Bila tiba hujung minggu tidak ada alasan lagi untuk culas dari bersenam. Bukan lama pun, hanya 30 minit sehari. Kalau tak mampu lakukan senaman berat, kita buat sahaja yang ringan. Boleh ajak satu keluarga untuk ke taman!
Bersenam
Luangkan lebih masa untuk bersenam. Walaupun otak kita rasa mahu berehat sepuas-puasnya tetapi cuba ‘pujuk’ tubuh untuk bersenam. Bangun awal pagi dan nikmati Udara segar sambal bersenam!
Atur jadual makan
Minggu ni rehat la sekejap dari makan banyak. Cukuplah sekadar boleh alas perut.
Jadual tidur tetap
Ads
Jika anda memilih untuk tidur lewat pada hujung minggu, bermakna anda akan mengganggu keseluruhan jadual seharian anda. Bayangkan jika anda mula tidur jam 12 malam dan bangun jam 11 pagi. Anda mungkin tak sempat sarapan dan terus menikmati hidangan tengah hari. Apa yang sepatutnya tubuh terima pada waktu sarapan telah berubah menjadi hidangan lain pula.
Tidur lewat juga boleh menyebabkan mata menjadi sembap dan menimbulkan lingkaran gelap bawah mata. Lebih baik teruskan dengan ‘beauty sleep’ iaitu tidur yang lena selama lapan jam dan terus mengekalkan kecantikan alami.
Aktiviti luar
Ads
Inilah masanya untuk melakukan aktiviti luar. Lima hari seminggu dihabiskan dengan memerap di pejabat berhawa dingin, jarang sekali menikmati vitamin D dari cahaya matahari. Terdapat kajian menunjukkan anda akan lebih ceria apabila meluangkan masa bersama alam semula jadi. Cubalah!
Hadkan pengambilan minuman
Hujung minggu nanti, hadkan pengambilan air bergula dan lebihkan air kosong. Di samping menjanjikan kesihatan lebih baik, anda juga boleh terhalang daripada kesan hidrasi.
Ads
Rancang untuk tenang
Berilah masa untuk tubuh dan otak anda berehat pada hujung minggu. Ketepikan kerja pejabat dan luangkan masa bersama keluarga. Recharge otak dan tubuh sebelum menjelang Isnin.
Diet on and off
Mentaliti diet on and off sangat berbahaya. Anda mungkin berdisiplin menjaga pemakanan pada hari biasa tetapi ‘tergelincir’ dari landasan bila tiba hujung minggu.
Bina pelan rancangan masa depan
Selepas menikmati cuti hujung minggu, cubalah rancang apa yang ingin anda lakukan untuk melalui minggu seterusnya. Rangka pelan mengikut keutamaan dan dari sini, anda pasti boleh bekerja dengan lebih efisyen dan tenang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita, kecantikan merupakan elemen utama yang perlu dititik beratkan. Kecantikan seorang wanita bukan hanya untuk ditunjuk kepada lelaki tetapi lebih kepada meningkatkan keyakinan diri dalam pergaulan, pejabat, bertemu klien malah menjadi rujukan utama anak-anak.
Perkongsian Cef Sue M. Arukin melalui laman Facebook adalah suatu yang menarik untuk dikongsi semua terutama buat wanita yang mementingkan kecantikan dalaman dan luaran.
Resipi untuk kesegaran tubuh yang boleh diamalkan oleh ibu berpantang ini juga sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja tak kira lelaki atau wanita. Khasiat yang terkandung dalam ramuan ini adalah badan akan rasa segar dan wangi lepas mandi atau rendaman.
Kalau rajin buat seminggu sekali. Lebih bagus lagi kalau tanam sendiri pokok-pokok yang digunakan kerana tanpa penggunaan bahan kimia. Umpama menikmati home spa di rumah sendiri.
Air Mandian Daun
Bahan-bahan:
10-15 helai daun pandan (siat & simpul)
Segenggam daun serai wangi (ikat)
20 helai daun limau purut (siat)
5 biji limau purut (ambil kulitnya sahaja)
10 helai daun lengkuas (siat)
10 helai daun halia bara (siat)
10 helai daun jambu batu
10 helai daun halia bentong atau halia biasa (siat)
Air seperiuk besar (lebih kurang 6 liter)
Cara membuat:
(1) Cuci bersih semua bahan.
(2) Rebus semua bahan bersama air selama 1-2 jam hingga aroma wangi benar-benar keluar. Boleh tambah air jika berkurangan.
(3) Tapis dan tuang dalam bath tub yang berisi air (kalau tak ada bath tub tuang dalam besen biasa dan mandi gunakan gayung).
(4) Tambah bunga-bunga segar seperti ros, kekwa, melati dan lain-lain.
(5) Rendamkan badan selama mana yang suka dan bilas. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu demi satu kejayaan yang diraih pelakon kebanggaan negara kita, siapa lagi tidak lain tidak bukan Tan Sri Michelle Yeoh yang kini semakin menempa nama dalam industri perfileman Hollywood. Selain menjadi salah seorang pelakon wanita Asia yang menjadi pilihan penerbit dan studio untuk filem-filem berbajet besar, wajah Michelle Yeoh juga turut menjadi pilihan jenama-jenama produk kosmetik dan kesihatan.
Dan baru-baru ini, La Mer melancarkan kempen sosial krim lembutnya yang baru, dibintangi oleh pelakon terbaik Oscars 2023 tersebut. Sememangnya dikenali dengan bakat, personaliti dan aura elegannya, Michelle Yeoh dilihat cukup sesuai dengan misi La Mer dalam mempromosikan kualiti kekuatan dan kelembutan yang abadi.
“Kempen bersama Michelle Yeoh adalah semula jadi. Falsafah dipegang La Mer memanfaatkan kesihatan dan tenaga yang dilahirkan untuk mencapai kecantikan abadi, seriring dengan Michelle Yeoh. Michelle Yeoh berjaya menentang tanggapan konvensional tentang masa dan umur, dengan kerjayanya yang menjelma dan memberi inspirasi,” kata Sandra Main, Presiden Jenama Global La Mer.
Menerusi hantaran video yang dikongsikan di media sosial Michelle dan La Mer, Kempen yang menciduk inspirasi lautan ini diarahkan oleh Yvan Fabing, menceritakan perjalanan peribadi dan ritual menjadikannya seorang wanita berpengaruh hari ini. Michelle juga dijadualkan akan membintangi beberapa lagi siri video untuk kempen ini.
Untuk video pertama, Michelle Yeoh kembali ke masa lalu membentuk pengalaman dan memori, sambil menggambarkan penemuan La Mer Moisturizing Soft Cream. Krim mewah ini dilihat berjaya mengubah kulitnya dengan cahaya lembut yang menerangi skrin dengan anggun dan kekuatan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai berpendapat produk yang menjalani proses teknologi memberikan hasil yang lebih baik kepada kulit. Tahukah anda bahawa apa yang kita makan dengan mudahnya menyerlahkan kecantikan diri? Cara terbaik untuk anda yang ingin mencerahkan kulit adalah dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet harian kerana bajet lebih rendah berbanding produk kosmetik lain.
Cuaca panas menyebabkan pigmentasi kulit berubah menjadi gelap dan meninggalkan noda gelap pada wajah. ia disebabkan pendedahan terhadap cahaya UV. Oleh yang demikian, diet memainkan peranan penting agar ia dapat melindungi keperluan nutrien kulit.
Kacang peas
Kekacang kecil adalah solusi kepada masalah kesihatan dan meningkatkan tahap bronze kulit. Kacang peas berupaya menyingkirkan pigmentasi gelap pada kulit anda. Malah, kacang peas juga mempunyai vitamin A yang membantu melembap kulit dengan lebih efektif.
DIY: Campurkan kacang peas dengan salad atau jadikannya stew. Ambillah kacang peas setiap hari agar kulit anda kelihatan lebih cerah dan sihat.
Cendawan
Cendawan mengandungi banyak nutrisi termasuk protein dan vitamin terutamanya lemak dan tiada kolestrol. Pengambilan cendawan secara sederhana membuatkan kulit wajah lebih cantik dengan peningkatan pengeluaran estrogen menentang penuaan. Cendawan mengandungi vitamin D dan antioksidan untuk melindungi kulit daripada berkedut akibat cahaya matahari.
DIY: Rendam cendawan bersama minyak bijan untuk dijadikan mask wajah dua kali seminggu. Campurkan juga cendawan dalam masakan seperti sup dan salad agar ia menjadi lebih berkhasiat.
Timun
Timun sangat popular bila tiba musim panas. Ia mengandungi banyak vitamin termasuk vitamin B2, vitamin C, vitamin E serta asid amino dan asid tartaric. Setiap asid ini mempunyai kelebihan menentang sunburn dan freckles, membersih serta mencerahkan kulit. Malah ia juga mengurangkan alergi pada kulit. Terdapat banyak lagi nutrisi [ada timun seperti protein, karbohidrat, karotin, niacin, kalsium dan fosforus.
DIY: Ambil perahan jus timun dan lemon kemudian sapukan pada wajah. selepas 15 minit, cuci bersih dan ulanginya dua kali seminggu. Anda boleh lihat perubahannya selepas satu bulan.
Di samping itu, anda juga boleh menjadikan timun sebagai masker. Hanya kisar dan jadikannya puri kemudian sapukan pada kulit wajah. lakukannya setiap hari selama 20 minit.
Tomato
Tomato adalah buah yang mencerah kulit secara semula jadi. Ia sesuai untuk kulit berminyak dan yang mempunya bintik hitam. Tomato mengandungi antioksidan seperti vitamin A dan C. Semakin banyak anda mengambil tomato dalam diet seharian, semakin cepat kesannya boleh dilihat.
DIY: Hiris tomato dan sapu pada wajah dengan cara memutar selama 15 minit selama 20 hingga 25 minit. Kemudian cuci wajah dengan air sejuk. Dengan cara ini, kulit akan mencerahkan kulit dan menjadikannya tampak lebih muda.
Ambil dua hingga tiga sudu besar tomato yang ditumbuk lumat dan campurkan dengan lima hingga enam titis jus lemon. Ulangi cara ini selama sebulan untuk lihat hasilnya.
*Jus lemon akan membuatkan kulit anda terasa ketat dan pedih tetapi ia akan berkurangan jika anda sering melakukannya.
Lobak merah
Lobak merah sangat baik untuk penglihatan dan kulit kerana ia diperkaya dengan vitamin A, vitamin C dan fiber. Ia mempunyai antioksidan yang boleh memutihkan kulit. Ia juga berupaya menyingkirkan toksin dalam badan.
DIY: Makan lobak merah dan minum segelas jus lobak merah tiga kali seminggu untuk kulit lebih berseri. Jus lobak merah bertindak sebagai anti-radang dan bagus untuk menjadikan kulit halus dan lembut. Bersihkan lobak, buang kulit dan tumbuk halus kemudian campurkan bersama dua sudu teh madu dan kuning telur agar menjadi pes. Sapukan pada wajah (elakkan bahagian mata dan mulut). Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan air suam.
Ubi kentang
Ubi kentang mempunyai efek bleaching. Paling penting, ia sangat murah! Ubi kentang mempunyai enzim dan protein yang membantu perkembangan kulit sihat. Sebagai tambahan, ubi kentang mengandungi vitamin B, vitamin C dan selulosa yang berkualiti tinggi bagi mengekalkan kulit sihat.
DIY: Hiris ubi kentang menjadi kepingan nipis dan perahkan jusnya pada kapas. Kemudian, sapukan pada wajah selama 15 minit. Selepas itu bilas bersih dan ulangi dua kali sehari selama beberapa minggu sehingga anda melihat sendiri kesannya. ubi kentang bukan sahaja mencerahkan kulit tetapi membantu menghilangkan parut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.