Hari ini dah masuk hari yang ke-29 kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mungkin ada yang rindu nak keluar beriadah dan bersenam di luar. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi untuk menyedut udara segar.
Namun demi keselamatan dan nyawa kita bersama, akurlah dengan arahan kerajaan untuk duduk di rumah. Membeli alat penapis udara untuk dipasang di dalam rumah merupakan salah satu cara moden untuk mengurangkan pencemaran udara dalam rumah.
Namun bagi anda yang tiada alat penapis udara di rumah jangan bimbang. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang merupakan pencinta alam, gemar menanam tumbuhan hiasan dalam rumah.
Terdapat beberapa jenis tanaman hiasan yang bukan hanya dapat mencantikkan sesebuah rumah bahkan memberi manfaat kepada kesihatan. Antaranya membantu membersihkan udara sekaligus menjadi sumber kepada udara segar dalam rumah.
Namun yang penting rumah juga perlulah sentiasa bersih. Kalau rumah berhabuk pun tiada gunanya juga. Tanaman hiasan ini turut membantu menyerap udara beracun ketika anda menyedutnya semula.
Ads
LIDAH MERTUA ATAU SANSEVIERA
Boleh ditanam di sekitar halaman rumah. Ia memiliki daun yang keras, tegak dan runcing di hujungnya. Tumbuhan ini mudah menyerap pencemaran dan udara beracun yang dapat mengubah karbon dioksida kepada oksigen pada waktu malam. Pastikan ada sinaran matahari untuk tanaman cantik ini.
Ads
PAKIS BOSTON
Turut disebut sebagai pakis pedang. Tanaman hiasan ini tidak tahan panas dan mampu menyimpan serapan air yang banyak. Pakis Boston biasanya ditanam terus di atas tanah, di dalam pasu atau digantung. Ia dapat menyerap pencemaran seterusnya membersihkan udara sekitar rumah.
ENGLISH IVY
Ads
Warnanya pelbagai jenis dan tumbuh melata. Tanaman ini berbentuk superversatile iaitu dapat tumbuh sama ada digantung mahupun ditanam di atas tanah. Penjagaan dan rawatannya juga amat mudah, cukup sekadar menyiramnya sebentar setiap hari.
LADY PALM
Membantu membersihkan hawa berbahan kimia. Tahan serangga serta mudah dijaga. Potong hujung daunnya yang bertukar menjadi kecoklatan yang disebabkan oleh pengumpulan garam serta mineral.
BUNGA ASTER GERBERA
Sesuai buat mereka yang mengalami insomnia atau gangguan pernafasan ketika tidur. Kemampuannya menghasilkan oksigen sangat banyak serta dipercayai dapat membantu menjadikan tidur lebih nyenyak.
BUNGA PEACE LILY
Umumnya berwarna merah dan putih. Daunnya panjang dan berwarna gelap. Tidak memerlukan banyak sinaran matahari maka sesuai diletakkan di dalam rumah. Selain itu, ia juga membantu menyerap pencemaran di dalam rumah. Namun, lebih baik ia diletakkan agak jauh dari kawasan yang terkena matahari atau tingkap agar hayatnya tahan lebih lama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Ya Allah Ya Tuhanku. Tolong panjangkan post ini sampai Aisya dijumpai. Bangun sahur, pintu dapur terbuka. Aisya di sebelah hilang. Dua telefon bimbit juga hilang.
Harta kau nak ambil, ambillah semua, tapi tolong pulangkan anak aku. Tolong sangat-sangat! Tolong viralkan post ini, tolong.”
Itu rayuan seorang ibu, Diela Yusofe di laman facebooknya semalam selepas mendapati bayi perempuannya Nur Aisyah Hasmizan, 17 bulan hilang ketika mahu bersahur.
Namun pada hari yang sama, bayi itu dijumpai semula tiga jam sebelum berbuka di kawasan semak berdekatan sebuah pencawang elektrik di sekitar Muar.
Terbaru, di laman facebooknya, Diela Yusofe ada meluahkan rasa bersyukur kerana anaknya selamat kembali ke pangkuan dengan keadaan masih bernyawa.
“Saya mohon doakan anak saya kembali sihat, hilang trauma yang dia hadapi kini, dan hilangkan kesakitan yang dialami, Alhamdullilah dia kembali kepada saya dalam keadaan bernyawa walaupun begini rupa..saya sangat beryukur.”
Walaupun bayinya itu dijumpai semula dalam keadaan selamat, hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan muka anaknya yang bengkak dan bernanah akibat gigitan nyamuk, semut dan binatang-binatang kecil.
Ya Allah, luluh hati bila melihat gambar Aisyah yang tidak berdosa sehingga jadi begini. Semoga Aisya cepat sembuh ya sayang.
Sumber: Facebook Diela Yusofe.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terdahulu, Senator Ras Adiba Radzi telah berkongsi berita bahawa pegawai khasnya, Ras Afiona Radzi, yang juga merupakan adik kepada senator itu telah disahkan dijangkiti COVID-19. Ekoran daripada itu, seluruh ahli keluarganya yang berjumlah 10 orang perlu menjalani ujian saringan.
Senator Ras Adiba Radzi bersama adiknya, Ras Afiona Radzi. Foto: Instagram @rasadibaradzi
Debaran menanti keputusan itu sudah pasti dirasai oleh wanita ini. “Sudah tentu berdebar. Pelbagai perasaan dirasakan. Doakan yang baik-baik buat saya ya,” katanya kepada Astro AWANI.
Foto: Instagram @rasadibaradzi
Pada hari ini, Senator Ras Adiba Radzi telah memanjatkan rasa syukur dan berkongsi kegembiraannya mengenai keputusan ujian saringan COVID-19 keluarganya.
Kongsinya, “Salam semua. Kami ingin kongsi berita mengenai keputusan saringan COVID-19 kami sekeluarga. Keputusan kesemua 10 orang ahli keluarga yang disaring adalah NEGATIF.
Syukur ke hadrat Ilahi. Terima kasih buat kalian yang telah mendoakan kesihatan kami. Sungguh kami hargai,” coretnya di laman media sosialnya.
Foto: Instagram @rasadibaradzi
Sebelum ini, penyampai berita ini telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang membawa gelaran Senator. Majlis perlantikannya itu telah berlangsung di Dewan Negara pada bulan Mei lalu.
Foto: BERNAMA
Menggalas status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 18 tahun yang lalu dan Presiden Orang Kelainan Upaya (OKU) Sentral, Ras Adiba akan memegang jawatan tersebut bagi tempoh tiga tahun sebagai mewakili golongan OKU.
Foto: Twitter Ras Adiba Radzi
Ras Adiba yang berasal dari Petaling Jaya pula merupakan individu ketiga dilantik sebagai senator mewakili golongan OKU. Mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan dan penyiaran selama lebih 34 tahun, Ras Adiba menyifatkan pelantikan itu satu penghormatan kepada industri media negara.
Atlet paralimpik negara itu berkata antara perkara yang akan diusulkan adalah mengenai pendidikan, pekerjaan dan infrastruktur golongan OKU di negara ini.
*Kalau ada yang sedang mencari kasut sukan mungkin boleh tengok di sini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas menanti hampir 25 tahun untuk naik ke pentas berprestij Anugerah Industri Muzik AIM, ahad lepas akhirnya penyanyi bersuara lunak Liza Hanim berjaya mengapai impiannya untuk menggenggam trofi keramat tersebut.
Tenyata Liza Hanim tidak dapat menyembunyikan rasa sebak dan terharu namanya diseru untuk tampil ke pentas dan mengungguli kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu bersama rakan seperjuangannya Shila Amzah.
“Rasa seperti mimpi. Saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi setiap kali hadir ke AIM. Saya datang pada malam ini lebih kepada membuat persembahan. Menang atau tidak, saya tolak ke tepi. Alhamdulillah, rezeki Allah yang tentukan. Ini kali pertama saya genggam trofi AIM. Selepas pandemik pula itu, 25 tahun kau tunggu trofi ini Liza,” ujarnya menurut laporan UTUSAN.
Lebih manis, Liza dan Shila turut merangkul anugerah Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem atau Drama menerusi lagu Bahagiakan Dia ciptaan Aliff Iskandar dan Que Afiq. Turut menjadi highlight pada malam itu ialah persembahan Liza bersama dengan Datuk Seri Siri NUrhaliza yang dilihat berjaya menggegarkan pentas anugerah berprestij itu dengan persembahan rangkaian lagu popular mereka.
Kredit Foto: Instagram (@ctdk)
Dalam pada itu, Liza berkata, kemenangan itu membuat dia terimbau kenangan ketika mula-mula melangkah ke dalam industri muzik. “Bila menang, saya macam flashback balik. Ketika anak dara, masuk ke dalam industri seni berbekalkan bakat semata-mata. Lagu ini akhirnya menebus dahaga saya untuk AIM. Insya-Allah, saya lebih semangat dan kuat selepas kemenangan ini,” katanya.
(Sumber: Utusan | Kredit Foto: Instagram @lizahanim)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.