Sejak Dr Amalina Che Bakri memuat naik status di Instagram memaklumkan dirinya sudah bergelar ibu, ucapan tahniah mula memenuhi segenap ruang laman media sosial miliknya. Malah netizen mula membuat pelbagai spekulasi tentang cara bagaimanakah yang menjadi pilihan Dr Amalina untuk berpantang.

IKLAN
Ibu Dr Amalina Bakal Terbang Ke London, Cadang Dr Amalina Berpantang Gabungan Tradisional dan Moden
Foto: Instagram @dramalinabakri

Menjengah ke laman Instagram milik Dr Amalina, nampaknya seawal usia 4 hari Arabella Mia, bayi comel ini telah dibawa bersiar-siar oleh kedua ibu bapanya.

“At four days old, she had her first walk with mummy and daddy.”-tulis Dr Amalina di ruangan caption Instagram miliknya.
“Bella asll cosy in her pram wrapped up in blankets and her cute bear hat”.

Dr Amalina tidak lokek berkongsi wajah mungil puteri kesayangannya itu yang kelihatan nyenyak tidur di dalam pram miliknya.
Melihat penampilan wanita yang kini berusia 34 tahun, dia kelihatan segar dan selesa dapat membawa bayinya bersiar-siar. Wanita yang sememangnya menitikberatkan soal pemakanan ini kelihatan selesa dan gembira dengan kehidupannya kini sebagai ibu.

Ibu Dr Amalina Bakal Terbang Ke London, Cadang Dr Amalina Berpantang Gabungan Tradisional dan Moden
Foto: Instagram @dramalinabakri

Apapun, keterujaan dan rasa syukur sudah semestinya milik ibu Dr Amalina iaitu Sabariah Hassan, 62 tahun yang memaklumkan bahawa anaknya selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada minggu lalu di Hospital St Thomas, London, United Kingdom.

IKLAN

Ibu Dr Amalina Bakal Terbang Ke London, Cadang Dr Amalina Berpantang Gabungan Tradisional dan Moden

Pesara guru dan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram ini melahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk bertemu anak, menantu dan cucu sulungnya itu.

IKLAN

Ibu Dr Amalina Bakal Terbang Ke London, Cadang Dr Amalina Berpantang Gabungan Tradisional dan Moden
Sabariah merancang untuk berlepas ke London pada minggu hadapan dan sedang rancak membuat persiapan untuk menjaga anak tersayang semasa berpantang.
“InsyaAllah saya akan ke London untuk menjaga Amalina selama sebulan proses berpantang. Saya akan menggunakan kaedah berpantang secara moden dan tradisional dan sederhana, selebihnya terserah kepada Amalina sendiri,” ujar Sabariah memetik portal Mstar.

“Antara keperluan berpantang yang akan saya bawa ke London termasuklah tungku elektrik yang akan digunakan untuk bertungku secara moden sekiranya perlu,” katanya.

Ibu Dr Amalina Bakal Terbang Ke London, Cadang Dr Amalina Berpantang Gabungan Tradisional dan Moden
Menurut ibu kepada Dr Amalina ini lagi, dia lebih mengutamakan soal pemakanan semasa berpantang dan bakal menyajikan hidangan berkhasiat untuk Dr Amalina nikmati ketika berpantang.
“Lebih 20 menu akan saya sediakan untuk Amalina pilih mengikut citarasanya. Semuanya berkhasiat dan antaranya termasuklah sayur brokoli yang dipanggang,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Dr Amalina berkahwin dengan jejaka Inggeris, Alex Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac tahun lalu.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI