa Usia 9 Tahun, JACLYN VICTOR Saksi Kepayahan Ibu Besarkan 4 Anak Seorang Diri!
Credit Instagram @jaclyn_victor
Hilang Bapa Usia 9 Tahun, JACLYN VICTOR Saksi Kepayahan Ibu Besarkan 4 Anak Seorang Diri!
Credit Instagram @jaclyn_victor
Hilang Bapa Usia 9 Tahun, JACLYN VICTOR Saksi Kepayahan Ibu Besarkan 4 Anak Seorang Diri!
Credit Instagram @jaclyn_victor
Hilang Bapa Usia 9 Tahun, JACLYN VICTOR Saksi Kepayahan Ibu Besarkan 4 Anak Seorang Diri!
Credit Instagram @jaclyn_victor
Hilang Bapa Usia 9 Tahun, JACLYN VICTOR Saksi Kepayahan Ibu Besarkan 4 Anak Seorang Diri!
Credit Instagram @jaclyn_victor

Hasil perkongsian hidup, Jac dikurniakan dua cahaya mata iaiatu Jonah Joshiah Rivera berusia tujuh tahun dan Molly Marguerite Rivera, lima tahun. Kedua-dua anak kesayangan Jac ini lahir pada tarikh sama iaitu 24 Ogos.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI