Pencuci mulut dalam bentuk crepe semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana ia mudah untuk dinikmati di samping filling yang telah dipelbagaikan. Bagi penggemar hidangan seperti lempeng nipis ini, ia bertambah menyelerakan apabila ramuan tambahan disertakan di dalamnya seperti hirisan strawberi, taburan cip coklat, hirisan pisang, krim dan sebagainya.
Terkini, penggemar hidangan pencuci mulut ini usah ketinggalan mengunjungi Marion Crepe, salah sebuah jenama yang begitu popular di Harajuku, Jepun. Membuka ruang perniagaannya di Plaza Mont Kiara, lebih 60 variasi filling boleh dipilih mengikut citarasa anda, sama ada manisan mahupun savory.
Ads
Umum sedia maklum akan ketelitian masyarakat Jepun dalam menghasilkan hidangan, Marion Crepes juga tidak terkecuali dari memberikan persembahan hidangan yang bukan sahaja menarik, tetapi memastikan kualiti bahan yang digunakan adalah pada tahap terbaik.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Marion Crepes, Tsutomu Yumoto, Marion Crepes amat mementingkan kualiti bahan utama dalam penyediaan crepe yang enak. Dengan pilihan sebanyak 60 perasa asli dan unik yang ditawarkan, sudah pasti penggemar hidangan ini wajib berkunjung ke Marion Crepes untuk menikmati sendiri keenakan hidangan yang jenamanya telah 40 tahun berada di pasaran Jepun.
Ads
Pelanggan boleh memilih crepe berasaskan variasi buah-buahan seperti strawberi, pisang, aprikot, mangga, blueberi dan sebagainya. Di samping itu, lengkapkan crepe dengan topping yang terdiri daripada krim, sos karamel dan banyak lagi.
Ads
Jadi, usah berlengah lagi. Jika teringin hidangan yang menghilangkan stres, crepe boleh dijadikan pilihan.
Hidangan turun-temurun tradisi Baba dan Nyonya sememangnya mempunyai banyak persamaan dengan hidangan masyarakat Melayu di Melaka. Mana tidaknya, gabungan budaya dan percampuran budaya menjadikan hidangan ini unik dan penuh seni.
Namun begitu, terdapat beberapa perubahan penggunaan bahan yang boleh membezakan hidangan Baba dan Nyonya. Resepi enak pastinya menjadi pilihan.
Tak tahu nak sediakan menu apa untuk berbuka puasa hari ini, jom cuba resepi Laksa Nyonya yang disediakan oleh Hotel Armada Petaling Jaya. Selamat mencuba!
LAKSA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
500 gm mee laksa
3 paket kek ikan
300 gm udang kering
100 gm daun kesum yang dihiris
100 gm kerang
200 gm taugeh
30 gm timun
50 gm cili merah
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:
200 gm bawang kecil
100 gm bawang putih
300 gm cili giling
50 gm buah keras
30 gm serbuk ketumbar
20 gm udang kering
100 gm lengkuas
30 gm serai
500 gm serbuk perasa
500 gm santan pekat
20 gm lada hitam
30 gm kunyit
30 gm lengkuas
CARA MEMBUAT:
Hiriskan kunyit dan lengkuas. Hiris nipis serai. Kemudian buang tangkai, dan biji cili dan hiris nipis. Hiris bawang kecil dan bawang putih. Basuh udang kering dan rendamkan ke dalam air panas.
Kemudian, kisar udang sehingga lumat. Kisar buah keras, lengkuas, serai, kunyit, dan bawang kecil sehingga lumat. Panaskan kuali dan masukkan minyak, setelah minyak masak panas, masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi bersama dengan udang kering.
Tumiskan sehingga naik bau dan masukkan serbuk ketumbar dan teruskan menumis. Setelah itu, barulah masukkan santan pekat dan serbuk perasa. Biarkan sehingga mendidih. Siap untuk di hidang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka ketika zaman kanak-kanak sering mengikut moyangnya yang bekerja di dapur istana membuat Datin Seri Emylia cekap memasak di dapur. Air tangan moyangnya sering mendapat pujian Almarhum Sultan Abu Bakar dan keluarga.
“Dulu-dulu masa sekolah rendah saya rajin ikut arwah moyang memasak di dapur istana. Bahan-bahan semua sudah disusun pembantu. Saya suka tengok gaya arwah memasak dan perhati bahan-bahan yang digunakan. Dari situ saya dah mula tahu macam mana nak masak dan bila sekolah menengah saya dah boleh memasak.
Di antara amalan masak arwah moyang adalah membuat rempah ratus yang diproses dan dikisar sendiri. Hingga kini saya amalkannya dan saya tak pernah beli rempah yang sudah diproses dalam peket. Aromanya lebih wangi dan rasanya lebih berperisa. Saya juga buat sendiri pes cili kering dan tidak sekali-kali menggunakan cili boh,” kongsi beliau mengenai ilmu masakan yang diwarisi dari moyangnya dan turut berkongsi resipi acar buah.
ACAR BUAH
Bahan-Bahan :Bahan A (bahan tumis):
1 1/3 cawan minyak untuk menumis (Lebihkan sedikit kerana buah akan menyerap minyak)
1 sudu makan biji sawi (ditumbuk atau kisar tanpa air)
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2.5cm halia
Bahan B (rempah tumis)
3 sudu makan rempah kari
8-10 tangkai cili kering (dibuang biji ,rebus dan kisar. Disangai dan dikisar halus
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh Jintan Putih biji
1 camca teh Jintan Manis biji
Bahan C
4 sudu makan gula merah
2 sudu makan sos cili
Garam secukup rasa
2 sudu makan perahan lemon
Bahan D
Disangai:
1/4 cawan bijan
1/3 cawan biji sawi
Bahan E (Buah-buahan)
50-150 gram setiap jenis buah buahan | kering atau jeruk (limau jeruk dibelah 12 ikut saiz)
2 labu bawang putih | dibelah dua jika bersaiz besar
12-15 ulas bawang merah | dibelah dua Cili Padi secukupnya
* Kalau buah yang berbiji atau besar seperti prune lebihkan sedikit timbangan, dipotong dua atau empat atau biarkan sebiji-biji.
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula).
5. Masukkan bahan E dan akhir sekali bahan D dan digaul sedikit supaya bercampur.
6. Usah dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur.
7. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut).
Sumber: Majalah RASA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena kedatangan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi, K-Town Korean BBQ (K-Town) meraikan warga gelandangan (homeless) apabila menjadikan mereka pelanggan terawal untuk menikmati hidangan “All-You-Can-Eat”I yang diperkenalkan oleh K-Town Korean BBQ.
Usaha yang dilakukan restoran K-Town ini untuk memberikan pengalaman baharu kepada
penghuni Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL), untuk merasai keunikan
makanan Korea yang cukup trending ketika ini dimana ia menjadi signature menu di restoran K-Town.
Pengasasnya, Andy Goh, berkata, ramai yang berkeinginan untuk mencuba makanan Korea
namun kerana harganya yang sedikit mahal, membataskan selera mereka.
“Sejujurnya ini bukan program tanggungjawab sosial korporat yang pertama dianjurkan.
Kami pernah melibatkan pelajar tahfiz sewaktu pembukaan K-Town dimana ketika itu Zizan
Razak masih bersama kami. Bagaimanapun, kali ini kami mengundang warga gelandangan pula menikmati hidangan di sini memandangkan kebanyakan mereka tidak pernah menikmati hidangan ini.
“Sempena Ramadan, K-Town memperkenalkan hidangan “All-You-Can-Eat” yang
menyediakan 50 variasi menu termasuk 12 jenis minuman dengan harga berpatutan iaitu
RM79.00++ pada hari biasa dan RM89.00++ untuk hujung minggu. Sementara kanak-kanak dan warga emas, mereka boleh menikmatinya serendah RM39.00++.
“Selain hidangan lazat dan berkualiti, pelanggan akan diberikan layanan VIP, dimana
petugas kami akan melayani mereka sepanjang menjamu selera.
“Matlamat K-Town, bukan sahaja mahu pelanggan merasai kelazatan makanan authentic
Korea, malah mencipta momen manis buat mereka yang menjejakkan kaki ke premis kami,” kata anak jati kelahiran Kuala Lumpur yang berusia 34 tahun ini.
Program yang diadakan di K-Town cawangan G-Village, Desa Pandan itu, membabitkan
seramai 30 residen PTGKL dan mereka hadir ke premis berkenaan menaiki pengangkutan
bas yang disediakan penganjur.
Ujar Andy Goh lagi, hidangan “All-You-Can-Eat” ini tidak hanya terhad di bulan Ramadan
sahaja, sebaliknya boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Merupakan graduan kulinari dari Taylor’s College, bekas pramugara Sistem Penerbangan
Singapura ini, menceburi bidang F&B (food and beverage) pada 2014, dimana restoran
pertama yang dibukanya adalah perniagaan berasaskan makanan Shell Out.
Selepas menjual restoran itu, Andy mengambil langkah berani menerokai peluang baru
bersama rakan niaga ketika gelombang ke-2 pandemik Covid-19.
Pada mulanya Andy bersama rakan-rakan memfokuskan perniagaan atas talian dengan
membekalkan daging premium seperti wagyu, memandangkan terikat dengan penjarakan
sosial.
“Kemudian kami mengembangkan idea dengan membuka restoran makanan Korea (K-Town), kerana mendapati ramai yang menggemarinya. Tambahan pula fenomena yang dicetuskan bintang K-Pop dan K-Drama.
“Melihat ia sebagai satu peluang melebarkan pasaran dalam kalangan pelanggan Melayu,
kami mahu K-Town dikenali sebagai restoran Korean berstatus halal. Dimana bekalan yang
diambil adalah dari pembekal Melayu.
“Ramai yang tidak tahu, K-Town adalah sebuah syarikat berstatus pemilikan Bumiputera,”katanya.
Dalam tempoh setahun beroperasi, K-Town sudah pun mempunyai tiga cawangan. Selain GVillage Desa Pandan, pelanggan juga boleh mengunjungi ke cawangan Bukit Jelutong Shah Alam dan Holiday Villa, Johor Bahru.
Punya perancangan untuk menembusi pasaran Indonesia, Andy Goh berharap dapat
membuka lebih banyak cawangan agar dapat mencipta peluang pekerjaan khususnya bagi
mereka yang kehilangan kerja gara-gara pandemik Covid-19.
“Malaysia masih dalam fasa pemulihan ekonomi. Kami sangat yakin jika banyak cawangan
dibuka, pelbagai peluang pekerjaan dapat dicipta. Secara tidak langsung menjadi solusi
kepada kadar pengangguran yang tinggi,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari riak wajahnya jelas terserlah sinar kebahagiaan yang sedang mengulit kehidupan Datuk Seri Sheila Majid. Mana tidaknya, hasrat untuk bergelar nenek dan menimang cucu akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila anak lelaki kesayangan iaitu Megat Abdul Majid selamat menjadi bapa sekitar Julai lepas.