Keletihan dirasai oleh sesiapa sahaja terutama bagi mereka yang hidup di tengah-tengah kesibukan kota. Banyak faktor yang menyebabkan tubuh menjadi sangat letih sehingga boleh menjejaskan kesihatan baik dari sudut fizikal, mental dan emosi.

Ketika sedang keletihan sangat penting untuk anda ‘mendengar’ bahasa tubuh. Ini kerana ketika keletihan berehat adalah penawar terbaik berbanding melakukan pekara lain.  Sebaiknya anda menangguhkan dahulu kerja dan maksimumkan waktu rehat. Badan yang segar sangat mempengaruhi produktiviti.

Berikut ialah 6 ‘pantang’ semasa sedang merasa letih.

Hindari 6 ‘PANTANG’ Ini Semasa Anda Sedang Letih!

TIDUR TERLALU LAMA

Amalan ini akan mempengaruhi jam tidur anda pada malam hari. Usahakan untuk tetap tidur sekitar 7-8 jam sehari meskipun anda sedang merasa sangat letih. Ini bagi membantu agar pola tidur anda tidak terganggu di hari-hari berikutnya.

INTERAKSI SOSIAL

Berinteraksi dengan rakan atau orang-orang sekeliling memang tidak dapat dielakkan. Tetapi di saat anda sedang keletihan sebaiknya ia dikurangkan bagi mengelakkan kesilapan respon oleh anda. Seorang yang sedang keletihan berpotensi menjadi sensitif dan mudah tesrsinggung ketika sedang berinteraksi dengan orang sekeliling.

Hindari 6 ‘PANTANG’ Ini Semasa Anda Sedang Letih!

MENGAMBIL MINUMAN TENAGA

Antara minuman bertenaga ialah kafein yang sering diambil sebagai sumber tenaga tambahan di kala stamina menurun. Namun anda perlu tahu, semakin banyak kafein yang diminum semakin keletihan tubuh anda.

MEMANDU KENDERAAN

Sangat tidak disarankan bagi mereka yang sedang keletihan untuk memandu kenderaan. Ini kerana seseorang itu akan sukar memberikan fokus terhadap pemanduannya sekaligus mengundang bahaya.

MEMBUAT KEPUTUSAN PENTING

Tubuh yang sedang keletihan juga sangat mempengaruhi perkembangan otak. Anda akan sukar untuk melihat sesuatu permasalahan dengan baik apatah lagi untuk membuat keputusan yang betul di kala keletihan.

MELAKUKAN PERJALANAN

Berlibur atau pergi bercuti sememangnya dapat membantu menghilangkan kepenatan dan kekusutan fikiran. Namun sebaiknya lakukanlah perjalanan ketika tubuh kembali segar supaya anda dapat menikmati detik-detik percutian dengan tenang. Maka, seimbangkan kehidupan anda antara aktiviti, istirahat, pengambilan nutrisi dan senaman yang secukupnya. AMY MOHD

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI